Friday, October 30, 2009

Shobrun Jamil


Assalamu'alaikum

Tiap kali kesabaranku diuji, aku akan ingat entry shobrun jamil yang banyak memberi motivasi untuk aku melatih diri untuk bersabar dengan kesabaran yang baik. Namun terkadang, sifat ego ini berjaya menjadikan situasi menjadi lebih buruk lagi. Ego untuk mempertahankan diri yang akhirnya membawa kepada penyesalan yang tak pernah sudah. Tapi alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang untuk menyedari kesilapan yang telah dilakukan. AstaghfirullAh al adhim. Tentu ada hikmahnya mengapa Allah menetapkan sesuatu perkara itu berlaku. Meletakkan diri ini untuk selalu berdamping dengannya. Husnuszon kataku.

Jazakillah kepada kak hanim untuk entry yang bermanfaat.


Shobrun Jamil

http://halwahati.wordpress.com/2009/05/28/shobrun-jamil/

Dia menarik nafas dalam-dalam. Berat sekali berita itu. Langit dunianya seakan runtuh seketika. Namun keimanan menghalangnya dari menyalahkan sesiapa, atau apa-apapun, kecuali dirinya sendiri. Yang salah adalah dia. Pastilah dia yang tidak cukup berdoa selama ini. Pastilah solat hajatnya yang sangat kurang. Pastilah hatinya yang gelap bertitik hitam. Pastilah pergantungannya yang tidak cukup bulat lagi kepada Allah. Lalu Allah mengujinya. Untuk mengingatkannya. Untuk memanggilnya.

.

Sebenarnya, dia tidak ingin langsung menangisi berita itu. Itu dungu! Biarlah ini semata-mata untuk Allah. Semoga airmatanya hanyalah curahan keinsafan atas kelalaiannya, kerana terlalu banyak sudah pergantungannya bersisa kepada manusia. Allahussomad. Allahussomad. Allahussomad… dia tenggelam dalam zikirnya.

… oh,baru sekarang hendak zikir! Titik jernih jatuh lagi.
Allahussomad
“Allah tempat pergantungan segala sesuatu.” (Surah al-ikhlas : ayat 2)

.

Dia perlu belajar lagi erti sabar.

.

shobrun jamil

“Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik.” (Al-Maarij : ayat 5)

Ini ayat perintah.
Perintah dari siapa?
Perintah dari langit.
Dari Allah yang Maha Mengetahui, dari Rabb yang menghantarkan ujian ini untuknya.

.

Shobrun Jamil - kesabaran yang baik. Al-Qurthubi, As-Syaukani dan Ibnu Katsir telah menghuraikan dengan begitu halus apa itu Shobrun Jamil. Untuk memiliki ’kesabaran yang baik’ seperti yang difirmankan Allah dalam Al-Quran itu, perlulah bersabar dengan tidak disertai dengan keluhan atau aduan kepada sesama manusia, tidak menceritakan kesakitan yang dideritai, dan tidak pula merasa dirinya suci dengan demikian. Itulah Shobrun Jamil. Yang Allah ajarkan. Yang diceritakan Allah dimiliki oleh Nabi Yaaqub alayhissalam saat mendengar berita musibah yang menimpa Nabi Yusuf.

“Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (Surah Yusuf : ayat 18)

Ayat yang sama telah diucapkan oleh Saidatina Aisyah (r.a) dengan mempamerkan kesabaran yang sama ketika dirinya dibelenggu fitnah yang dahsyat.

“Demi Allah aku tidak mengetahui contoh yang baik kecuali apa yang telah dikatakan oleh ayahanda Yusuf: “Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan.”

.

Ertinya juga, untuk Shobrun Jamil, hendaklah menjadikan Allah tempat mengadu yang pertama. Mengadu kesedihan kepada Allah Taala tidak akan mengurangi kesabaran yang baik, kerana memang Allah tempat pergantungan kesemua makhluk, seperti ungkapan Nabi Yaaqub yang seterusnya,

“Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Surah Yusuf : ayat 86)

.

Shobrun Jamil… agungnya perasaan itu. Sudah pasti ia tidak akan mampu dirasai dan difahami, kecuali oleh mukmin sejati yang benar-benar meyakini setiap apa yang terjadi itu adalah ketetapan Allah jua, iaitu Tuhan yang sentiasa merencanakan hanya yang terbaik untuk hambaNya. Allah the Perfect Planner. Allah will only give what is BEST for you. ‘Best’ means nothing is better. Tiada kemungkinan-kemungkinan yang lebih baik dari apa yang telah terjadi.

