Lama tak update tag 'medic student' saya. Saya hampir mendekati minggu ke-8 Senior Medicine posting, minggu peperiksaan. Doakan yang terbaik utk saya k.
Universiti Tarbiyah pula, selamanya saya setia menjadi penuntut. May Allah guides me on this path until my last breath. Amin
Sebelum mengundurkan diri, ingin memetik kata2 hikmah oleh Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid dalam buku Quantum Tarbiyah.
"Tanpa tarbiyah, harakah (organisasi pergerakan) hanya akan menghasilkan pribadi-pribadi yang memahami politik tapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan" (Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
Tarbiyah mengajar diri utk lebih pro-aktif, bukan hanya reaktif. Tarbiyah bukan sekadar tempat belajar tetapi jalan perubahan. Perubahan memerlukan perancangan. Perubahan tanpa action plan, bererti kegagalan. Sebagaimana seorang arkitek memerah otak untuk menghasilkan pelan, seorang cikgu yang bertungkus lumus untuk membawa perubahan untuk anak muridnya, segalanya memerlukan perancangan.
Begitu juga dakwah dan tarbiyah, apabila dia melalui baris anak tangga mesti melihat sudut2 yang kurang, lubang yang menganga, barisan yang renggang, ukhuwah yang gersang, potensi yang hilang, segera dia kembali untuk menyempurnakan kekurangan, menyelaraskan perbezaan, menutup celah, mengembalikan yang berlebihan, memunculkan yang tertutup, meneguhkan yang goyang dan mengukuhkan keseimbangan.
Dua patah kata utk menggambarkan keadaan diri waktu ini. Benar kata seorang akhawat fillah, retrospectively memang akan kita dapati banyak titik tolak sepanjang tarbiyah. Begitu juga naik dan turunnya iman kita kerana 2 tarikan yang menjadi ketetapan Allah iaitu tarikan keimanan dan tarikan syaitan (muntalaq). Ada yang menganalogikan ketetapan ini dengan roda, juga graf. Dan pastikan tika jatuhnya iman kita, hendaklah ia masih berada di dalam sunnah, seperti roda, walaupun berputar atas dan bawah berulang2 tetapi roda tetap dalam pergerakannya menaiki lereng bukit.
Dah lama teringin nak baca buku zero to hero, tapi baru sekarang terasa utk membelinya. Hurm, masa telah berlalu, dan tiada guna utk ditangisi kesilapan lalu. Asam garam kehidupan, manusia akan menghargai sesuatu yang telah luput daripadanya. Ingin share sedikit tentang buku ni. Baru baca sampai bab 2, tapi terasa betul2 meresap ke dalam hati. Buku ini telah disyorkan oleh seorang ukhti waktu aku sedang berjinak2 dlm tarbiyah, namun langsung tidak terdetik di hati utk membacanya sehinggalah ke hari ini.
Antara yang ingin dikongsikan, dalam bab demi masa,
3 perkara yang takkan pernah kembali:
1) kata yang telah diucapkan 2) waktu yang telah berlalu 3) momentum yang diabaikan (momentum: prestasi)
Fikirlah sebelum berkata2, gunakan masa semaksimum mungkin dan gunakan kebolehan kita utk membuat sesuatu. Kemampuan kita sebenarnya melebihi apa yang kita sendiri jangka. So, jangan rasa yang diri ni tak mampu dan tak cukup ilmu. Bergeraklah seiringan. Islah nafsak, wad'u ghairak : perbaiki diri jadi orang baik, ajak orang lain.
Aku mempunyai perasaan dalam situasi seandainya aku dapat menjawab segala persoalan medic yang ditujukan oleh specialist kepadaku, tentu aku akan dipandang tinggi dan mendapat pujian kawan2 yg lain. Namun, adakah hanya kerana sekelumit kepuasan yg sementara itu yang aku harapkan? Bukankah segala pujian hanya utk Allah, dan bukankah Allah mengangkat darjat orang2 yg bertaqwa? Semua itu hanyalah semata-mata ujian utk melihat sejauh mana kita bersyukur atas kurniaanNya yg melimpah-limpah. Populariti bukan jaminan! memetik kata2 dlm buku zero to hero, " bisa jadi prestasi itu tidak dikenal orang, tak ada sanjungan, pujian apalagi karangan bunga. Kita pun tidak menyadari itu sebagai prestasi, apabila dilakukan dengan tulus hati. Seperti Bilal. Terompahnya terdengar di syurga. Tetap saja ia istiqomah dan enjoy aja dengan amalnya"
Tetapi peringatan yang sempurna hanya dapat berlaku ketika waktu tenang dan sunyi.
Dari sinilah wujudnya kepentingan madrasah malam.
Dari sini juga lahir gesaan dan galakan Allah kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa memperbaharui ciri-ciri orang yang beriman, iaitu ‘mereka sedikit tidur pada waktu malam, dan beristighfar pada waktu sahur (hujung malam)’.
Pada zaman awal Islam, seruan mu’azzin berkumandang kedengaran dengan menyeru:
“Wahai rijal malam, bersungguh-sungguhlah! Setiap suara (doa) tidak akan ditolak.
Tidak bangun malam melainkan orang yang kuat azam dan kesungguhannya.”
Sesungguhnya ia adalah benar-benar madrasah. Hanya melalui madrasah ini sahaja para rijalnya dapat menyalakan obor semangat mereka dan menyebarkan cahaya di seluruh pelusuk dunia yang sedang dibaluti kegelapan jahiliah.
Ia sebagaimana dialami oleh Iqbal dan disimpulkannya dalam beberapa bait berikut:
“Aku menangis tika malam tenang dan hening. Manusia sedang tidur namun air mataku berguguran.
