Doa saya kirimkan buat atuk dan nenek saya (belah ayah) di pariaman, padang. Semoga mereka tabah dan redha dalam setiap ujian yang menimpa. Bahkan sebenarnya tiap ujian itu menguji tahap kebergantungan kita kepada Allah.
Setiap insan di uji sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Tapi kita sering mengeluh apabila ditimpa ujian kesusahan. Walhal ujian kesenangan itulah yang banyak menghanyutkan diri tiap insan.
Minggu ini saya terlalu disibukkan dgn assignment dan sebagainya sehingga mengetepikan prioriti. Astaghfirullah. First thing first! Antara 10 muwasafat tarbiyah adalah, tersusun dalam urusan dan bermanfaat pada org lain.
Solution:
Problem 1)
Bagaimana menyusun urusan kehidupan? --> Mencatat tiap urusan dlm buku mutabaah amal. Bukan setakat catat, tp mesti buat!
Problem 2)
Bermanfaat pd org lain? --> Mesti BERGERAK (mengetuk pintu hati insan yg inginkan Islam) supaya tidak menjadi spt air yg bertakung, busuk! mesti mengalir seiring dengan perjalanan masa.
"Jika kamu tidak menambah (menyumbang) apa-apa pada dunia, maka kamu adalah lebihan (yang tidak berguna) pada dunia."
Minggu lepas berkesempatan mengikuti majlis ilmu yg membentangkan usul 20. Walau tidak berpeluang utk menghabiskannya, tiap apa yg disampaikan benar2 merangsang otak kiri dan kanan sy dan insha Allah, kefahaman itu lahir dari hati. Thank you Allah
Sampaikan walau satu ayat.
Al Quran menjadi panduan, Sunnah menjadi ikutan. Sangat berterima kasih kpd para sahabat dan tabiin juga kpd khalifah Allah yg berjuang fi sabilillah dlm meneruskan kesinambungan tugas Rasulullah. Kalau bukan kerana usaha2 mereka menyampaikan, Islam tidak mungkin sampai kepada kita. Dan kalau bukan tugas kita untuk menyampaikan, Islam tidak mungkin akan sampai kpd anak cucu kita dan generasi seterusnya.
"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata." [Yusuf, 12:108]
Tetapi peringatan yang sempurna hanya dapat berlaku ketika waktu tenang dan sunyi.
Dari sinilah wujudnya kepentingan madrasah malam.
Dari sini juga lahir gesaan dan galakan Allah kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa memperbaharui ciri-ciri orang yang beriman, iaitu ‘mereka sedikit tidur pada waktu malam, dan beristighfar pada waktu sahur (hujung malam)’.
Pada zaman awal Islam, seruan mu’azzin berkumandang kedengaran dengan menyeru:
“Wahai rijal malam, bersungguh-sungguhlah! Setiap suara (doa) tidak akan ditolak.
Tidak bangun malam melainkan orang yang kuat azam dan kesungguhannya.”
Sesungguhnya ia adalah benar-benar madrasah. Hanya melalui madrasah ini sahaja para rijalnya dapat menyalakan obor semangat mereka dan menyebarkan cahaya di seluruh pelusuk dunia yang sedang dibaluti kegelapan jahiliah.
Ia sebagaimana dialami oleh Iqbal dan disimpulkannya dalam beberapa bait berikut:
“Aku menangis tika malam tenang dan hening. Manusia sedang tidur namun air mataku berguguran.
Ruhku dihangati kedukaan dan kesedihan. Wirid ‘ya qayyum’ temanku dalam kegelapan.
Aku umpama lilin dan air mataku menyucikanku. Dalam kegelapan malam ku nyalakan oborku.
Orang ramai berkumpul mendapatkan cahaya dengan nurku. Ku nyalakan api dan membakar diriku.”
Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para pendakwahnya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar seterusnya menghapuskan kegelapan jahiliyah kurun ke dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.
Saya bukanlah orang pertama yang mengatakan demikian. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para pendakwah:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
Adakah kita sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan semula ciri-ciri utama ini? Atau adakah kita terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?
