Saturday, August 22, 2009

Untitled

Segalanya Milik Mu

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan


Ya Allah, kurniakan kekuatan pada diri ini. Sungguh, tanggungjawab itu berat utk aku pikul. Dan sudah tentu Kau tidak akan membebankan diri ini melainkan sesuai dengan kesanggupanku. Ikhlaskan hati ini untukMu ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin.

[al Baqarah: 30]

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Thursday, August 20, 2009

Allahumma ballighna ramadhan



….. اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, sampaikanlah kami lagi kepada Ramadhan… dan Ramadhan… dan Ramadhan…”


Allahumma ballighna ramadhan. Itulah doa Rasulullah dan para sahabat ketika berakhirnya puasa ramadhan iaitu ketika mereka berqiamullail di malam yg hening dan tenang menjelang subuh di pg raya. Meleleh air mata mereka meninggalkan ramadhan yg telah berlalu.


Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"


Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.


Puasa: Tanda kekuatan iman

Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun. Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya! Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.

Dasar2 Islam, al Maududi

Salam Ramadhan buat semua..

Wednesday, July 29, 2009

Hayya bil jihad

Dalam keadaan lesu, aku teringat akan ayat ini:

[at Taubah, 9:41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


Dia juga telah menunjukkan kepadaku ayat2Nya (petanda).. menyedarkanku akan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan oleh mereka yg mengaku dirinya sebagai seorang daie.

[al Qasas, 28:56]
Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.


Dan aku perlu sedar bahawa Allahlah yang mempersatukan hati2 kami. [al Anfal, 8:63]

Yakinlah pada pertolongan Allah ya Zahrah Izzati

[Fussilat, 41:33]
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Wednesday, July 15, 2009

Biar putih tulang jangan putih mata?


Assalamu'alaikum..


Sedikit update. Saya sedang menggunakan kemudahan internet di kolej 17 atas belas kasihan junior saya yg memberikan id nya, dalam seminggu hanya selama 40 jam saja diperuntukkan. Alhamdulillah.

Tempoh 10 minggu untuk Orthopaedic Posting harus saya lalui, ini sudah masuk minggu ke-2. Pening juga kepala dibuatnya sebab kena refresh balik subjek musculoskeletal (otot dan tulang) dan juga neurology (urat saraf) semasa tahun 2 dulu, huu.. sangatlah best! Ini jadual tahun 5 saya:


1st 10th weeks: Orthopaedics & musculoskeletal disorders ( Orthopaedics-8/Rehabilitation-1/Accident & Emergency II-1)
2nd " : S. Obstetrics & Gynaecology-5/S. Paediatrics-5
3rd " : S. Medicine-8/S. Psychiatry-2
4th " : Senior Surgery-8 (General Surgery-6/Urogynaecology-2/Anaesthesiology-2)

Nombor: mewakili bilangan minggu
S. : Senior, maksudnya sebelum ni pernah melalui posting yang sama

Cukup sedikit info tentang kegiatan ilmu tibb saya.

Selamat menghafal 206 patah tulang, berapa banyak otot, joint, salur darah, urat saraf, tendon, ligament n bla bla bla. fuh..

Wednesday, June 17, 2009

10 Wasiat Hassan al Banna


Bacalah —> Renungilah —> Kemudian Terus Beramal



(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


Astaghfirullah.. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tolong ingatkan saya ye..


Al- 'Asr, 103: 1-3

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Saturday, June 13, 2009

Ayuh berlari!


Bak kata afie911 dan asadullah..


Kalau rasa slow, cepatkan dengan tarbiah dzatiyah, usaha sendiri.


Sedang mengumpul semangat untuk berlari. Jom ikut saya!


Ku Berlari
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Saya:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Mereka:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Mereka:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Saya:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..


P/s: Penulis lirik, saya mohon kata nama digantikan dengan kata ganti nama. Di blog ini saja. =)

Wednesday, June 10, 2009

Aslim Taslam


Ketika Adi bin Hatim tiba di kota Kufah, maka kami sekelompok ahli fiqih Kufah mendatanginya dan bertanya kepadanya apa yang ia dengar dari Nabi Muhammad Shallallahu ’Alaih Wa sallam, maka Adi bin Hatim radhiyallahu ’anhu berkata: “Aku mendatangi Nabi saw, maka beliau bersabda: ‘Hai Adi bin Hatim, Aslim Taslam (= masuk Islamlah engkau, niscaya engkau bakal selamat di dunia dan akhirat’) aku bertanya: ‘dan apakah Islam?’; beliau jawab: ‘kau bersaksi tiada ilah selain Allah dan bahwa aku sesungguhnya utusan Allah dan kau beriman akan taqdir seluruhnya, yang baik maupun buruk, yang manis maupun pahit.’”

[HR Ibnu Majah]

Saya melihat baju t-shirt muslimah berwarna maroon~pink. Tercetak di hadapan baju tersebut Aslim Taslam. Ketika menonton cerita The Message, ada scene yang juga menyebut Aslim Taslam iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w menghantar utusannya menghadap Heraclius, Raja Byzantine Rom dan juga Raja Parsi supaya memeluk Islam.

" Accept Islam for your salvation"