Friday, February 13, 2009

Jalan-jalan cari apa?

Kedatangan pelajar perubatan dari Universitas Muslim Indonesia Makassar ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Serdang. Ahlan wa Sahlan.. (,")



Gambar mereka ni je yang berada di tangan. Kebanyakan mereka masih dalam fasa pre-klinikal. Umur pun, 18-20 tahun. Uni ni swasta. Tak mustahilla mereka sama-sama maju ke depan seiring. hehe.. Rasanya, kalau famili ku tak berhijrah, aku tak mampu sampai ke UPM. Peringatan, jangan bermain-main dengan istilah "kalau" karena, bisa mengundang bisik-bisik syaitan. waduh, gawat! (pekena ni?)

Sambil meninjau sekitar fakulti, kami bertukar-tukar pendapat, email, dan saling ceduk-menceduk kemahiran masing-masing. Perkenalan yang begitu singkat, namun tetap berbekas di ingatan. Antara nama mereka yang saya ingat, Desi, Dini, Dian, Zha, ?? lupa dah.

Anda takut melihat mayat? Saya yakin, selepas ini sudah tentu tidak lagi, kan kan?

Aasif, kali pertama saya melihat mayat sewaktu minggu orientasi. Bila dah 4th year baru nak tunjuk gambar ni, hehe. Ketika tu masih hingusan lagi, saya sangat takut, saya tidak berani membelek-belek organ dalamannya walaupun tangan bersarung tangan getah. Tapi, takut saya tidak lama. Perlu mengatasi takut, kalau tak susahla nak 'survive'.

Saya ingin berkongsi tentang program di Sg. Merab, tapi tiba-tiba entry ini pula yang menyusul. Tak mengapalah.

Apa fungsi manusia ek? takde? oh, jangan jadi robot!. Mesti ada sedangkan sekecil-kecil bulu roma kita pun ada peranannya. Kita perlukan 3 benda ni :-

HATI perlukan ZIKRULLAH (ingat Allah)
BADAN perlukan makanan & minuman
AQAL perlukan ilmu

2 comments:

aiman tuah said...

salam diberi....hijrah ? family berhijrah dr mana ke mana ?

lrh said...

wassalam wbt..

aah, hijrah parents dari sumatera barat ke M'sia. xtau eh?