Saturday, January 17, 2009

Psychiatry Posting

Di wad perempuan,

Kes 1


saya: makcik, nape makcik ada di cni?
makcik: makcik gila.
saya: macam mana makcik tau makcik gila?
makcik: entah. (sambil berlalu membawa diri dalam keaadan tersengih dan "psychotic")

Berkata saya di dalam hati. "Aduh, silap case la.."

Kes 2

saya: kak, bila kak masuk cni?
kak: 2 minggu dah. beg akak hilangla.
saya: akak letak kat mana?
kak: nurse simpan kat bilik tu.
saya: ada la tu kot, akak pi tanya nurse tu klu tak caye, tak hilangla.
kak: adik tolong cakapkanla.
saya: selamat punya beg akak tu, jgn risau.

kakak tu pun berjalan ke tempat lain, mungkin malas melayan saya kot. "hari ni tak dapat case ke?" bisikku yang sedang gusar utk melengkapkan logbook. saya ke meja lain menemani teman.

sambungan..

kakak tadi memanggil dari jauh,

kakak: dik, mehla cni borak...

saya bersabar jela dengan kakak ni.. 6_9

Di wad lelaki,

Kes 3

saya: encik, borak sikit boleh?
encik: nak borak apa?
saya: pasal encik la.
encik: buat apa mahu tahu pasal saya, buat kerja kamu sudahlah. (dengan nada bakunya)

Aik, loya buruk pulak encik ni.

Kes 4

saya: bang, nape masuk cni?
bang: polis bawak.
saya: nape polis bawak?

Di kejauhan, seorang pesakit lain memanggilku, "doktor2, tak nak tanya saya ke?" (fenomena yang sering berlaku di wad)

cont..

bang: tah, saya tidur kat rumah sorang2 pastu dia terus bawak cni.
saya: takkan abg tak tau nape dia terus bawak abg cni, abg ada buat apa2 ke sebelum tu?
bang: takde, tetiba je. abg pn tak kisah.

Kebanyakan daripada jawapannya tak kisah dan tak tahu. Katanya, malas nak ambik tau nape abg dia report polis tangkap dia. Bila kakaknya memarahinya, dia pun malas nak ambil tahu pasal apa, katanya org tua menegur, kita dengar je ler.

Abg ni dalam denial state.. aku pun membaca BHT (Nota Pesakit Dalam) nya, memang tak tally.

Seorang pakcik mendekatiku.

pakcik: apa tulisan ni?! (nada sedikit marah dan mahu memberi tunjuk ajar)
saya: nape pakcik?
pakcik: ha tengok! tengok tulisan pakcik
saya: wah, lawa tulisan pakcik ek.
pakcik: ha, tu la ko..bla bla n bla.. (dia mengutuk tulisan saya, tak nakla taip kat cni)
saya: baik pakcik.
pakcik: eh, ko ni izzah eh?
saya: izzah mana pakcik?
pakcik: he, ko izzah anak anuar kan? pakcik taula, pakcik rapat dengan dia. (pakcik ni ada loosening in association dan delusion of grandiosity. Di antara kriteria-kriteria pesakit schizophrenia)

Pakcik tadi terus berpolitik. Saya cuba mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan kerja saya, namun dia terus-menerus dengan hujah-hujahnya. Apakan daya.

Aku teringat sewaktu aku mencari case write yang pertama. Aku menemubual banyak pesakit. Tetapi sangat sukar untuk mencari case yang sesuai. Aku pun bertanya pada doktor bertugas dan menceritakan kesulitanku ini. Alhamdulillah, dia banyak memberi kata-kata perangsang dan mencadangkan aku memilih salah seorang pesakitnya. Katanya, memanglah sukar nak mencari sebab kenapa pesakit datang ke sini, mungkin mereka menafikan dan mungkin mereka masih psychotic(= semacam tak waras, di awang-awangan gitu, tatau nak explain macam mana).

Allahu Akbar..

Manusia sering merasa mereka itu kuat, ada kuasa dan boleh melakukan apa saja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dirinya lemah dan tiada kuasa.

Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menghadapinya? Bila tidak dapat diatasi, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.

Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia.

Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah manusia? sedangkan semua manusia juga punyai masalah yang sama.

Manusia perlukan satu KUASA yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.

Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasaNya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhlukNya serentak dalam satu masa di mana sahaja.

Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa menjadi kosong, SAKIT. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita juga tidak ada pembela.

Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tak mengapa. Tapi kalau berlaku bertahun-tahun, boleh jadi barah. Akhirnya barah ini boom, pecah. Maka, lahirlah seperti mana yang dikatakan penyakit jiwa.

Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada suatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Allah s.w.t. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat.

Manusia perlu kepada Allah. Manusia perlu rasa bertuhan. Allah adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Allah, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa.

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar-ra'du,13:28)

Percaya, kenal dan rasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Mereka ingin melarikan diri mencari jalan keluar daripada masalah dengan pelbagai cara. Merokok, menagih dadah, merogol, berkaraoke dll. Mereka mencari jalan yang membahayakan diri dan masyarakat, malah ada yang sanggup membunuh diri. Naudzubillah. Ya Allah, selamatkanlah kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kembalikanlah kami kepada fitrah. Amin amin amin..

*Mulanya, saya tak suka dengan posting ni (-.-). Doktor selalu berpesan, " watch your back" sebab sesuatu yang kita tak jangka boleh saja berlaku bila-bila masa. Pesakit pula datang dari pelbagai latar belakang dan masalah yang berlainan. Tapi sekarang, saya merasakan setiap posting yang saya lalui setakat ini, memberi pengalaman yang berlainan. Alhamdulillah, juga mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Betapa Allah Maha Sayang pada hamba-hambaNya. Dialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

End-posting exam saya tak lama lagi. Sedang menghitung hari, semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Saya di mana??

7 comments:

Abang Am said...

Assalamualaikum,

Apesal tibe2 ko jadi nurul izzah nih? Ahaha.

Aku pun pernah melawat wad orang gila. Mula2 tu takut gak. Tapi dalam 30 minit pastu, dah biasa dah.

Aku rasa dorang taknak cite masalah dorg secara direct, sebabnye mgkin kita tak mendekati die dgn lebih mendalam kot.

Dia masih anggap kite macam orang asing. Cube kalau kite bagi die rasa selesa dgn kita dlu, pastu baru tanye hal penyakit die tu. Contoh, tanye pasal keluarga, tinggal katne, keje ape, pakcik suke makan ape, anak ade bape, etc.

Tapi, nak buat camtu, makan masa sikitlah untuk satu2 pesakit. Tapi lagi elok spend masa lebih sket kat satu pesakit daripada pergi ke banyak2 pesakit dan tak jumpe2 punca masalah. Ye tak? HuHu

lrh said...

Wa'alaikumussalam wbt..

yup, betul kata mu. sebelum nak tanya masalah mereka, kita kena rapport= bina hubungan so that dorg percaya pd kita. tapi tak semua pesakit psych boleh borak lama-lama dgn kita. kadang2 tu baru nak tnya sikit, dia dah tak senang duduk. kita pun tak boleh layan mereka sgt, mereka boleh berucap pjg kalau kita tak stop. begitulah keadaan di wad psych.

Erm, selalunya kami mencari jln mudah, nak cepat saja. kononnya tak cukup masa. ish3

Ish, tak baik mu kata depa gila. dlm wad ni, 1% saja yang gila. sebenarnya, ada jgk masalah mental yg lain. ramai yg konfius dgn benda ni. erk, ko pi wad sana watpe? lawatan sambil belajar?

Abang Am said...

hurmm. dulu melawat mak sedara kawan yang disyaki ada sakit mental.

last2, tahu2 je, sebenarnya doktor salah masukkan die kat wad tu. die tade masalah mental pun sbenanye. gtulah

sHi said...

salam liza, wah wah wah...byk interview diorg eh. kelaka pun ada kan. hehehe..windu sama kamo.. bile lagi kite leh berusrah bersama kan. nway, jazakillah sys. shi dh sihat skit alhamdulillah =)

lrh said...

Sememangnya mereka ni menghiburkan.. (",)

Alhamdulillah shi, kita masih diberi peluang utk memiliki "5. sihat tubuh badan (qawiyyal jism)"..(~_^) Mari mensyukuri nikmatNya..

Aasif, minggu lepas pulang dari HBUK (hospital bahagia ulu kinta) lewat mlm jgk, 9pm. Luckily intan fwdkan usrah to 5pm.

Ilalliqa'

straungu said...

liza..pegi Hospital Bahagia Ulu Kinta?kat Ipoh ke?Bukan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan ekk..huuh!

lrh said...

huhu, hospital yang sama nieza.. terletak di tanjung rambutan juga. tukar nama dah kot