Sesungguhnya perkataan Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Oleh itu, tanggungjawab terasa berat dan Allah tidak memberikan kemudahan di dalam segala urusan kita.
Kemenangan dakwah tidak dijamin oleh helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia berlaku dengan kembalinya orang yang ikhlas kepada kebiasaan asal yang sepatutnya. Apabila hati menjadi suci dengan melakukan taubat, dan peringatan ini dipatuhi oleh hati yang peka mendengar, maka ia akan menjadi penebus kepada kesilapan yang berlaku sekarang yang disebabkan oleh kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti dipenuhi.
Seolah-olah kita didinding daripada memperolehi kemenangan kerana kita menyeru dari sebalik tembok yang tebal. Kita hanya meninggikan suara memestikan Allah memberikan kita kemenangan begitu sahaja. Kita berjual beli dan menetapkan bahawa kita sudah mempunyai hak terhadap barang yang dibeli tanpa terlebih dahulu kita memberikan bayarannya yang berupa bisikan dan air mata di akhir malam. Sedangkan kemenangan adalah pemberian semata-mata yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada kalangan penuntut madrasah malam dalam kehidupan di dunia ini. Allah tidak akan mengurangkan balasan pahala ganjaran sedikit pun di akhirat nanti, bahkan Dia akan memberikan balasan tersebut sepenuhnya.
Keikhlasan dan pembongkaran angan-angan dunia yang palsu merupakan antara kurniaan utama madrasah malam, sebagaimana dinyatakan oleh Walid. Sudut ini merupakan sudut yang sewajibnya ditekan dan diperdalamkan di dalam jiwa oleh sistem pentarbiahan kita.
Walid berkata (yang kata-katanya adalah benar):
“Wahai malam, berqiyam padamu adalah madrasah. Padanya, al-Quran mengajarku…
Tentang makna ikhlas, lalu aku berpegang dengannya, sebagai suatu sistem. Ia juga menempatkanku di dalam syurga.
Ia juga memperlihatkanku bagaimana dunia… melemaskanku di dalam angan-angan palsu.
Dunia umpama mengkarung. Pertukaran warnanya memperdayakanku melakukan dosa.
Lalu aku menjauhi dan memusuhinya. Aku mendapatinya cuba menerjah masuk ke dalam diriku.
Lalu ku perteguhkan hubungan diriku dengan Penciptanya… Zikir berpanjangan sentiasa memeliharaku.”
Lebih daripada itu, orang yang berkelulusan daripada madrasah malam akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang, sedangkan sesiapa yang tidak menyertai madrasah tersebut akan kering, keras dan hati orang yang memandangnya juga akan turut keras. Buktinya semenjak dahulu lagi terdapat di sisi Bishr bin al-Harith al-Hafiyy. Beliau menyaksikannya dan memberikan petunjuk kepada anda tentangnya. Beliau berkata:
“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”
Ini tidak berlaku melainkan kerana malam-malamgolongan pertama dihabiskan dengan berjaga, sedangkan malam-malam golongan kedua dihabiskan dengan tidur. Begitu juga siang hari golongan pertama dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja yang serius sedangkan siang hari golongan kedua dihabiskan dengan memenuhi nafsu syahwat semata.
"Let your love belike the misty rains, coming softly, but flooding the river."
Begitulah sepatutnya kasih sayang yang perlu kita curahkan pada kanak2 malah kedua orang tua kita kerana suatu hari nanti kita juga akan mewarisi status "orang tua". Bagaimana kita melayan orang tua kita begitu juga suatu hari nanti anak2 kita pula akan melayan kita.
Mercy,
Kita perlu bersedia dan berlapang dada.
Walaupun mereka meninggalkan "watermarks" bila mencium kita. Even if they make the house looked like a hurricane aftermath. Biarpun mereka menjerit sekuat hati mereka, sampai terjulur keluar anak tekak mereka. Biarpun mereka mengotorkan karpet dengan gula2 coklat. Biarpun mereka menjadikan dinding rumah kita sebagai "whiteboard" mereka.
