Tuesday, April 28, 2009

Bintulu

Assalamu'alaikum..

Kini saya berada di bumi kenyalang. Hanya replika kenyalang saja yang telah saya temukan. Teringin juga melihat burung kenyalang depan mata. Saya bersama dengan 4 orang kawan saya lagi menumpang di rumah kak salwa, kakak kepada usrahmate saya. Sebelum ini hanya melihat gambar dan mendengar cerita mengenainya melalui orang lain saja. Jazakillah kerana memberi penginapan 5* di sini, Beverly Hill Estate, Bintulu.


'Belon', kata seorang kawan saya yang pernah menetap di Sarawak beberapa tahun dahulu membuatkan saya terpinga-pinga apakah maksud belon tu, adakah saya mengalami masalah pendengaran yang teruk? hoho. Saya rasa, mesti kawan saya tu geli hati dan riang ria mengenakan saya. Belon = kapal terbang, loghat kaum mana pun saya tidak pasti. Tapi, tentu bahasa yang selalu digunakan orang Sarawak. 2 jam saya berada di dalam belon. Most of the time saya gunakan masa itu untuk tidur, selepas penat packing di sebelah malamnya.

Di dalam kapal terbang, saya menikmati keindahan alam berpuluh ribu kaki dan beratus meter tingginya dari daratan dan paras laut. Kali terakhir saya pernah menaiki kapal terbang, Sempati Air semasa trip saya pulang ke kampung bersama mak saya yang tercinta, kecil lagi waktu tu umur saya 7 tahun. Tak ingat sangat pun. Kenapa dengan awan? Apalah sangat awan tu. Benda yang paling saya ingat, saya muntah dalam kapal terbang. Saya ni mabuk udara, darat dan laut. Tapi itu dulu, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Senang sikit nak mengembara, hehe.

Dalam belon, kerap juga saya mengalami getaran akibat pergeseran awan dengan kapal terbang. "Kuat juga awan ni". Indah sungguh kepulan-kepulan awan putih menghiasi langit biru. Kemudian, muncullah ilmu-ilmu sains di dalam kepala saya. Kapal terbang biasanya meluncur di satu lapisan langit di mana tidak banyak atau tiada langsung awan (sratosphere if im not mistaken, hehe). Kemudian, minda saya menyala lagi. Oh ya, sayap kapal terbang di bentuk sebegitu rupa agar mudah baginya untuk melawan rintangan-rintangan atom-atom udara di sekelilingnya.



SubhanAllah, cantik pemandangan di atas sana, walaupun terdapat pantulan-pantulan cahaya matahari yang menyilaukan mata memandangnya.

(Asy-Syams, 91:5)

5. By the Firmament and its (wonderful) structure;




Kelmarin saya merasakan diri tidak produktif, lalu mengajak kawan-kawan berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan. Saya fikir selamat pergi dan balik, tapi dalam perjalanan pulang, kami disambut mesra dengan anjing-anjing peliharaan di rumah sekitar taman tersebut. Maka, sympathetic system diaktifkan. Cuak juga, ada anjing yang berjaya meloloskan dirinya melalui pagar rumah kerana tidak berpuas hati dengan lambaian dan tanda 'peace' dari kami. Memang tak disangka anjing tersebut sudah berada di luar pagar. Kami pun, sedaya upaya untuk membawa diri jauh dari pandangan anjing tersebut. Ish, lepas ni takkan berjalan-jalan di sekitar taman melainkan dengan menaiki kereta.

Saya perlu kembali aktif. I need shark to accompany me! To make sure I stay awake, alive, vibrant and active.


Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfir lana wa tarhamna lanakunanna min-al-khasirin.

"Our Lord ! we have wronged ourselves. If Thou forgive us not and have not mercy on us, surly we are of the lost."


Saya merasakan masa yang panjang di sini dipenuhi dengan perbualan kosong yang panjang dan berlarutan, tidak dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, perkara yang mengingatkan saya tentang Allah s.w.t. Astaghfirullah.. Saya perlu mendekatkan diri kepadaNya. Jiwa terasa kosong dan hambar. Tambahan lagi diuji dengan malam yang lena. Saya akui sukar untuk bangun malam. Malah, untuk berQiamullail menuntut saya bangun lebih awal dari biasa. Diri ini sungguh malas untuk bangun malam!


Rabana la tuzigh qulubana ba'da idh hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-Wahhab.

"Our Lord ! Cause not our hearts to stray after Thou hast guided us, and bestow upon us mercy from Thy Presence. Lo ! Thou, only Thou art the Bestower".

4 comments:

nbo_3 said...

Assalamu'alaikum,

Selama disini, semua anjing yang dibiarkan di halaman rumah ditambat. Bolehlah buat isyarat peace dengan tenang.

Moga lebih produktif~

lrh said...

Waalaikumussalam wbt..

disini tu, di jepun ye?

jzkk pd nbo_3

Gee said...

waa..liza da g bintulu. yat da g kuching.

nak gi sane juge..

lrh said...

ehe, marila ke sana juge.. hehe.. buka mata melihat kehidupan di sana.. =)