Thursday, July 23, 2015

Come back

Assalamualaikum,

Sudah lama blog ini bersawang. Sebenarnye sebelum ni saya menggunakan domain dan hosting lain iaitu Ummu Muadz dengan tujuan untuk berniaga. Disebabkan kekangan kerja dan beberapa sebab yang lain, maka saya terpaksa memutuskan untuk meneruskan kerja hakiki saya iaitu sebagai seorang doktor. Tujuan saya berniaga sebenarnya ingin menajdi 'work at home mother', tapi bukan rezeki saya untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.

Selama 4 tahun blog ini bersawang, namun saya memilih untuk meneruskan penulisan blog di sini, rindu mengenangkan memori dahulu zaman bujang, zaman di menara gading.

Alhamdulillah, kini saya telah pun mempunyai seorang cahaya mata bernama Muadz dan inshaAllah akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata tahun ini. Semalam pertama kalinya saya visit hospital Columbia Asia Nusajaya untuk follow up kandungan kedua saya ni, 30 weeks plus. Pertama kali juga saya melihat scan 4D, subhanAllah, dapat melihat sebahagian iras wajahnya. Bertemankan suami saya, dia pun sangat teruja sebab sebelum ni kami follow up di Hospital Sultanah Aminah tetapi sukar sedikit untuk para suami untuk melihat scan disebabkan ruang bilik doktor di klinik yang agak terhad yang terpaksa berkongsi bilik dengan doktor lain. Suami saya puas hati dapat tengok scan kali ni.


Apa pula reaksi mak saya melihat gambar ni, dia kata banyak iras belah saya, hihi.. Tak mengapa, kita tunggu wajah sebenarnya nanti, inshaAllah..

Oh ya, caj di sini tak terlalu mahal, affordable. Caj scan RM60, tapi saya dapat diskaun. Caj untuk normal delivery dalam RM3k, caesarean RM5k. So, lebih kurang macam di Hospital Pusrawi masa melahirkan first baby. Saya pernah survey Hospital Pakar Puteri dan KPJ lain, kosnya lebih mahal.

Ok, saya stop di sini, inshaAllah akan sambung nanti.


Doa mendapat anak soleh/ solehah

3:35
Sahih International
[Mention, O Muhammad], when the wife of 'Imran said, "My Lord, indeed I have pledged to You what is in my womb, consecrated [for Your service], so accept this from me. Indeed, You are the Hearing, the Knowing."


Ummu Muadz,
7 Syawal 1436H,
Nusajaya.

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah. Teruskan perjuangan. =)