Kita perlu mencontohi rasul junjungan kita, walaupun sibuk dengan urusannya, namun Baginda sangat mengambil berat tentang kanak2. Baginda tahu kesukaan kanak2. Setiap kali baginda terserempak dengan kanak2, tentu ditegurnya walaupun kanak2 itu belum berakal untuk memahami ucapannya.
Richard L. Evans pernah berkata:
"Children will not remember you for the material things you provided but for feeling that you cherished them."
Oh, pedasnya.
Saya tiada "adik". Barangkali ada hikmahnya Allah menjadikan ibuku sebagai babysitter utk aku mendidik sifat sabar dan berlapang dada dgn kanak2. Huhu, Allah tahu siapa saya. Namun tarbiyah banyak mendidik diri ini untuk beransur2 menjadi lebih baik.
Mendidik anak2 bukan dengan cara kasar, kelak mereka akan meniru apa yg mereka lihat dan diperlakukan.
Kali ni tiba2 nak cerita pasal kanak2, cerita tentang tarbiyah yang tidak langsung. Tarbiyah bukan saja dari usrah atau daurah etc. Tapi inilah yang disebutkan dengan tarbiyah dzatiyah.
Sahabat baik ketika bergambar. Di luar gambar, hurm.. :p
Saya sudah belajar suturing. Dan mempraktikkannya pada seorang pesakit yang koyak bahagian kaki berhampiran dengan betis. Ini latihan yg telah dibuat.
Allah s.w.t telah menyediakan buat kita petunjuk yang di dalamnya tidak punya keraguan dan kepesongan. Kitabullah Al-Quran al-Karim memiliki di dalamnya segala halatuju setiap satu perkara dalam hidup kita. Matlamat yang digariskan kepada kita diisi dalam bentuknya yang unik, baik secara terus, mahupun dengan kisah-kisah yang memerlukan kita untuk berfikir demi mempelajari seribu satu pengajaran yang bererti. Namun yang menjadi persoalannya adakah si fulan yang bergelar muslim faham dan hayati matlamat-matlamat dalam kitabullah itu?
Wahai saudaraku, sekiranya kita memerhatikan si fulan muslim telah berusaha dan melaksanakan setiap satu matlamat yang telah digariskan, maka usaha kita dalam amar makruf nahi mungkar telah pun terlaksana. Sekiranya tidak, maka ketahuilah bahawa usaha kita perlu diteruskan untuk membawa kita dan mereka kepada matlamat ini.
Apakah halatuju hidup?
Sasaran kehidupan dijelaskan oleh Allah s.w.t. dengan jelas di dalam al-Quran al-Karim. Sasaran ini dijelaskan sesuai untuk manusia, dalam dua arah yang sesuai bagi setiap satu jenis manusia. Ada sasaran buat mereka yang hanya ingin bersenang-lenang (47:12), ada pula yang hanya inginkan keindahan dan segala perhiasan dunia (3:14), ada pula yang hanya melakukan kemusnahan dan huru-hara (2:204-205) sementara orang-orang beriman, Allah memberikan kepada mereka satu penjelasan yang secerah cahaya bagi mereka (22:77-78).
Setiap seorang di muka bumi ini tidak terlepas dari sasaran-sasaran yang telah Allah s.w.t. nyatakan kepada kita, tidak suatupun.
Ayuhai ikhwan, lihatlah kembali kepada setiap seorang sahabatmu di sisi. Apakah mereka berada bersama golongan mukmin yang telah diberikan petunjuk secerah cahaya kepada mereka? Renungilah, dan bermuhasabahlah.
Hidup penyeru amar makruf nahi mungkar sinonim dengan pengorbanan
Dalam usaha amar makruf nahi mungkar, tidak ada langkah yang mudah. Setiap suatu usaha memerlukan pengorbanan yang besar dan sesungguhnya orang-orang yang beriman telahpun menjual seluruh jiwa dan raganya kepada Allah s.w.t. dalam suatu urusan jual beli yang amat menguntungkan (9:111). Seorang muslim menjadikan kehidupannya sebagai harta wakaf di muka bumi. Tiada suatu baginya yang berharga dari perhiasan duniawi ini melainkan setiap suatunya bernilai besar untuk usaha amar makruf nahi mungkarnya. Itulah kehidupan dakwah baginya.