Ruhku dihangati kedukaan dan kesedihan. Wirid ‘ya qayyum’ temanku dalam kegelapan.
Aku umpama lilin dan air mataku menyucikanku. Dalam kegelapan malam ku nyalakan oborku.
Orang ramai berkumpul mendapatkan cahaya dengan nurku. Ku nyalakan api dan membakar diriku.”
Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para pendakwahnya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar seterusnya menghapuskan kegelapan jahiliyah kurun ke dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.
Saya bukanlah orang pertama yang mengatakan demikian. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para pendakwah:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
Adakah kita sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan semula ciri-ciri utama ini? Atau adakah kita terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?
Sesungguhnya perkataan Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Oleh itu, tanggungjawab terasa berat dan Allah tidak memberikan kemudahan di dalam segala urusan kita.
Kemenangan dakwah tidak dijamin oleh helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia berlaku dengan kembalinya orang yang ikhlas kepada kebiasaan asal yang sepatutnya. Apabila hati menjadi suci dengan melakukan taubat, dan peringatan ini dipatuhi oleh hati yang peka mendengar, maka ia akan menjadi penebus kepada kesilapan yang berlaku sekarang yang disebabkan oleh kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti dipenuhi.
Seolah-olah kita didinding daripada memperolehi kemenangan kerana kita menyeru dari sebalik tembok yang tebal. Kita hanya meninggikan suara memestikan Allah memberikan kita kemenangan begitu sahaja. Kita berjual beli dan menetapkan bahawa kita sudah mempunyai hak terhadap barang yang dibeli tanpa terlebih dahulu kita memberikan bayarannya yang berupa bisikan dan air mata di akhir malam. Sedangkan kemenangan adalah pemberian semata-mata yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada kalangan penuntut madrasah malam dalam kehidupan di dunia ini. Allah tidak akan mengurangkan balasan pahala ganjaran sedikit pun di akhirat nanti, bahkan Dia akan memberikan balasan tersebut sepenuhnya.
Keikhlasan dan pembongkaran angan-angan dunia yang palsu merupakan antara kurniaan utama madrasah malam, sebagaimana dinyatakan oleh Walid. Sudut ini merupakan sudut yang sewajibnya ditekan dan diperdalamkan di dalam jiwa oleh sistem pentarbiahan kita.
Walid berkata (yang kata-katanya adalah benar):
“Wahai malam, berqiyam padamu adalah madrasah. Padanya, al-Quran mengajarku…
Tentang makna ikhlas, lalu aku berpegang dengannya, sebagai suatu sistem. Ia juga menempatkanku di dalam syurga.
Ia juga memperlihatkanku bagaimana dunia… melemaskanku di dalam angan-angan palsu.
Dunia umpama mengkarung. Pertukaran warnanya memperdayakanku melakukan dosa.
Lalu aku menjauhi dan memusuhinya. Aku mendapatinya cuba menerjah masuk ke dalam diriku.
Lalu ku perteguhkan hubungan diriku dengan Penciptanya… Zikir berpanjangan sentiasa memeliharaku.”
Lebih daripada itu, orang yang berkelulusan daripada madrasah malam akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang, sedangkan sesiapa yang tidak menyertai madrasah tersebut akan kering, keras dan hati orang yang memandangnya juga akan turut keras. Buktinya semenjak dahulu lagi terdapat di sisi Bishr bin al-Harith al-Hafiyy. Beliau menyaksikannya dan memberikan petunjuk kepada anda tentangnya. Beliau berkata:
“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”
Ini tidak berlaku melainkan kerana malam-malamgolongan pertama dihabiskan dengan berjaga, sedangkan malam-malam golongan kedua dihabiskan dengan tidur. Begitu juga siang hari golongan pertama dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja yang serius sedangkan siang hari golongan kedua dihabiskan dengan memenuhi nafsu syahwat semata.
“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, sampaikanlah kami lagi kepada Ramadhan… dan Ramadhan… dan Ramadhan…”
Allahumma ballighna ramadhan. Itulah doa Rasulullah dan para sahabat ketika berakhirnya puasa ramadhan iaitu ketika mereka berqiamullail di malam yg hening dan tenang menjelang subuh di pg raya. Meleleh air mata mereka meninggalkan ramadhan yg telah berlalu.
Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"
Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.
Puasa: Tanda kekuatan iman
Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun. Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya!Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya!Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.
"If a person was lost for days in the jungle without eating and may die, could he consume a pig due to desperation (dharurat)?" I asked the participants in an Islamic finance seminar.
"Yes, he could," answered the participants confidently.
"Wrong" I replied, creating confusion.
"This is because there exist other options in the jungle to ease his hunger such as nails, worms, plants, fruits an so on, which are better than a pig. That sould be prioritized rather than consuming the pig, " I argued.
"Thus there is no dharurat at that time, and it is not permissible for the man to consume the pig just because it is tastier, more appetizing and fatter than worms." I said firmly inviting laughter from participants.
Quoted from: The same situation applies to Islamic banking in Malaysia.
Bank yang islamik di negara kita masih berada di tahap baru nak belajar berjalan, kalau dulu agak susah untuk mencari bank yang mengamalkan prinsip berlandaskan syariah. (Riba adalah haram) Saya juga berada di zaman itu. Namun sekarang, tidak lagi. Tinggal, nak tak nak saja. Oleh itu, saya nak mengajak rakan-rakan bertukarlah pada yang halal.
(Ali Imran, 3:130)
130. O ye who believe! Devour not usury, doubled and multiplied; but fear Allah. that ye may (really) prosper.
Dalam sebuah hadith:
"Verily, upon every nation is a temptation, and the temptation of my nation is wealth."
(Hassan according to Tirmidhi)
Aktiviti baru: nak khatamkan muntalaq (mendapat penangan ustaz)