Friday, June 4, 2010

Batu-bata



Indahnya islam, hampir 2 tahun aku mengenalnya dgn kefahaman yg sebenar, membebaskan diri dari sebarang bentuk perhambaan kpd ketundukkan dan kepatuhan sepenuhnya hanya utk Allah.


Betapa dahulu,

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." Ali Imran: 103


Oh cuti,

Kata seniorku:

Cuti ni takyah fikir lagi pasal HO, enjoy dulu!

Tapi enjoy yg macam mana?

Kata seorang ukhti kpdku,

Cuti ni, bolehla FULL TIME! Ya, sememangnya. Muslim itu kan full time, mana ada separuh2. Setiap masanya sentiasa mengingati Allah. Bila syaitan cuba menariknya, segera dia setkan kembali kompasnya ke jalan menuju Allah.



Inilah setinggi-tinggi hala tuju yang kita harus berusaha kepadanya. Lantaran itu, Allahlah tujuan kita. Tidak ada suatu yang kita tuju kecuali Allah. Kita beriman kepadaNya. Kita melihat segala sesuatu untuk Dia di dalam hidup kita. Kita beribadah kepadaNya dengan sepenuh hati. Kita mencari keredhaanNya dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dalam setiap kegiatan hidup kita dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang sempurna serta benar-benar yakin bahawa disitulah terletaknya kebahagiaan yang sejati, hidayah yang hakiki dan kejayaan yang sebenar.

"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu " AzZaariyat: 50


Jadi, pergiatkan usaha kita. Allah memandang usaha, bukan pada hasilnya! Berbekalkan,

1) Iman yang amiq; (Iman yang mendalam.)
2) Takwin daqiq; (Pembentukan yang rapi dan teliti)
3) Amal mutawasil; (usaha dan amal yang berterusan)

Kita bina bangunan yg kukuh, bentuklah binaanmu daripada individu muslim ke peringkat seterusnya. Dari situ dpt disediakan dasar dan asas islam yg teguh dan kuat utk menjadikan semua makhluk tunduk dan patuh di bawah pemerintahan seorang khalifah islam! biarpun mungkin ada yg terkorban, perancangan Allah itu yg terbaik, yakinlah dgn janji Allah.

Di SANA nanti kau akan berehat dan mintalah apa saja yg kau inginkan. Di sana juga kau akan bertemu kekasih Allah, para siddiqin, syuhada dan para solihin.

No comments: