Showing posts with label ~usrah. Show all posts
Showing posts with label ~usrah. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Fear Allah


Allah keeps you going


...And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, (65:2)

And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is ((Allah)) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion. (65:3)

...and for those who fear Allah, He will make their path easy. (65:4)

...and if any one fears Allah, He will remove his ills, from him, and will enlarge his reward. (65:5)

...Therefore fear Allah, O ye men of understanding - who have believed!.. (65:10)


Tuesday, September 1, 2009

Kawal nafsu, bukan menghapuskannya


Sabda Rasulullah s.a.w : " Dan itulah bulan yang awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya bebas daripada api neraka".

Hadith sahih ini membahagikan ramadhan kepada tiga bahagian: 1/3 rahmat, 1/3 keampunan, 1/3 pelepasan dari api neraka.

Semoga kita beroleh ketiga-tiga bahagian sebagaimana yang Rasulullah sabdakan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga suatu proses yang mendidik nafsu kita. Nafsu atau syahwat merupakan unsur penting untuk kesinambungan manusia di alam ini.

[Ali Imran: 14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Nafsu ada tiga:

1) perut
2) ego
3) seks

Jadi, Islam suruh kawal nafsu, bukan buang terus. Sebagai contoh penjaga kaabah suatu ketika dulu mengasikan diri mereka (kasi) untuk membuang syahwat terhadap perempuan yang mencium hajarul aswad. Jadi dorang ni tengok perempuan macam tengok dinding je la. Janganlah sampai marah kepada nafsu tu dan buang terus. Nafsu penting cuma memerlukan diri kita untuk kawal nafsu supaya tidak berlebihan.


Saturday, March 14, 2009

As-Syams

Jazakallah As-Syams..

Kad yang sangat cantik (afwan, kamera 2 MP saja, hehe) tapi kalam yang tercatat di dalamnya lebih memberi kesan di hati. Penyuntik semangat diri. ~Zahrah Izzati~

Selama 3 bulan perkenalan, banyak yang saya pelajari dari antunna semua. Pahit manis kita hadapi bersama. Bunyinya macam akan berpisah lama saja.. =p

Community medicine posting akan bermula minggu depan di Hospital Hulu Terengganu. 6 minggu saya di sana (~5minggu je kalau kira betul-betul). Mengikut perancangan, akan drive sendiri (bukan saya drive) walaupun bas disediakan. Tapi, wallahua'lam.

Nampaknya saya akan merindukan As-Syams selepas ini. Tidak dapat bersama-sama menghayati muqaddimah Fi Zilal al Quran. Namun proses tarbiyah tidak mengira di mana kita berada. Di mana-mana pun ada tarbiyah, malah dalam kehidupan seharian pun seperti ujian menahan amarah juga merupakan proses pentarbiyahan (susah betul nak tahan marah, rasa macam sesuatu yang meletup dalam badan ni ibarat terkena heart attack, darah pula cepat sangat menyirap sampai ke muka).

Kali ini mari kita kenal penulis tafsir Fi Zilalil Quran. as Syahid Sayyid Qutb.

Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah daerah Asyut, Mesir sama dengan tahun kelahiran as Syahid Imam Hassan al Banna. Bapanya Haji Qutb Ibrahin seorang yang disegani dan banyak berbakti. Ibunya juga seorang yang bertaqwa. Ibubapanya sememangnya menyintai al Quran dan sering mengadakan majlis jamuan dan tilawah. Semasa kecilnya, beliau teringin memiliki suara yang lunak untuk memperdengarkan bacaan al Quran namun takdir tidak menjadikan dia untuk memiliki suara merdu seperti para qari masa tu.

Beliau telah menghafal al Quran sewaktu umurnya 10 tahun. Beliau memang seorang yang suka membaca, berani bertanya dan mengeluarkan pendapat. Telah nampak kecerdasannya masa tu. Sehinggalah beliau memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan seterusnya terlibat dalam bidang perguruan di Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Pada masa tu juga sebenarnya beliau menulis di majalah dan akhbar yang akhirnya merosakkan dirinya sendiri kerana penulisannya bertentangan dengan akidah akibat terpengaruh dan taksub dengan ilmu sasteranya sendiri. Waktu tu, beliau banyak mengkaji sastera-sastera dan menjadi penulis terkenal yang diminati ramai terutama generasi muda.

Beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Amerika dan di sinilah merupakan titik tolak di mana beliau sendiri mengatakan seolah-olah baru mengenal syahadah. Sebelum ini, beliau mengkagumi tamadun Amerika namun setelah melihat keadaan tamadun Amerika yang dikatakan hampir memiliki segalanya (teknologi canggih, bangunan pencakar langit) itu mengecewakannya sebab rupanya ia tidak memiliki ruh. Mereka hidup tidak bermatlamat, hidup sekadar untuk bersenang-senang di dunia tanpa mengetahui bahawa akan ada kehidupan di akhirat yang lagi abadi.

Ditakdirkan sewaktu di Amerika, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. Suatu hari, beliau melihat orang ramai berpesta di luar hospital dan nurse juga gembira seakan ada sesuatu yang menarik berlaku. Beliau pun bertanya pada mereka dan diberitahu bahawa Hassan al Banna telah mati ditembak. Masa tu beliau tidak mengenali Hassan al Banna dan tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka begitu gembira sekali dengan kematiaannya, tentu ada sesuatu yang telah Hassan al Banna lakukan. Beliau cukup berminat untuk mengetahui siapakah Hassan al Banna. Boleh baca kisah bagaimana Sayyid Qutb terlibat dalam IM (ikhwanul muslimin)

Selepas kembali dari Amerika, beliau memutuskan untuk fokus dalam pengajian Islam dan meninggalkan ilmu sasteranya. Selama 40 tahun beliau mengakui banyak menghabiskan masa dan menyiakannya namun beliau tidak menyesal kerana dengan itu beliau berjaya mengenal hakikat kejahilan yang beliau sendiri telah laluinya."Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam."

Beliau telah menulis tafsir Fi Zilali Quran dua kali. Pertama beliau menulis sebagai tinta seorang alim dan kali kedua beliau menulis dengan darah syuhada'. Berbeza dengan tafsir Ibn Kathir yang menafsir al Quran semasa kegemilangan Islam. Tafsiran beliau begitu unik sekali berlainan dengan tafsir yang wujud pada masa tu. Beliau membuat pentafsiran dengan mata hati di masa ketika keadaan ummat sedang sakit, yang jauh terpesong dari kebenaran Islam. Beliau mengelakkan perbahasan bahasa dan tatabahasa, ilmu al kalam dan ilmu fiqah dan cerita dongeng dalam tafsirannya. Beliau juga mendapati bahawa Sains tidak boleh dibandingkan dengan al Quran kerana al Quran adalah bersumberkan wahyu Allah, manakala Sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tak mantap dan berubah-ubah.

Silalah baca biografinya di laman lain untuk mengetahui kisah hidupnya lebih dekat lagi.

Kisah syahid beliau sangat membuktikan bahawa beliau seorang yang mantap keimanannya. Semasa beliau bakal menjalani hukuman gantung sampai mati 20 Ogos 1966 yang diputuskan oleh Jamal Abdul Naser di mana adat istiadat hukuman gantung akan ada seorang yang akan megucapkan syahadah untuk memberi peringatan kepada tertuduh. Sayyid Qutb membalas "aku berjuang berhabis-habisan adalah kerana syahadah ini, kau pula hendak mengajar aku untuk menyebut syahadah. Cuba lihat kembali Islam yang kamu katakan agama kamu"

Allahu akbar!

Sunday, February 22, 2009

Hasbunallah wa ni'mal wakeel

And I thought my life was dull.

The most extremely unexpected things do happen in my life when I least expected them. Sometimes they make me think, am I dreaming?

But indeed, everything happens for a reason. And every single thing that happens in our life is indeed a test from the Almighty Allah to see how we react to it, and how do we align it towards our full submission to Him, as well as our duty as His khalifah on this earth which belongs to Him.

[al baqarah: 286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

[al mulk: 2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Hadith ke-4

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya :

Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu.

“Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi hamba2Mu. Sesungguhnya aku sendiri tidak mengetahui apa yg terbaik bagi diriku. Dengan itu, ya Allah, tentukanlah yg terbaik utkku di mana jua aku berada dan di setiap masa. Kepada Engkaulah tempat ku menyerahkan segala urusanku, dan redhakanlah Aku dengan segala ketentuanMu.”

Amin, ya Rabbal ‘Alameen…

Make du’a for the best for me, ok?

