Friday, October 23, 2015

Munir bin Naim

Assalamu'alaikum..

Saya telah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 19 September 2015 bersamaan 5 Zulhijjah 1436 Hijriyah. Kami telah sepakat memilih nama Munir yang bermaksud "yang menerangi" yang berasal dari perkataan dalam bahasa arab "nur". Pengalaman kedua melahirkan tidaklah terlalu menyakitkan kerana saya memilih epidural untuk mengurangkan kesakitan yang saya alami. Jujur saya katakan, sakit sebelum saya mengambil epidural adalah lebih kuat berbanding anak yang pertama, mungkin baby bersaiz besar. Baby Munir lahir dengan berat 3.5 kg, tidak menangis serta merta membuatkan hati saya gelisah kerana menangis adalah penting bagi membuka sistem pernafasan bayi dan termasuk di dalam kriteria Apgar score. Tetapi alhamdulillah, setelah dirangsang dengan suction (menurut kata midwife yang attend saya), baby Munir pun menangis.

Hari ini adalah hari yang ke-35 saya berpantang. Tak sabar menunggu habis waktu berpantang walaupun aaya tidaklah strict masa berpantang ni, cuma makanan yang menyebabkan gatal-gatal atau angin tu memang saya elakkan. Saya nak je bercerita panjang tentang pengalaman saya just before melahirkan tapi anak saya ni kuat menangis, selalu nak berkepit dengan ummi dia. Saya share satu gambar Munir bin Naim.




Saturday, August 1, 2015

Checklist baby

I am 32 weeks 1 day

Alhamdulillah, pejam celik kandungan saya dah 8 bulan. Semakin berdebar-debar jantung teringat kesakitan yang dialami semasa melahirkan Muadz. Kali ni saya dah blogwalking serba sedikit persiapan untuk kelahiran bayi yang kedua ni.

Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)



BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’




3. Al-Hasyr : 21-24




4. Doa Selusuh



Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".



5. Doa Pemudah


"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.


Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.

Friday, July 24, 2015

Request free pampers sample

Assalamualaikum,

Saya nak berkongsi kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi, tak kisahla bayi pertama atau yang dah berkali-kali melahirkan. Saja blogwalking, tiba-tiba terbaca blog bercerita tentang free sample. Benda free, apa salahnya cuba kan? Lagipun pada ibu yang masih tercari-cari pampers mana yang sesuai, bolehla cuba free sample ni.

Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh klik link bawah ni:

Drypers

Huggies

Mamypoko

Babylove

Merries

Diapex

Pet Pet-  yang ni kena mesej detailsName :Contact :Address :Diaper size :) through facebook

Whoopee- yang ni kena emel details  kepada whoopee@peoplengrit.com

Kelmarin, huggies sample baru je sampai ke rumah saya, alhamdulillah. Korang pun boleh try, tak susah, just isi form je..

Selamat mencuba!




Thursday, July 23, 2015

Come back

Assalamualaikum,

Sudah lama blog ini bersawang. Sebenarnye sebelum ni saya menggunakan domain dan hosting lain iaitu Ummu Muadz dengan tujuan untuk berniaga. Disebabkan kekangan kerja dan beberapa sebab yang lain, maka saya terpaksa memutuskan untuk meneruskan kerja hakiki saya iaitu sebagai seorang doktor. Tujuan saya berniaga sebenarnya ingin menajdi 'work at home mother', tapi bukan rezeki saya untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.

Selama 4 tahun blog ini bersawang, namun saya memilih untuk meneruskan penulisan blog di sini, rindu mengenangkan memori dahulu zaman bujang, zaman di menara gading.

Alhamdulillah, kini saya telah pun mempunyai seorang cahaya mata bernama Muadz dan inshaAllah akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata tahun ini. Semalam pertama kalinya saya visit hospital Columbia Asia Nusajaya untuk follow up kandungan kedua saya ni, 30 weeks plus. Pertama kali juga saya melihat scan 4D, subhanAllah, dapat melihat sebahagian iras wajahnya. Bertemankan suami saya, dia pun sangat teruja sebab sebelum ni kami follow up di Hospital Sultanah Aminah tetapi sukar sedikit untuk para suami untuk melihat scan disebabkan ruang bilik doktor di klinik yang agak terhad yang terpaksa berkongsi bilik dengan doktor lain. Suami saya puas hati dapat tengok scan kali ni.


Apa pula reaksi mak saya melihat gambar ni, dia kata banyak iras belah saya, hihi.. Tak mengapa, kita tunggu wajah sebenarnya nanti, inshaAllah..

