Sunday, March 1, 2009

Nostalgia

Saya ke sekolah lama saya (25/2/09) bersama ukht Asadullah. Namun saya tiba seawal tepat 1730 setelah selesai urusan di Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya. Selepas menaiki keretapi, saya menunggu teksi. Saya terkejut melihat mereka yang masing-masing tak kenal antara satu sama lain menaiki teksi yang sama. Rupanya mereka menuju destinasi yang berlainan tetapi melalui jalan yang sama. Tambangnya bergantung pada tempat, tiada meter digunakan. Bagus juga memandangkan economy recession macam sekarang ni. Saya bertanya pakcik teksi sejak bila mengamalkan cara begini, pakcik pun menerangkan pada saya dengan panjang lebar. Jadi, bermula pukul 5 petang penumpang yang turun dari LRT Star Bandar Tun Razak akan berkongsi teksi.

Tiba di sana, macam biasa pakcik guard bertanya, "nak jumpa cikgu mana? cikgu semua dah balik." Warden pun dah balik jugak ke? hehe. Saya berpesan, " pakcik, kalau ada seorang yang bernama Asadullah, pesan pada dia saya berada di surau". Melihat keadaan sekolah yang tidak berubah dari segi struktur bangunannya, tetapi lebih ceria dengan warnanya yang kuning-jingga. Saya pun bertanya pada adik-adik yang memakai baju oren yang dalam perjalanan menuju ke asrama. Sukaneka sedang berlangsung pada hari itu rupanya. Teringat dulu rumah sukan saya, syahbandar sama dengan salah seorang dari mereka. hehe. Semangat rumah sukan walaupun sudah lama pencen sekolah.



Di surau kelihatan seorang yang pada mulanya saya ingat pelajar juga, saya pun menyapanya yang duduk keseorangan. Ustazah itu tertanya-tanya siapakah saya ni. Kenapa saya kenal dia. He, tak sangka dia lah ustazah yang Asadullah maksudkan. Habis peluru berbentuk soalan dikenakan kepada saya. Siapa awak, kenapa ke sini??. Sesi bersama pelajar putera sedang berlangsung ketika saya sedang solat. Saya terserempak dengan cikgu Zuraidah yang ketika itu sedang dalam talian telefon bimbitnya. Saya mendekati dan menyapanya, pada mulanya dia tidak perasan saya. Oh, sepertinya sudah lama saya tidak ketemu dengannya. Beberapa saat lepas tu, barulah riak wajahnya berubah seolah-olah terkejut melihat saya, namun dia terpaksa terus dengan perbualannya di telefon dan berlalu ke bangunan pentadbiran. Seperti biasa, beliau seorang yang sibuk dengan kerjanya. Bagi saya beliau seorang cikgu contoh, cikgu yang berhikmah dalam berbicara, tegas dalam mendidik pelajar, seorang pemberi yang paling setia. Ya, panggilan kalimat cikgu tetap terpahat di hatiku.


Surau al-Falah

Jika dulu, saya ke sekolah untuk mengambil sijil, hadiri alumni atau beraya rumah cikgu, namun kali ini berlainan pula tujuannya. Bersyukur kerana berada di jalan ini, dipertemukan kembali setelah lama berpisah, bertemu atas niat yang satu. Thank you Allah.

Sesi bersama puteri diadakan selepas maghrib memandangkan meeting yang mengejut diadakan pada hari tu menyebabkan ramai yang tidak tahu. Asadullah pula stuck in a massive jam. Kasihan dia. Sebelum maghrib, alhamdulillah Asadullah telah sampai, kami makan petang bersama di rumah ustazah berbekalkan makanan di dining hall. Saya teringat lauk udang yang sering saja disajikan di petang hari ketika saya bermukim di situ selama 2 tahun. Nostalgia betul hari tu.

Ketika mengambil wuduk, sekali lagi saya terserempak dengan cikgu Zuraidah. Saya katakan padanya, cikgu tak banyak berubah. Dia membalas sambil menunjukkan helaian ubannya pada saya. Hati saya tersentuh.

[al-Hajj, 22:5]
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.


Nak pendekkan cerita, setelah solat maghrib berjemaah bersama di surau kami pun meeting di tingkat atas surau. Cikgu Zuraidah juga turut bersama malam tu, alhamdulillah. Cikgu terkejut adanya saya bersama. "Ini ke kawan yang awak maksudkan?" tanyanya kepada Asadullah. Usrah malam tu seperti biasa dimulakan dengan surah al-Fatihah dan seterusnya cikgu memulakan bicara. Request dari Asadullah untuk memperkenalkan diri saya kepada adik-adik PPI. I was like having thought block at that time. Panjang juga kalau nak cerita sampai habis, kisah cabaran hidup saya ketika melangkah masuk ke Sekolah Teknik Cheras Kuala Lumpur (02/03) sehingga saya berada di IPT. Namun saya singkatkan sehingga kisah bagaimana saya mengenali Asadullah kerana masa tidak begitu mengizinkan.

Ada kisah yang benar-benar menyentuh saya apabila cikgu menambah, mengenai bapa saya. Kisah sewaktu saya berada di Kem Warisan, Melaka sewaktu menjalani PLKN yang ketika itu result SPM telah pun keluar. Bapa saya dengan bersemangat nak tahu result SPM saya di sekolah. Mengikut peraturan sekolah, dia tidak boleh mengambilnya melainkan saya menandatanganinya. Dengan bantuan cikgu Zuraidah, ayah saya dengan rasa bersyukur dibenarkan untuk membawa keputusan SPM saya. Kisah ini, saya sendiri tidak tahu. Dengan gembiranya ayah menelefon sekadar memberitahu keputusan saya walaupun saya sendiri sedang menunggu giliran untuk mengetahui keputusan di kem. Barangkali dia terlupa kerana terlalu excited untuk tahu lebih awal dari saya. Ayah oh ayah.

[Luqman, 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


9 comments:

aiman tuah said...

terigt nostalgia dulu...

Abu Khalid said...

Teringat cikgu Zuraidah dan rakan2 ppi...

Bila lagi nak jumpa arif etc

lrh said...

aiman tuah: sesekali mengimbau kenangan lama.. =p

ProfHussaini: eh, buat apa kt situ? rasanya bukan warga tikl kn. soalan arif ni dituju pd siapa ye?

CAHAYAHIDUPKU said...

bestnye dapat g sekola..+ join usrah + jmp cikgu... =D

lrh said...

jom2, kalau free ikutla sekali. berusrah sama2 n jumpa cikgu2. hari tu da la tak join raya..

aiman tuah said...

siapa arif ?

lrh said...

oh, sudah kenal la ye. persoalan di sini, siapakah arif?

Anonymous said...

Pakcik terharu...

Dan bersemangat...

Macammana prof hussaini boleh pergi TIKL? jeng jeng.

Arif tu salah sorg budak ppi.

harapnye istiqamah dengan kerja2 di sana

lrh said...

ic..

doakan ambo (pinjam kata2 seseorang)