Atas sebab inilah, maka setiap orang beriman akan mempersiapkan dirinya dengan segala suatu persiapan sebagai seorang guru yang syumul untuk membimbing manusia. Ia akan berusaha sedaya upaya memiliki sifat penunjuk jalan, pembawa panji kebaikan, rahmat dan ihsan kepada sekelian manusia. Semua ini demi membawa umat islam kepada matlamatnya yang sebenar seperti di dalam al-Quran.
Pokok, Cabang dan Landasan Matlamat Kita
Setiap orang yang berusaha dalam jalan amar makruf nahi mungkar perlu benar-benar jelas dengan matlamat usahanya. Sekiranya matlamatnya masih kabur, yang dekat tak perasan, yang jauh tak terlihat, maka perlulah kita menjelaskan matlamat ini buat mereka. Kita meyakini bahawa matlamat kita adalah untuk membawa manusia hidup di bawah naungan islam, sistem dan undang-undangnya, kerana ini sahajalah jalan mencapai ke arah kebahagiaan hidup mereka. Ayuhai ikhwan, apakah matlamat anda membimbing manusia? Apakah yang dekat dan apakah yang jauh? Apakah yang utama, apakah yang sepele?
Matlamat bagi kita dipelajari dari al-Quran, dicontohi dari hadith-hadith Nabi s.a.w. yang benar dan praktiknya dilihat dari amalan generasi pertama, yang merupakan contoh terbaik keperibadian umat. Bagi yang meyakini dengan perkara ini, maka ia menjadi manifestasi sebagian dari imannya, bagi yang masih sangsi, maka di hadapan kita ada bukti-bukti yang kukuh dan adil, maka biar bukti-bukti ini menjadi pendokong kita kelak (7:89).
Siapa kita?
Kita bekerja demi kepentingan akhirat dan dunia manusia. Kita korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan ummah dan saudara-saudara kita. Alangkah besarnya harapan kita agar masyarakat melihat pemuda-pemuda yang berda’wah, sentiasa berjaga malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, melihat mereka berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa, berada di pejabat dan pusat-pusat da’wah dari asar hinggalah ke lewat malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh demi membimbing manusia ke arah matlamat yang agung itu. Setelah akhir bulan, mereka menyumbangkan harta benda mereka, pendapatan mereka demi usaha amar makruf nahi mungkar. Demi da’wah mereka kepada umat manusia.
Usaha setiap pemuda dai’e itu seolah berkata kepada ummat yang leka, “Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripaa Allah. Saya adalah daripada kalangan anda, demi anda. Yang saya harapkan adalah anda memahami da’wah ini dan menyahut seruan saya agar kita bersama-sama menuju redha Allah s.w.t.”
Inilah kita, kita sebahagian dari pemuda-pemuda tersebut.
Sumber kuasa terhebat
Kemudahan yang timbul dalam hati penda’wah untuk melakukan ini semua terletak pada kuatnya akidah mereka terhadap kebesaran Allah. Mereka tidak goyah menghadapi perlian, cercaan dan kutukan dari ummat yang leka dan tertipu. Keberanian mereka adalah demi Allah, kuatnya keberanian mereka seperti kuatnya ketakutan mereka kepada Allah dan kemurkaan-Nya. Mereka bersedia menghadapi bala tentera yang besar demi menegakkan kebenaran yang diturunkan Allah s.w.t. Mereka beriman dengan firman Allah s.w.t. (3:160).
Kita bukan berfantasi
Ya ikhwan, hendaklah kita bersabar dengan segala tohmahan mereka yang lesu dalam ta’abud mereka terhadap Allah s.w.t. Apa yang kita lihat hari ini mengelirukan dan jauh, namun pada generasi silam, ianya dekat dan nyata. Jihad dan usaha kita tidak akan membuahkan hasil kecuali jika kita turut merasakan perkara yang sama seperti mereka. Generasi islam yang pertama telah membaca al-Quran, sebaik sahaja mereka membacanya sebaik ia turun, mereka memahaminya, sama seperti apa yang kita fahami dan sampaikan kepada manusia hari ini. Kita hiduplah berdasarkan keyakinan ini, menaruh sepenuh harapan dan bersedia berkorban demi keyakinan ini.
