Saturday, December 19, 2009

Fikiran berperang


Bertemu dan berpisah kerana Allah


Tolong sampaikan pada si dia

aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak pasti siapakah si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti… (^_~)v

Maaf entry ini agak berbeza dgn entry yg biasa sy post. Serangan pemikiran (ghazwatul fikr). Musim cuti sekolah, maka ramai pula yg berkenduri-kendara dan sedikit sebanyak memberi kesan kpd penulis. Oh, aku seolah-olah menyalahkan keadaan. Tapi aku tahu, itu adalah tarbiyah dariNya. Dan aku pasti akan meraih cintaNya sebelum aku mencintai orang lain. Kerana mencintai orang lain adalah setelah aku meraih cintaNya.

Alhamdulillah, selamat pengantin baru sy ucapkan kpd coursemate sy yg sudah selamat diijab-kabulkan semalam, pasangan Ahmad al-Shahir & Nur Asyikin, Kak Nira & Abg Lutfi..

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul ISLAM wal muslimin.. amin..

Semoga Allah membarakahi kalian, dan melimpahkan barajah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.. amin..


Dan ucapan hari lahir utk ukhti Shi yg sedang berjuang di Sandakan, Sabah:

Semoga Allah memberkahi usia mu, Usiamu ibarat mutiara, Tiada berganti lagi, Hiaskan iman bersulam taqwa, Agar sempat menuju haruman syurgawi.

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,

Atas nikmat usia.


4 comments:

fieqa said...

salam akak..
rindu sama akak..>,<
ni muhajirin mu..hik3~

nice2 post!!
da lamer pulak tak baca kata2 ni..
refresh hati sy balek...
insyaAllah..

btol2..kejarlah cintaNYa sebelum cintanya..


n sanah helwah juga buat kak shi!..:)

Mge Allah teguhkan langkah kte ntok berada dlm jalan ini.
insyaAllah...

=)

lrh said...

salam fieqa..

agak2 dpt jmp lg b4 fly tak?

hurm, betul, kita hidup di dunia sbg musafir, n igt lg tak zuhud... tidak meletakkan dunia di hati..

insha Allah, bila igt ttg zuhud ni, terasa lebih dkt dgnNya..

slmt berjuang ukhti.. ^^

sHi said...

ooh..ada ucapan dan doa buat ana rupanya..hehe..jazakumullah enti berdua.. insyaAllah, penulis blog ini akan jumpa juga jodohnya..sudah ditetapkan di Luh Mahfuz, cuma blum di reveal sapekah gerangan mujahid itu. honestly, berjuang berdua ada sukar dan ada mudahnya. ini belum lagi bertiga. yg penting, berimanlah dgn ayat Allah yg satu ini...

Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. (Anfal:28)

so, no worries my dear, masanya akan tiba soon..

lrh said...

eh shi, hehe

waiyyaki..^^

betul tu shi, tidak di sini, mungkin di sana nanti.. :)

wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (An Nur:26)