Alhamdulillah, Allah masih beri peluang update blog. Saya suka mengabadikan kisah hidup saya di blog supaya dapat saya mengimbau cerita-cerita lama. InshaAllah, bukan untuk mengaibkan atau mendedahkan aib keluarga di sini, na'udzubillah min zalik.
Baru-baru ni, Munir di bawa ke klinik desa Kg. Pulai untuk shot Hepatitis B yang ke-3. Macam biasa, timbang berat dan panjang Munir. Alhamdulillah, berat naik sedikit, 6.6 kg dan panjang 63cm. Walaupun berat naik 400 grams dari sebelumnya, tapi masih dalam graf 3rd centile. Follow-up kali ni saya terserempak dengan 2 orang jiran saya di sini, sahabat usrah dan jiran sebelah rumah. Saya diberitahu misi yang next shot pada umur 9 bulan, untuk MMR. Tahun-tahun sebelum ni hanya satu shot MMR iaitu pada umur 1 tahun. Tapi berbeza pula kali ni, maklumlah melahirkan Muadz tahun 2011, lama dah berlalu.
Jadual imunisasi baru 2016
Jadual imunisasi baru 2016 |
Yang bestnye, kalau Munir tak suka, saya yang makan, sedap! Mungkin sebab selera makin bertambah. Tu yang berat masih tak turun-turun lagi 10 kg!
Kejap lagi dah nak kerja, saya off dulu ye. Saya doakan ibu-ibu di luar sana pun diberi kemudahan untuk buat semua ni. Sekian dulu, wassalam.
P/s: Mode mendidik Muadz cara homeschool. Muadz tengah rajin buat Maths. Dalam proses nak ajar Muadz membaca since dia tengah rajin. Saya SMS teacher Mira (Smart Reader) supaya pinjamkan buku phonics. Alhamdulillah, Allah beri kelapangan masa untuk buat semua ni sebelum saya sambung belajar, inshaAllah.
Puree guideline
Puree guideline |
No comments:
Post a Comment