Bagi mereka segala keseronokan, keindahan dan kebahagiaan dan kebenaran ada bersama keyakinan kita ini (57:16). Jika kita meyakini perkara ini, maka hendaklah kita bersiap, dan hendaklah kita bersedia sepenuhnya, demi mencapai kejayaan yang kita impikan.
Baikilah budaya masyarakat
Setiap manusia punyai budaya dan kebiasaan yang mereka hidup dengannya. Ada budaya ini baik dan ada antaranya buruk. Menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya agar budaya ini bertepatan dengan tuntutan Allah s.w.t. ke atas setiap hambanya (24:2). Perhatikanlah dari aspek halal dan haramnya, awlawiyyatnya serta keperluannya kepada diri mereka, ummat dan terhadap pengabdian kepada Allah. Sekiranya anda mendapati kekurangan pada budaya tersebut hingga tidak menepati dengan syariat Allah, maka berusahalah untuk membetulkannya dengan berhikmah dan berkesan.
Inilah jalannya
Walaupun jalan ini jauh, namun di sana tiada jalan lain untuk membina suatu kebangkitan yang sebenar. Sejarah dan pengalaman lalu membuktikan perkara ini. Utamakanlah yang wajib. Laksanakanlah tanggungjawab anda dahulu terhadap masyarakat, diikuti keiingingan mendapatkan ganjaran akhirat dan seterusnya untuk mendapat ganjaran dunia. Dengan beramal sudah cukup untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan pastinya mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. jika ia menepati syarat-syarat ibadah yang sahih. Ingatilah tujuan sebenar kita dalam beramal (7:164-165). Dipetik dengan sedikit olahan daripada Halatuju Dakwah Kita, Majmuatur Rasail, Hasan Al-Banna.
Sabda Rasulullah s.a.w : " Dan itulah bulan yang awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya bebas daripada api neraka".
Hadith sahih ini membahagikan ramadhan kepada tiga bahagian: 1/3 rahmat, 1/3 keampunan, 1/3 pelepasan dari api neraka.
Semoga kita beroleh ketiga-tiga bahagian sebagaimana yang Rasulullah sabdakan.
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga suatu proses yang mendidik nafsu kita. Nafsu atau syahwat merupakan unsur penting untuk kesinambungan manusia di alam ini.
[Ali Imran: 14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Nafsu ada tiga:
1) perut 2) ego 3) seks
Jadi, Islam suruh kawal nafsu, bukan buang terus. Sebagai contoh penjaga kaabah suatu ketika dulu mengasikan diri mereka (kasi) untuk membuang syahwat terhadap perempuan yang mencium hajarul aswad. Jadi dorang ni tengok perempuan macam tengok dinding je la. Janganlah sampai marah kepada nafsu tu dan buang terus. Nafsu penting cuma memerlukan diri kita untuk kawal nafsu supaya tidak berlebihan.
Kau yang menciptakan cinta Dan Kau jua yang menghampar bahagia Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa Namun padaMu jua diadukan Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu Terarah segala ronta dan rasa Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu di segenap ruang rasaku Telah Kau titipkan kekuatan Oh Tuhan
Ya Allah, kurniakan kekuatan pada diri ini. Sungguh, tanggungjawab itu berat utk aku pikul. Dan sudah tentu Kau tidak akan membebankan diri ini melainkan sesuai dengan kesanggupanku. Ikhlaskan hati ini untukMu ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin.
[al Baqarah: 30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, sampaikanlah kami lagi kepada Ramadhan… dan Ramadhan… dan Ramadhan…”
Allahumma ballighna ramadhan. Itulah doa Rasulullah dan para sahabat ketika berakhirnya puasa ramadhan iaitu ketika mereka berqiamullail di malam yg hening dan tenang menjelang subuh di pg raya. Meleleh air mata mereka meninggalkan ramadhan yg telah berlalu.
Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"
Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.
Puasa: Tanda kekuatan iman
Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun. Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya!Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya!Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.