.

Tidak lupa, termasuk juga dalam tuntutan Shobrun Jamil untuk menjauhi yang menyakiti, tidak langsung membalas kejian dan umpatan, sekiranya ada.

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (Surah Al-Muzzammil : ayat 10)

.

Inilah nilai islam yang begitu luhur, telah Allah abadikan di dalam Al-Quran. Pastilah masih banyak pesan Al-Quran yang seharusnya senantiasa digali dan direalisasikan dalam hidup. Benarlah, jika merasa lemah, jika ingin kekuatan, maka pergilah kepada sumbernya. Saat ini dan akan datang, dia tahu banyak lagi dugaan Allah akan hadir, yang menuntut dia untuk terus tetap melangkah, kuat dan bersabar. Bukan hanya sabar, tetapi mestilah bersabar dgn Shobrun Jamil.

Mampukah dia?


Hadith arbain: 25

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):

Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:
Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.

Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah.

Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia beroleh pahala?

Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.


Fastabiqul khairat.. Amalan kita sudah tentu tidak dipersia-siakanNya walau sekecil zarah.

Thursday, October 8, 2009

Ini jalanku

Assalamualaikum..

Doa saya kirimkan buat atuk dan nenek saya (belah ayah) di pariaman, padang. Semoga mereka tabah dan redha dalam setiap ujian yang menimpa. Bahkan sebenarnya tiap ujian itu menguji tahap kebergantungan kita kepada Allah.

Setiap insan di uji sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Tapi kita sering mengeluh apabila ditimpa ujian kesusahan. Walhal ujian kesenangan itulah yang banyak menghanyutkan diri tiap insan.

Minggu ini saya terlalu disibukkan dgn assignment dan sebagainya sehingga mengetepikan prioriti. Astaghfirullah. First thing first! Antara 10 muwasafat tarbiyah adalah, tersusun dalam urusan dan bermanfaat pada org lain.

Solution:

Problem 1)

Bagaimana menyusun urusan kehidupan?
--> Mencatat tiap urusan dlm buku mutabaah amal. Bukan setakat catat, tp mesti buat!



Problem 2)

Bermanfaat pd org lain?
--> Mesti BERGERAK (mengetuk pintu hati insan yg inginkan Islam) supaya tidak menjadi spt air yg bertakung, busuk! mesti mengalir seiring dengan perjalanan masa.


"Jika kamu tidak menambah (menyumbang) apa-apa pada dunia, maka kamu adalah lebihan (yang tidak berguna) pada dunia."


Minggu lepas berkesempatan mengikuti majlis ilmu yg membentangkan usul 20. Walau tidak berpeluang utk menghabiskannya, tiap apa yg disampaikan benar2 merangsang otak kiri dan kanan sy dan insha Allah, kefahaman itu lahir dari hati. Thank you Allah

Sampaikan walau satu ayat.

Al Quran menjadi panduan, Sunnah menjadi ikutan. Sangat berterima kasih kpd para sahabat dan tabiin juga kpd khalifah Allah yg berjuang fi sabilillah dlm meneruskan kesinambungan tugas Rasulullah. Kalau bukan kerana usaha2 mereka menyampaikan, Islam tidak mungkin sampai kepada kita. Dan kalau bukan tugas kita untuk menyampaikan, Islam tidak mungkin akan sampai kpd anak cucu kita dan generasi seterusnya.


"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata." [Yusuf, 12:108]

Thursday, September 17, 2009

Bingkisan Syawal


Rijal dari Madrasah Malam

Tetapi peringatan yang sempurna hanya dapat berlaku ketika waktu tenang dan sunyi.

Dari sinilah wujudnya kepentingan madrasah malam.

Dari sini juga lahir gesaan dan galakan Allah kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa memperbaharui ciri-ciri orang yang beriman, iaitu ‘mereka sedikit tidur pada waktu malam, dan beristighfar pada waktu sahur (hujung malam)’.

Pada zaman awal Islam, seruan mu’azzin berkumandang kedengaran dengan menyeru:

“Wahai rijal malam, bersungguh-sungguhlah! Setiap suara (doa) tidak akan ditolak.

Tidak bangun malam melainkan orang yang kuat azam dan kesungguhannya.”

Sesungguhnya ia adalah benar-benar madrasah. Hanya melalui madrasah ini sahaja para rijalnya dapat menyalakan obor semangat mereka dan menyebarkan cahaya di seluruh pelusuk dunia yang sedang dibaluti kegelapan jahiliah.

Ia sebagaimana dialami oleh Iqbal dan disimpulkannya dalam beberapa bait berikut:

“Aku menangis tika malam tenang dan hening. Manusia sedang tidur namun air mataku berguguran.

Ruhku dihangati kedukaan dan kesedihan. Wirid ‘ya qayyum’ temanku dalam kegelapan.

Aku umpama lilin dan air mataku menyucikanku. Dalam kegelapan malam ku nyalakan oborku.

Orang ramai berkumpul mendapatkan cahaya dengan nurku. Ku nyalakan api dan membakar diriku.”

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para pendakwahnya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar seterusnya menghapuskan kegelapan jahiliyah kurun ke dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.

Saya bukanlah orang pertama yang mengatakan demikian. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para pendakwah:

“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”

Adakah kita sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan semula ciri-ciri utama ini? Atau adakah kita terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?

Sesungguhnya perkataan Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Oleh itu, tanggungjawab terasa berat dan Allah tidak memberikan kemudahan di dalam segala urusan kita.

Kemenangan dakwah tidak dijamin oleh helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia berlaku dengan kembalinya orang yang ikhlas kepada kebiasaan asal yang sepatutnya. Apabila hati menjadi suci dengan melakukan taubat, dan peringatan ini dipatuhi oleh hati yang peka mendengar, maka ia akan menjadi penebus kepada kesilapan yang berlaku sekarang yang disebabkan oleh kealpaan berpanjangan.

Ini adalah satu syarat yang mesti dipenuhi.

Seolah-olah kita didinding daripada memperolehi kemenangan kerana kita menyeru dari sebalik tembok yang tebal. Kita hanya meninggikan suara memestikan Allah memberikan kita kemenangan begitu sahaja. Kita berjual beli dan menetapkan bahawa kita sudah mempunyai hak terhadap barang yang dibeli tanpa terlebih dahulu kita memberikan bayarannya yang berupa bisikan dan air mata di akhir malam. Sedangkan kemenangan adalah pemberian semata-mata yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada kalangan penuntut madrasah malam dalam kehidupan di dunia ini. Allah tidak akan mengurangkan balasan pahala ganjaran sedikit pun di akhirat nanti, bahkan Dia akan memberikan balasan tersebut sepenuhnya.

Keikhlasan dan pembongkaran angan-angan dunia yang palsu merupakan antara kurniaan utama madrasah malam, sebagaimana dinyatakan oleh Walid. Sudut ini merupakan sudut yang sewajibnya ditekan dan diperdalamkan di dalam jiwa oleh sistem pentarbiahan kita.

Walid berkata (yang kata-katanya adalah benar):

“Wahai malam, berqiyam padamu adalah madrasah. Padanya, al-Quran mengajarku…

Tentang makna ikhlas, lalu aku berpegang dengannya, sebagai suatu sistem. Ia juga menempatkanku di dalam syurga.

Ia juga memperlihatkanku bagaimana dunia… melemaskanku di dalam angan-angan palsu.

Dunia umpama mengkarung. Pertukaran warnanya memperdayakanku melakukan dosa.

Lalu aku menjauhi dan memusuhinya. Aku mendapatinya cuba menerjah masuk ke dalam diriku.

Lalu ku perteguhkan hubungan diriku dengan Penciptanya… Zikir berpanjangan sentiasa memeliharaku.”

Lebih daripada itu, orang yang berkelulusan daripada madrasah malam akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang, sedangkan sesiapa yang tidak menyertai madrasah tersebut akan kering, keras dan hati orang yang memandangnya juga akan turut keras. Buktinya semenjak dahulu lagi terdapat di sisi Bishr bin al-Harith al-Hafiyy. Beliau menyaksikannya dan memberikan petunjuk kepada anda tentangnya. Beliau berkata:

“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”

Ini tidak berlaku melainkan kerana malam-malam golongan pertama dihabiskan dengan berjaga, sedangkan malam-malam golongan kedua dihabiskan dengan tidur. Begitu juga siang hari golongan pertama dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja yang serius sedangkan siang hari golongan kedua dihabiskan dengan memenuhi nafsu syahwat semata.