Oh ya, caj di sini tak terlalu mahal, affordable. Caj scan RM60, tapi saya dapat diskaun. Caj untuk normal delivery dalam RM3k, caesarean RM5k. So, lebih kurang macam di Hospital Pusrawi masa melahirkan first baby. Saya pernah survey Hospital Pakar Puteri dan KPJ lain, kosnya lebih mahal.

Ok, saya stop di sini, inshaAllah akan sambung nanti.


Doa mendapat anak soleh/ solehah

3:35
Sahih International
[Mention, O Muhammad], when the wife of 'Imran said, "My Lord, indeed I have pledged to You what is in my womb, consecrated [for Your service], so accept this from me. Indeed, You are the Hearing, the Knowing."


Ummu Muadz,
7 Syawal 1436H,
Nusajaya.

Tuesday, February 1, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Masa berlalu meninggalkan kita. Adakah kita ingin duduk diam tidak berganjak dari posisi yang sama saja? tak ingin beralih? mesti penat kan kalau duduk lama saja tak buat apa? Sedangkan dalam al Quran Allah bersumpah, demi masa, demi waktu dhuha, demi malam. Betapa pentingnya masa hinggakan kita tak cukup masa nak buat banyak perkara, betul tak?


Penting juga untuk menilai sesuatu pekerjaan kita sama ada ia bermanfaat atau kerja kita itu hanya untuk memuaskan hati kita saja. Ingatlah, Allah sentiasa melihat gerak-geri kita. Nilailah sama ada kerja kita itu mendekatkan diri kita kepada Allah (malah membuahkan pahala) atau pun sia2. Andai kita sentiasa ingat Allah, tentu setiap perbuatan yang kita lakukan tu tak lari dengan apa yang Allah suruh. Kasi penat sikit malaikat Raqib tu mencatit amal kebaikan kita.

So remember Me, and I remember you.

[al-Baqarah 2:152]

Kadang2 kita rasa masa kita banyak tertumpu pada kerja dunia saja, lupa pula nak berzikir (zikir: ingat Allah, melihat alam dan memuji kebesaran Allah juga zikir, tidak terhad hanya dengan berzikir di bibir). Islam itu syumul, kamil dan mutakamil, melengkapi semua keperluan yang manusia perlukan, katakan apa saja, makan? tidur? kerja? rehat? (di syurga ya nanti inshaAllah), semuanya telah Allah senaraikan macam2 lagi keperluan untuk kita dalam al Quran. You just have to read and follow. Tak susah kan? Kalau baca novel tebal tu setengah hari pun dah boleh habiskan?

SubhanAllah, 'The Book' is full of guidance and revelations.

Alif. Lam. Mim.

This Divine Writ—let there be no doubt about it— is meant to be a guidance for all the God conscious, who believe in the existence of that which is beyond the reach of human perception, and are constant in prayer, and spend on others out of what We provide for them as sustenance; and who believe in that which has been bestowed from on high upon you, O Prophet, as well as in that which was bestowed before your time: for it is they who in their innermost are certain of the life to come! It is they who follow the guidance which comes from their Sustainer; and it is they, they who shall attain to a happy state!

[al-Baqarah 2:1-5]

Sunday, November 14, 2010

Lintasan hidayah


Assalamu'alaikum

Sobahul khair!

Dah bersawang blog ni. Nak share satu entry. Entry ni seolah-olah mengetahui apa yang tersirat di hati.. Moga beroleh manfaat.


**********


Sebenarnya, perasaan itu tidak baru. Memang sudah selalu je pun rasa begitu – rasa sluggish, rasa lembab buat kerja. Namun apa yang berlaku malam ini, benar-benar mengetuk kepala saya!

.

Cerita bermula ketika saya bertugas oncall di Accident & Emergency Department (A&E) 2 hari yang lalu. Saya dihadapkan dengan kes seorang ibu berusia 40-an, yang telah overdosemakan panadol, sebagai percubaan untuk membunuh diri. Wanita itu menelan 30 biji (? sebenarnya tak pasti total berapa biji) panadol, beserta sebotol arak jenis vodka, kemudian terus pengsan tidak sedarkan diri. Suaminya menemui beliau dan terus membawanya ke A&E. Ketika saya bertemu dengan wanita itu, beliau sudah sedar, airmatanya bergenang. Dia menggigil-gigil, sambil mengadu sakit kepala, sakit perut serta muntah-muntah di A&E. Rawatan antidot N-Acetylcysteine segera dimulakan, kerana level panadol dalam darahnya sangat tinggi, melebihi paras bahaya.

