Wednesday, December 31, 2008

Manusia diberi pilihan

1) Da'wah (? tipula kalau tak tau)
2) Tarbiyyah (pendidikan)
3) Tanzim (penyusunan)

Di antara 3 perkara di atas, mana satu lebih penting ek? Silakan buat pilihan..(",)

Ketiga-tiga sama pentingnya, yup, seiring..

Nak berda'wah perlu pentarbiyyahan, kena ada ilmu. Kalau ilmu tak ada, nak da'wah apa kan, ye tak? Kalau ada ilmu saja, tapi tak berda'wah pun tak boleh jugak. Jadi, 2 perkara ni saling memerlukan antara satu sama lain. cewah. Perkara yang ketiga, tanzim yang bermaksud penyusunan atau organisasi. Macam mana tu?

Penting untuk kita berjamaah di bawah satu organisasi. Boleh ke kita hidup sorang-sorang?

Umar bin al-Khattab pernah berkata : “Tiada Islam tanpa jamaah.”

Dalil:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff, 61:4)

Ternyata, Allah SWT telah menyebutkan tentang hal ini.

Menurut Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy dalam kitabnya Syahadatul Haq, tiada pilihan selain daripada yang tiga ini:

1. Jika hati kamu merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip, objektif, struktur jamaah kami dan cara bekerja yang kami pilih untuk jamaah dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika kamu yakin semua ini dan kamu sendiri mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan bersama-sama kita beramal demi kepentingan kamu sendiri di dunia dan di akhirat, dengan izin Allah.

2. Jika kamu tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati kamu tidak terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jamaah lain yang bekerja untuk matlamat agama yang sebenar, jamaah yang berusaha dengan menggunakan cara yang islamik. Gabungkan diri kamu ke dalam jamaah tersebut. Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama amalan mereka. Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jamaah seperti ini sudah tentu kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha untuk bekerja di bawah satu jamaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan dan berpisah. Kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.

3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri kamu. Maksudnya jika kamu tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak menemui mana-mana jamaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah sebuah jamaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah Al-Haq melalui perkataan dan perbuatan supaya kamu dapat melaksanakan kewajipan Islam kamu dan kamu dapat melaksanakan segala kewajipan agama kamu.

Dulu, aku tidak pasti kedudukanku dalam jamaah mana. Aku keliru. Aku berada di mana-mana tanzim. Yang itu dan yang ini. Yang itu, telah aku lepaskan. Aku memilih yang ini. Dan hari ni, aku kembali memilih jamaah yang satu ini. InshAllah, ia sesuai dengan ruhku. Ya, kita boleh memilih jamaah kita asalkan ia bermatlamat yang sama, iaitu membawa manusia mengEsakan Allah SWT. Dan kita diberi pilihan untuk meninggalkan jamaah kita, andai ada lagi jemaah lain yang lebih sesuai dengan ruh kita. Perlu ingat, kita bukan nak bawa orang kepada jamaah kita tapi nak bawa mereka menyembah Allah SWT. Wallahua'lam.

1 comment:

lrh said...

salam ziarah,

betul jgk apa yg awk katakan tu. sy pn pnh jumpa. cuba awk tny why mereka tak nak berkongsi? adakah sbb tak cukup ilmu (yg menyebabkan tak konfiden) atau malas utk berkongsi?

hurm, izinkan sy link blog awk. =)