Raqaiq


Thursday, September 10, 2009

Sayang mereka

Malagasy proverb:

"Let your love belike the misty rains, coming softly, but flooding the river."

Begitulah sepatutnya kasih sayang yang perlu kita curahkan pada kanak2 malah kedua orang tua kita kerana suatu hari nanti kita juga akan mewarisi status "orang tua". Bagaimana kita melayan orang tua kita begitu juga suatu hari nanti anak2 kita pula akan melayan kita.

Mercy,

Kita perlu bersedia dan berlapang dada.

Walaupun mereka meninggalkan "watermarks" bila mencium kita. Even if they make the house looked like a hurricane aftermath. Biarpun mereka menjerit sekuat hati mereka, sampai terjulur keluar anak tekak mereka. Biarpun mereka mengotorkan karpet dengan gula2 coklat. Biarpun mereka menjadikan dinding rumah kita sebagai "whiteboard" mereka.

Kita perlu mencontohi rasul junjungan kita, walaupun sibuk dengan urusannya, namun Baginda sangat mengambil berat tentang kanak2. Baginda tahu kesukaan kanak2. Setiap kali baginda terserempak dengan kanak2, tentu ditegurnya walaupun kanak2 itu belum berakal untuk memahami ucapannya.

Richard L. Evans pernah berkata:

"Children will not remember you for the material things you provided but for feeling that you cherished them."

Oh, pedasnya.

Saya tiada "adik". Barangkali ada hikmahnya Allah menjadikan ibuku sebagai babysitter utk aku mendidik sifat sabar dan berlapang dada dgn kanak2. Huhu, Allah tahu siapa saya. Namun tarbiyah banyak mendidik diri ini untuk beransur2 menjadi lebih baik.

Mendidik anak2 bukan dengan cara kasar, kelak mereka akan meniru apa yg mereka lihat dan diperlakukan.

Kali ni tiba2 nak cerita pasal kanak2, cerita tentang tarbiyah yang tidak langsung. Tarbiyah bukan saja dari usrah atau daurah etc. Tapi inilah yang disebutkan dengan tarbiyah dzatiyah.


Sahabat baik ketika bergambar. Di luar gambar, hurm.. :p

Saya sudah belajar suturing. Dan mempraktikkannya pada seorang pesakit yang koyak bahagian kaki berhampiran dengan betis. Ini latihan yg telah dibuat.



Masih perlu berlatih lagi utk kekemasan.. :)

Monday, September 7, 2009

Usaha Kita Bermatlamat

oleh: http://penapistola.wordpress.com/

Allah s.w.t telah menyediakan buat kita petunjuk yang di dalamnya tidak punya keraguan dan kepesongan. Kitabullah Al-Quran al-Karim memiliki di dalamnya segala halatuju setiap satu perkara dalam hidup kita. Matlamat yang digariskan kepada kita diisi dalam bentuknya yang unik, baik secara terus, mahupun dengan kisah-kisah yang memerlukan kita untuk berfikir demi mempelajari seribu satu pengajaran yang bererti. Namun yang menjadi persoalannya adakah si fulan yang bergelar muslim faham dan hayati matlamat-matlamat dalam kitabullah itu?

Wahai saudaraku, sekiranya kita memerhatikan si fulan muslim telah berusaha dan melaksanakan setiap satu matlamat yang telah digariskan, maka usaha kita dalam amar makruf nahi mungkar telah pun terlaksana. Sekiranya tidak, maka ketahuilah bahawa usaha kita perlu diteruskan untuk membawa kita dan mereka kepada matlamat ini.

Apakah halatuju hidup?

Sasaran kehidupan dijelaskan oleh Allah s.w.t. dengan jelas di dalam al-Quran al-Karim. Sasaran ini dijelaskan sesuai untuk manusia, dalam dua arah yang sesuai bagi setiap satu jenis manusia. Ada sasaran buat mereka yang hanya ingin bersenang-lenang (47:12), ada pula yang hanya inginkan keindahan dan segala perhiasan dunia (3:14), ada pula yang hanya melakukan kemusnahan dan huru-hara (2:204-205) sementara orang-orang beriman, Allah memberikan kepada mereka satu penjelasan yang secerah cahaya bagi mereka (22:77-78).