.

Malam ini, apabila keadaan lebih tenang, setelah beberapa hari duduk di dalam wad, dan organ-organnya semakin pulih, saya datang semula bertemu dengan ibu itu untuk melihat keadaannya. Beliau mesra dan mudah diajak bersembang. Rupanya beliau amat tertekan semenjak kematian anak gadisnya 2 tahun lalu. Namun, beliau menyesal dengan percubaannya membunuh diri dan merasa takut dengan diri sendiri.
“I know I must find inner peace. I need it so much. Last night, a nurse from Philippines came to me, and invited me to join a Buddhist Meditation Group. She said this will help me to find my inner peace, calm my soul. I am so thankful to her. I am willing to try anything! She gave the name of the place and the time of their event. I will definitely go to that.”

.

Saya tergamam. Tidak terkata apa. Lidah terasa kelu. Saya rasa saya sudah ‘tertinggal bas’! Tertinggal jauhhh. Mereka begitu pantas. Mereka sudah mendahului, menawarkan jawapan kepada pertanyaan, menarik tangan orang yang mencari, menyediakan jalan. Alangkah tingginya semangat mereka, alangkah hebatnya usaha mereka, alangkah izzahnya mereka dengan ajaran yang mereka bawa.
Di mana kita? Di mana aku?

.

Islam – Bukan kita tidak tahu. Bukan kita tidak yakin. Bukan kita tidak izzah. Bukan kita tidak mahu. Kan?
Sebenarnya.. nak je kan, suka je kan pada kebaikan, suka je baca tentang kehebatan Islam, suka je mendengar berita gembira tentang kecemerlangan umat Islam, suka je kalau ramai orang mengagumi dan menyanjung Islam.
Cuma……………………………..
Dengar perkataan ‘dakwah’ saja telinga kita terasa ngilu. Suruh bergerak menceritakan Islam, kita rasa tak mampu. Alahai.. usahlah bercerita jauh-jauh, hendak mengislamkan orang Islam sendiri pun kita terasa kaku. Diri sendiri pun rasa tak terseru.

.

Namun yang anehnya, di sebalik perasaan lemah dalam diri itu, usaha bergerak untuk mencari kekuatan tetap tidak kelihatan. Kadangkala bila rasa sudah tertinggal, kita semakin malas pula untuk mengejar! Rasa sudah jauh. Rasa tidak mampu. Lantas kita berdalil dengan

.

..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya..” (Al-Baqarah : ayat 286)

.

oh.. sejauh mana kita mengenali ayat firman Allah yang satu ini?
Mari kita renungi ayat ini secara penuh.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata):
‘Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami terlupa atau kami tersilap.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami; oleh itu,tolonglah kami untuk MENCAPAI KEMENANGAN terhadap kaum-kaum kafir.’ ” (Surah Al-Baqarah : ayat 286)

.

Ayat al-Quran ini adalah doa seorang pejuang!
Ia ayat yang menggambarkan ketabahan, bukan alasan bagi jiwa yang sukakan kerehatan.

.

Bukankah.. kalau rasa lemah, maka pergilah kepada sumber kekuatan? Datanglah dekat, bukan menjauh.
Kalau selama ini sudah rasa lambat, maka ayuh berlari!
Lontar ketepi perasaan malu dan rendah diri.
Itu bisikan-bisikan yang tidak pernah menguntungkan. Atau mungkin sebenarnya kita yang sudah sayang dengan zon selesa kita?‘Biarlah di takuk yang lama. Esokkan ada..’
Semangat untuk berubah menjadi lebih baik yang saban hari kian meluntur, seperti warna seluar jeans.. makin disental, makin lusuh. Makin diajak dan disuruh, makin menolak dan menjauh. Macam itukah refleksi iman kita?

.

Antara mahu dan mampu..
Mahu menjadi lebih baik atau tidak? Buktikan.
Mahu berlari laju? Ayuh, Allah memerhati langkahmu.
Mampu atau tidak, serahkan saja kepada Allah Yang Maha Tahu.

.

Sesungguhnya cita-cita dan angan-angan itu terlalu berbeza.
Dan yang membezakan antara keduanya… adalah usaha.

.

~ umat ini sedang menantimu.
rehatnya seorang daie adalah kerugian buat dunia.

.

ar-rumaisa
28 Zulqaidah 1431 H
Galway


Petikan dari: http://halwahati.wordpress.com/2010/11/05/angan-angan-sang siput/#comments