Sunday, March 21, 2010

Jangan berhenti mencari rahmat Allah

Ujian demi ujian. Setiap manusia tidak lepas dari ujian. Ada ujian membuatnya lupa pd Allah, jauh semakin jauh dari bimbingan hidayahNya, namun ada yg membawanya lebih dekat dengan Allah. Apa yg mendorong seseorang untuk memilih jalannya itu?

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. (al Balad, 90:10)


Tidak semua yg kita inginkan berlaku seperti yang kita harap2kan. Ingatlah, setiap ketetapan Allah itulah yg terbaik buat kita. Walaupun hal ini sudah jelas, namun bukan mudah apabila kita sendiri mengalaminya. Benarlah, islam tidak tertegak hanya dgn kata2. YOU should act!

Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (al Hasyr, 59:21)


Fikir2kanlah, seandainya kita masih tidak takut akan teguran2 Allah (ayat2 Allah) yg datang dalam bentuk fizikal mahupun mental, something wrong to your heart.





Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha illallah

Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung
Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad selawat atasnya
Benarlah tiada Tuhan selain Allah

Ustaz Hassan al-Hudhaibi telah merumuskan dengan ucapannya:


… Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah rasulNya meskipun manusia melihat dunia tidak tunduk kepada peraturan tersebut. Agama inilah sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia sebagaimana Dia menetapkan hukum alam kepada matahari, bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segala apa yang ada di langit, bumi dan apa jua yang ada padanya.”


Beliau berkata:



“Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah dan agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu dihayati oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu.”

Abdul Wahab Azam juga memahami sunnah ini. Sunnah ini menjadikan orang-orang yang yakin dengannya tidak tidak tergugat oleh serangan kebatilan, gugurnya para syuhada atau ramainya pejuang yang berundur setelah tiba di separuh jalan. Beliau pun berkata:


Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan

Sesaat pun tidak berhenti dan berubah

Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Al­lah

kerana jihad pada kebenaran tidak pernah hilang walau sehari


Moga aku tergolong di kalangan mereka yg disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w:

“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”


Ya muqallibal qulub tsabbit qalbi 'ala deenik


No comments: