Showing posts with label ~ucapan. Show all posts
Showing posts with label ~ucapan. Show all posts

Saturday, April 9, 2016

Kedatangan Rejab

Masa takkan pernah menunggu kita.

6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..
1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
JAWAPAN: MASA LALU
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

Melalui pembacaan saya, tiada amalan khas pada bulan Rejab melainkan kita disuruh untuk memperbanyakkan ibadah semampu kita sebagai persediaan kita menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang dinanti-nanti.

Antara amalan sunat adalah berpuasa, melakukan umrah pada bulan Rejab, membaca al-Quran, perbanyakkan zikir dan berselawat.

Jika tidak mampu beribadah atau melakukan kebaikan, paling minimum kita hendaklah menghindari maksiat kerana Allah.



Nusajaya,
2 Rejab 1437H

Saturday, December 19, 2009

Fikiran berperang


Bertemu dan berpisah kerana Allah


Tolong sampaikan pada si dia

aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak pasti siapakah si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti… (^_~)v

Maaf entry ini agak berbeza dgn entry yg biasa sy post. Serangan pemikiran (ghazwatul fikr). Musim cuti sekolah, maka ramai pula yg berkenduri-kendara dan sedikit sebanyak memberi kesan kpd penulis. Oh, aku seolah-olah menyalahkan keadaan. Tapi aku tahu, itu adalah tarbiyah dariNya. Dan aku pasti akan meraih cintaNya sebelum aku mencintai orang lain. Kerana mencintai orang lain adalah setelah aku meraih cintaNya.

Alhamdulillah, selamat pengantin baru sy ucapkan kpd coursemate sy yg sudah selamat diijab-kabulkan semalam, pasangan Ahmad al-Shahir & Nur Asyikin, Kak Nira & Abg Lutfi..

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul ISLAM wal muslimin.. amin..

Semoga Allah membarakahi kalian, dan melimpahkan barajah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.. amin..


Dan ucapan hari lahir utk ukhti Shi yg sedang berjuang di Sandakan, Sabah:

Semoga Allah memberkahi usia mu, Usiamu ibarat mutiara, Tiada berganti lagi, Hiaskan iman bersulam taqwa, Agar sempat menuju haruman syurgawi.

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,

Atas nikmat usia.


Thursday, August 20, 2009

Allahumma ballighna ramadhan



….. اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, sampaikanlah kami lagi kepada Ramadhan… dan Ramadhan… dan Ramadhan…”


Allahumma ballighna ramadhan. Itulah doa Rasulullah dan para sahabat ketika berakhirnya puasa ramadhan iaitu ketika mereka berqiamullail di malam yg hening dan tenang menjelang subuh di pg raya. Meleleh air mata mereka meninggalkan ramadhan yg telah berlalu.


Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"


Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.


Puasa: Tanda kekuatan iman

Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun. Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya! Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.

Dasar2 Islam, al Maududi

Salam Ramadhan buat semua..

Monday, June 1, 2009

Ma'attaufiq wannajah


"Perahu telah berlayar. Ketika angin bertiup kencang, matikan mesin. Inilah tawakkal, begitu seorang guru pernah menasihati muridnya."


Thursday, May 14, 2009

Dedication

Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik

~ hukuma~


Sebuah lagu daripada 2 orang saudaraku sayang fillah..

Sewaktu ku di 'perantauan' (",)

Kuala Berang oleh Asadullah
Bintulu oleh Naqibahku

Penuh pengertian, maksud yang mendalam. Mari, selami lagu ni..

Sahabat Perjuangan

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekedar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu ertinya berkorban
Berkorban itu ertinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita


Saturday, March 14, 2009

As-Syams

Jazakallah As-Syams..

Kad yang sangat cantik (afwan, kamera 2 MP saja, hehe) tapi kalam yang tercatat di dalamnya lebih memberi kesan di hati. Penyuntik semangat diri. ~Zahrah Izzati~

Selama 3 bulan perkenalan, banyak yang saya pelajari dari antunna semua. Pahit manis kita hadapi bersama. Bunyinya macam akan berpisah lama saja.. =p

Community medicine posting akan bermula minggu depan di Hospital Hulu Terengganu. 6 minggu saya di sana (~5minggu je kalau kira betul-betul). Mengikut perancangan, akan drive sendiri (bukan saya drive) walaupun bas disediakan. Tapi, wallahua'lam.

Nampaknya saya akan merindukan As-Syams selepas ini. Tidak dapat bersama-sama menghayati muqaddimah Fi Zilal al Quran. Namun proses tarbiyah tidak mengira di mana kita berada. Di mana-mana pun ada tarbiyah, malah dalam kehidupan seharian pun seperti ujian menahan amarah juga merupakan proses pentarbiyahan (susah betul nak tahan marah, rasa macam sesuatu yang meletup dalam badan ni ibarat terkena heart attack, darah pula cepat sangat menyirap sampai ke muka).

Kali ini mari kita kenal penulis tafsir Fi Zilalil Quran. as Syahid Sayyid Qutb.

Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah daerah Asyut, Mesir sama dengan tahun kelahiran as Syahid Imam Hassan al Banna. Bapanya Haji Qutb Ibrahin seorang yang disegani dan banyak berbakti. Ibunya juga seorang yang bertaqwa. Ibubapanya sememangnya menyintai al Quran dan sering mengadakan majlis jamuan dan tilawah. Semasa kecilnya, beliau teringin memiliki suara yang lunak untuk memperdengarkan bacaan al Quran namun takdir tidak menjadikan dia untuk memiliki suara merdu seperti para qari masa tu.