Usrah (19/2/09)

Kami tadabur surah ali imran: 158-165 (sila-sila rajinkan diri mencari terjemahan ye..^^)

Apa yang ingin ditekankan di sini, mari hayati ayat 164

[164]
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Juga terdapat pada surah al jumu'ah: 2

"membacakan, membersihkan dan mengajar" : keywords

Da'wah kita adalah da'wah kasih sayang.

Bila sesuatu ilmu tu dipelajari, ia perlulah difahami. Macam mana nak faham? Kita akan faham bila ilmu itu membasahi hati kita. Dan seterusnya, kita perlu sampaikan ilmu yang telah difahami tadi. Sebenarnya bukan hanya sampaikan ilmu saja, tetapi kefahaman tu yang paling penting. So, sebab tu da'wah kita adalah da'wah kasih sayang, ajarkan ilmu sampai mereka betul-betul faham, bukan sekadar "Ok, aku da bagi nasihat/ilmu, suka hati dia la nak jadi apa pun". No, its not like that!

Monday, February 16, 2009

Uhibbukum fillah

Assalamu'alaikum wbt..

Usrah saya semakin meriah dengan kedatangan 2 orang saudari baru, Linda & Atikah. Ahlan wa sahlan.. Kali ni, usrah diadakan di tasik varsiti, UM. Kami bertadabbur surah Ali Imran, (3 : 133-145). Firman Allah yang bermaksud:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[137]
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
[138]
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[140]
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
[141]
Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
[142]
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
[143]
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
[144]
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
[145]
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.


Kalau tak silap, sudah 3 kali saya mentadabbur ayat-ayat ini. Seingat saya, kali pertama tadabbur saya tertarik dengat ayat 137. Mungkin pada masa tu, semangat saya untuk mengembara ke negeri-negeri anbia' begitu membara. Tetapi benarlah, semangat itu boleh menjadi pudar jika tidak disertakan dengan iman kerana imanlah yang menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa saja untuk mencapai redha Allah.

Sitting kali ini saya lebih terkesan dengan ayat 142. Mungkin saya rasa, saya benar-benar telah diuji tahap maksimum suatu ketika dahulu tapi sebenarnya ujian yang akan datang adalah lebih mencabar jika saya dalam golongan orang-orang yang berfikir, moga kita tergolong dikalangan ulul albab (boleh buka terjemah sat, Ali Imran,3 : 190-191). Sebab itu mulai sekarang saya perlu berkorban sedikit demi sedikit, tak kisahlah masa, tenaga, wang ringgit, even masa bersama keluarga pun (dulu every weekend saya akan balik rumah). Ruginya saya, tapi Allah Maha Sayang hamba-hambaNya. Menjadi pengajaran buat saya yang ketika itu saya tercari-cari sinarNya.

Saya perlu mencontohi para sahabat ini:

Abu Bakr as Siddiq - menginfakkan harta sepenuhnya untuk Islam
Mus'ab bin Umair - sanggup meninggalkan harta kekayaan demi Islam
Abu Dzar al Ghifari - juga bersifat zuhud seperti di atas

Banyak lagi ayat yang boleh diulas lagi ni, apa kata anda pilih ayat yang anda rasa terkesan di hati. (",) Apa yang dapat saya simpulkan adalah, Allah telah memperincikan ayat-ayat ini sebagai ciri-ciri seorang khalifah untuk kita menjalankan peranan penting di Bumi Allah ini. Wallahua'lam..

Selama ini saya tertanya-tanya adakah tadabbur = tafsir?

Kita mulakan dengan,

terjemahan = maksud secara langsung (cth: ana = saya)
tafsir = menjelaskan maksud itu tadi dengan lebih terperinci (cth: ana = kata ganti diri pertama yang digunakan untuk bla..bla..)
tadabbur = memahami maksud itu tadi dengan hati dan kaitkan dengan diri kita


Boleh juga saya kaitkan dengan cara-cara berinteraksi dengan al-Quran: Ada 5
  1. Belajar dan fahami bahasa Arab (bahasa syurga tu, rugi tak belajar)
  2. Baca dengan hati
  3. Rasa ayat-ayat al-Quran ditujukan untuk kita
  4. Fahami sirah (sejarah adalah sesuatu yang berulang-ulang, sebab tu kena belajar sejarah supaya dapat ambil iktibar)
  5. Lalui apa yang Rasulullah dan para sahabat lalui (nak buat, kena tahu sejarah juga, jom baca Sirah Nabawiyah)
Jom kita hafal hadith arbain : 1

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .