Wednesday, January 28, 2009

Allah sayang kita

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Al-Baqarah, 2:214)

Aku rasa macam banyak dah ujian yang aku lalui, namun hakikatnya ujian tu baru sedikit,
ibarat sebutir pasir je. Sedangkan orang-orang terdahulu sebelum aku, Allah timpakan ujian yang lebih dahsyat. Pengorbanan aku juga sangat sedikit. Ya Allah, terlalu manjakah aku? Mengapa aku masih meragui janjiMu? Aku takut aku tak mampu, tapi sesungguhnya pertolongan Allah itu lebih BEST daripada perasaan takutku yang tak membantu apa-apa. Ya Allah, ampuni aku hamba yang hina.

Mana mungkin aku bisa meraih syurgaMu, baru ditimpa ujian sedikit aku sudah merungut. Aku tak layak, tapi aku juga tak sanggup untuk melalui azab NerakaMu ya Allah. Aku masih ingat janjiku padaMu bahawa aku tidak akan berputus asa. Aku juga sudah maklum, segala apa yang akan berlaku esok, lusa, tulat malah beberapa saat selepas ini, telah Kau tentukan. Ya, aku cuma perlu berusaha dan terus berusaha
untuk mengutip pahala usaha, doa dan tawakkal sementara menanti masa yang dijanjikan.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." (Al-Baqarah, 2: 286
)


Ya Allah, kurniakan ketabahan saudara-saudaraku di Palestin kepadaku. Mereka jauh lebih tabah, nyawa mereka semata-mata untuk mempertahankan agamaMu. Pengorbanan itu pahit dikunyah, manis ditelan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Aku tahu aku mampu menghadapi semua ujian, cuma ia menuntut sedikit pengorbanan, eh, banyak pengorbanan, aku perlu bersiap sedia untuk menghadapi dugaan sepertimana Nabi dan para sahabat lalui. Aku perlu berlatih dari sekarang sedikit demi sedikit untuk memperoleh sumber kekuatanku. Jazakumullah kepada Asadullah. Tiap kali aku hampir kecundang
, Allah sering hadir membantuku. Setiap perkara yang Allah jadikan tu, ada pengajaran. Beruntunglah orang yang berfikir dan mengambil iktibar.


Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
MUHASABAH CINTAKU…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

2 comments:

sHi said...

salam ukht, cantik sungguh sajak nukilan liza. terus jatuh ke hati...

p/s: nak dgr lagu muhasabah cinta tu buley? =D

lrh said...

wslm shi, =)

he, ini adalah lirik edcoustic, boleh dgr lagu dkt imeem tu.. sy tak pandai berpuitis ni.

p/s: kalau nak dgr versi solo sy, ehem, hihi.. jgn tak boleh tido nanti =p