Beliau telah menghafal al Quran sewaktu umurnya 10 tahun. Beliau memang seorang yang suka membaca, berani bertanya dan mengeluarkan pendapat. Telah nampak kecerdasannya masa tu. Sehinggalah beliau memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan seterusnya terlibat dalam bidang perguruan di Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Pada masa tu juga sebenarnya beliau menulis di majalah dan akhbar yang akhirnya merosakkan dirinya sendiri kerana penulisannya bertentangan dengan akidah akibat terpengaruh dan taksub dengan ilmu sasteranya sendiri. Waktu tu, beliau banyak mengkaji sastera-sastera dan menjadi penulis terkenal yang diminati ramai terutama generasi muda.

Beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Amerika dan di sinilah merupakan titik tolak di mana beliau sendiri mengatakan seolah-olah baru mengenal syahadah. Sebelum ini, beliau mengkagumi tamadun Amerika namun setelah melihat keadaan tamadun Amerika yang dikatakan hampir memiliki segalanya (teknologi canggih, bangunan pencakar langit) itu mengecewakannya sebab rupanya ia tidak memiliki ruh. Mereka hidup tidak bermatlamat, hidup sekadar untuk bersenang-senang di dunia tanpa mengetahui bahawa akan ada kehidupan di akhirat yang lagi abadi.

Ditakdirkan sewaktu di Amerika, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. Suatu hari, beliau melihat orang ramai berpesta di luar hospital dan nurse juga gembira seakan ada sesuatu yang menarik berlaku. Beliau pun bertanya pada mereka dan diberitahu bahawa Hassan al Banna telah mati ditembak. Masa tu beliau tidak mengenali Hassan al Banna dan tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka begitu gembira sekali dengan kematiaannya, tentu ada sesuatu yang telah Hassan al Banna lakukan. Beliau cukup berminat untuk mengetahui siapakah Hassan al Banna. Boleh baca kisah bagaimana Sayyid Qutb terlibat dalam IM (ikhwanul muslimin)

Selepas kembali dari Amerika, beliau memutuskan untuk fokus dalam pengajian Islam dan meninggalkan ilmu sasteranya. Selama 40 tahun beliau mengakui banyak menghabiskan masa dan menyiakannya namun beliau tidak menyesal kerana dengan itu beliau berjaya mengenal hakikat kejahilan yang beliau sendiri telah laluinya."Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam."

Beliau telah menulis tafsir Fi Zilali Quran dua kali. Pertama beliau menulis sebagai tinta seorang alim dan kali kedua beliau menulis dengan darah syuhada'. Berbeza dengan tafsir Ibn Kathir yang menafsir al Quran semasa kegemilangan Islam. Tafsiran beliau begitu unik sekali berlainan dengan tafsir yang wujud pada masa tu. Beliau membuat pentafsiran dengan mata hati di masa ketika keadaan ummat sedang sakit, yang jauh terpesong dari kebenaran Islam. Beliau mengelakkan perbahasan bahasa dan tatabahasa, ilmu al kalam dan ilmu fiqah dan cerita dongeng dalam tafsirannya. Beliau juga mendapati bahawa Sains tidak boleh dibandingkan dengan al Quran kerana al Quran adalah bersumberkan wahyu Allah, manakala Sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tak mantap dan berubah-ubah.

Silalah baca biografinya di laman lain untuk mengetahui kisah hidupnya lebih dekat lagi.

Kisah syahid beliau sangat membuktikan bahawa beliau seorang yang mantap keimanannya. Semasa beliau bakal menjalani hukuman gantung sampai mati 20 Ogos 1966 yang diputuskan oleh Jamal Abdul Naser di mana adat istiadat hukuman gantung akan ada seorang yang akan megucapkan syahadah untuk memberi peringatan kepada tertuduh. Sayyid Qutb membalas "aku berjuang berhabis-habisan adalah kerana syahadah ini, kau pula hendak mengajar aku untuk menyebut syahadah. Cuba lihat kembali Islam yang kamu katakan agama kamu"

Allahu akbar!

Monday, March 2, 2009

Fikirlah sendiri

i've been tag by yatiesakurokawa...

The challenge is:

  1. Go to your photos folder in your computer.
  2. Go to the 6th folder of photos.
  3. Go to the 6th picture in that folder.
  • Put the picture on your blog and description of it.
  • Invite six friends to join the challenge.
  • Link them in your blog and let them know they have been challenged. d wonderful photo is.....
WEIRD BUT TRUE: MORE PEOPLE THESE DAYS BELIEVE IN GOSSIPS AND THE MEDIA THAN WHAT HAS BEEN WRITTEN IN HOLY QURAN

P/s: Saya pilih foto ni secara rawak, melanggar peraturan nampaknya, hehe. Takpela, moga foto ni menjadi peringatan untuk tuan punya diri.

Saya rasa tak nak tag orang lainla
,ha, langgar lagi. Sesiapa nak buat pun takpe (selamat mencuba), tak nak buat pun takpe. (",)

Thursday, December 25, 2008

To begin with.. Bismillah

Assalamu'alaikum wbt saudara seIslam sekalian..

Ini merupakan permulaan saya untuk menggunakan blogspot kerana saya merasakan friendster blog agak terhad. Maka, saya membuat keputusan untuk beristiqamah pula di sini. Blogspot menjadi pilihan dan bukan wordpress, saya sendiri tak tahu mengapa. Tak kisahlah. Mungkin blog ini sedikit berlainan dengan blog saya sebelum ini. InshAllah sesuai dengan kalimat yang dilaung-laungkan penulis blog ini. Jazakumullah kerana menziarahi blog saya.