Setiap seorang di muka bumi ini tidak terlepas dari sasaran-sasaran yang telah Allah s.w.t. nyatakan kepada kita, tidak suatupun.

Ayuhai ikhwan, lihatlah kembali kepada setiap seorang sahabatmu di sisi. Apakah mereka berada bersama golongan mukmin yang telah diberikan petunjuk secerah cahaya kepada mereka? Renungilah, dan bermuhasabahlah.

Hidup penyeru amar makruf nahi mungkar sinonim dengan pengorbanan

Dalam usaha amar makruf nahi mungkar, tidak ada langkah yang mudah. Setiap suatu usaha memerlukan pengorbanan yang besar dan sesungguhnya orang-orang yang beriman telahpun menjual seluruh jiwa dan raganya kepada Allah s.w.t. dalam suatu urusan jual beli yang amat menguntungkan (9:111). Seorang muslim menjadikan kehidupannya sebagai harta wakaf di muka bumi. Tiada suatu baginya yang berharga dari perhiasan duniawi ini melainkan setiap suatunya bernilai besar untuk usaha amar makruf nahi mungkarnya. Itulah kehidupan dakwah baginya.

Atas sebab inilah, maka setiap orang beriman akan mempersiapkan dirinya dengan segala suatu persiapan sebagai seorang guru yang syumul untuk membimbing manusia. Ia akan berusaha sedaya upaya memiliki sifat penunjuk jalan, pembawa panji kebaikan, rahmat dan ihsan kepada sekelian manusia. Semua ini demi membawa umat islam kepada matlamatnya yang sebenar seperti di dalam al-Quran.

Pokok, Cabang dan Landasan Matlamat Kita

Setiap orang yang berusaha dalam jalan amar makruf nahi mungkar perlu benar-benar jelas dengan matlamat usahanya. Sekiranya matlamatnya masih kabur, yang dekat tak perasan, yang jauh tak terlihat, maka perlulah kita menjelaskan matlamat ini buat mereka. Kita meyakini bahawa matlamat kita adalah untuk membawa manusia hidup di bawah naungan islam, sistem dan undang-undangnya, kerana ini sahajalah jalan mencapai ke arah kebahagiaan hidup mereka. Ayuhai ikhwan, apakah matlamat anda membimbing manusia? Apakah yang dekat dan apakah yang jauh? Apakah yang utama, apakah yang sepele?

Matlamat bagi kita dipelajari dari al-Quran, dicontohi dari hadith-hadith Nabi s.a.w. yang benar dan praktiknya dilihat dari amalan generasi pertama, yang merupakan contoh terbaik keperibadian umat. Bagi yang meyakini dengan perkara ini, maka ia menjadi manifestasi sebagian dari imannya, bagi yang masih sangsi, maka di hadapan kita ada bukti-bukti yang kukuh dan adil, maka biar bukti-bukti ini menjadi pendokong kita kelak (7:89).

Siapa kita?

Kita bekerja demi kepentingan akhirat dan dunia manusia. Kita korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan ummah dan saudara-saudara kita. Alangkah besarnya harapan kita agar masyarakat melihat pemuda-pemuda yang berda’wah, sentiasa berjaga malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, melihat mereka berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa, berada di pejabat dan pusat-pusat da’wah dari asar hinggalah ke lewat malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh demi membimbing manusia ke arah matlamat yang agung itu. Setelah akhir bulan, mereka menyumbangkan harta benda mereka, pendapatan mereka demi usaha amar makruf nahi mungkar. Demi da’wah mereka kepada umat manusia.

Usaha setiap pemuda dai’e itu seolah berkata kepada ummat yang leka, “Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripaa Allah. Saya adalah daripada kalangan anda, demi anda. Yang saya harapkan adalah anda memahami da’wah ini dan menyahut seruan saya agar kita bersama-sama menuju redha Allah s.w.t.”

Inilah kita, kita sebahagian dari pemuda-pemuda tersebut.

