Sunday, September 18, 2022

Misha

Alhamdulillah, sy selamat melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Misha binti Naim. Berat semasa dilahirkan ialah 3.84kg, vacuum assisted sebab poor maternal effort complicated with shoulder dystocia. 

Rasanya delivery kali ini sangat eventful dari yg sebelum ini. Saya diberi enthonox sebagai painkiller sebab previous pregnancy saya pernah cuba IM Pethidine dan epidural. Jujur saya katakan epidural paling berkesan walaupun memakan sedikit masa sebab kita tak rasa contraction. In the end Dr suruh stop dulu ubat epidural sehingga sy merasa sakit contraction. But it was a peaceful delivery dan proses meneran pun mudah walaupun sy tak sempat nak makan waktu tu.

Enthonox ni buat sy rasa drowsy dan sy tak perasan pun bila os fully. Bila sedut gas ni memang tak rasa sakit tp hanya untuk seketika saja. Menyesal pula tak ambil epidural. Masa os dah 6cm baru terdetik nak ambil epidural tp Dr kata dah tak berapa useful sebab dah nak os fully.

Kali ini juga saya develop symphysis pubis dysfunction dan Misha pula ada torticollis.


Saturday, November 14, 2020

Sunday, December 10, 2017

Ekspo Negaraku

Assalamu'alaikum,

Sunyi blog ni. Saya sibuk kerana sedang sambung belajar dan pada masa yg sama bekerja. Tapi alhamdulillah, tak sesibuk semasa saya di jabatan bius. Minggu lepas saya bawa anak-anak saya ke Ekspo negaraku. Ada 5 kubah besar di Dataran Merdeka. Saya memang jangka sudah tentu tempat ni tak terlalu panas sebab ada movie show yang pastinya menggunakan alat teknologi yang sensitif dengan suasana yang panas. Ternyata sangkaan saya betul. Malah, anak-anak sungguh selasa berada dalam kubah, sejuk sangat.

Beratur sebelum masuk kubah pertama, Muadz dan Munir

Dalam kubah 1, lampu ungu


Keluarga kakak
Tak sempat tangkap banyak gambar, bawa 2 orang anak, Munir pula tiba waktunya untuk nap, around 2pm.

Oh ya, antara sebab saya tiba-tiba rajin update blog adalah kerana unifi telah dipasang di rumah sewa saya.. So, laju sikit connection. :D


Bandar Tun Razak,
21 Rabi'ul awwal 1439H