Sumber kuasa terhebat

Kemudahan yang timbul dalam hati penda’wah untuk melakukan ini semua terletak pada kuatnya akidah mereka terhadap kebesaran Allah. Mereka tidak goyah menghadapi perlian, cercaan dan kutukan dari ummat yang leka dan tertipu. Keberanian mereka adalah demi Allah, kuatnya keberanian mereka seperti kuatnya ketakutan mereka kepada Allah dan kemurkaan-Nya. Mereka bersedia menghadapi bala tentera yang besar demi menegakkan kebenaran yang diturunkan Allah s.w.t. Mereka beriman dengan firman Allah s.w.t. (3:160).

Kita bukan berfantasi

Ya ikhwan, hendaklah kita bersabar dengan segala tohmahan mereka yang lesu dalam ta’abud mereka terhadap Allah s.w.t. Apa yang kita lihat hari ini mengelirukan dan jauh, namun pada generasi silam, ianya dekat dan nyata. Jihad dan usaha kita tidak akan membuahkan hasil kecuali jika kita turut merasakan perkara yang sama seperti mereka. Generasi islam yang pertama telah membaca al-Quran, sebaik sahaja mereka membacanya sebaik ia turun, mereka memahaminya, sama seperti apa yang kita fahami dan sampaikan kepada manusia hari ini. Kita hiduplah berdasarkan keyakinan ini, menaruh sepenuh harapan dan bersedia berkorban demi keyakinan ini.

Bagi mereka segala keseronokan, keindahan dan kebahagiaan dan kebenaran ada bersama keyakinan kita ini (57:16). Jika kita meyakini perkara ini, maka hendaklah kita bersiap, dan hendaklah kita bersedia sepenuhnya, demi mencapai kejayaan yang kita impikan.

Baikilah budaya masyarakat

Setiap manusia punyai budaya dan kebiasaan yang mereka hidup dengannya. Ada budaya ini baik dan ada antaranya buruk. Menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya agar budaya ini bertepatan dengan tuntutan Allah s.w.t. ke atas setiap hambanya (24:2). Perhatikanlah dari aspek halal dan haramnya, awlawiyyatnya serta keperluannya kepada diri mereka, ummat dan terhadap pengabdian kepada Allah. Sekiranya anda mendapati kekurangan pada budaya tersebut hingga tidak menepati dengan syariat Allah, maka berusahalah untuk membetulkannya dengan berhikmah dan berkesan.

Inilah jalannya

Walaupun jalan ini jauh, namun di sana tiada jalan lain untuk membina suatu kebangkitan yang sebenar. Sejarah dan pengalaman lalu membuktikan perkara ini. Utamakanlah yang wajib. Laksanakanlah tanggungjawab anda dahulu terhadap masyarakat, diikuti keiingingan mendapatkan ganjaran akhirat dan seterusnya untuk mendapat ganjaran dunia. Dengan beramal sudah cukup untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan pastinya mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. jika ia menepati syarat-syarat ibadah yang sahih. Ingatilah tujuan sebenar kita dalam beramal (7:164-165).

Dipetik dengan sedikit olahan daripada Halatuju Dakwah Kita, Majmuatur Rasail, Hasan Al-Banna.

Tuesday, September 1, 2009

Kawal nafsu, bukan menghapuskannya


Sabda Rasulullah s.a.w : " Dan itulah bulan yang awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya bebas daripada api neraka".

Hadith sahih ini membahagikan ramadhan kepada tiga bahagian: 1/3 rahmat, 1/3 keampunan, 1/3 pelepasan dari api neraka.

Semoga kita beroleh ketiga-tiga bahagian sebagaimana yang Rasulullah sabdakan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga suatu proses yang mendidik nafsu kita. Nafsu atau syahwat merupakan unsur penting untuk kesinambungan manusia di alam ini.

[Ali Imran: 14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Nafsu ada tiga:

1) perut
2) ego
3) seks

Jadi, Islam suruh kawal nafsu, bukan buang terus. Sebagai contoh penjaga kaabah suatu ketika dulu mengasikan diri mereka (kasi) untuk membuang syahwat terhadap perempuan yang mencium hajarul aswad. Jadi dorang ni tengok perempuan macam tengok dinding je la. Janganlah sampai marah kepada nafsu tu dan buang terus. Nafsu penting cuma memerlukan diri kita untuk kawal nafsu supaya tidak berlebihan.