Saturday, January 10, 2009

Perjuangan kita jangan pernah padam



Jom boikot barangan Amerika dan Israel!!


Mungkin sebahagian daripada kita merasa berat untuk berhenti menggunakan barang yang diboikot tu. Jangan gundah, ada alternatif lain untuk menggantikan tempat barang tersebut. Keputusan di tangan anda. Anda diberi dua pilihan sama ada nak atau taknak. Kalau kita imbas kembali sejarah boikot ni, dulu ketika negara Arab memboikot Coca Cola, ternyata ekonomi mereka jatuh merudum. Jadi jangan diperkecilkan usaha kita, teruskan memboikot. Kita bukanlah sedikit, dengan bilangan kita ini inshAllah mampu merencatkan ekonomi mereka dan secara tak langsung, bantuan-bantuan kepada Israel juga terbantut!


HUKUM MEMBELI BARANG ORANG KAFIR


Kehidupan di dalam masyarakat kita sebenarnya telah jauh lari daripada garis panduan yang diterangkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang sebenarnya adalah Islam yang diterjemahkan di dalam bentuk politik, ekonomi dan seluruh kehidupan kita. Misalnya, di dalam bentuk politik, sebuah negara Islam yang tertegak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan membahagikan orang yang bukan Islam kepada dua golongan .

Golongan yang pertama : Kafir harbi : iaitu kafir yang memerangi orang-orang Islam.

Golongan kedua : Kafir zimmi : kafir yang tidak memerangi orang Islam

Golongan yang kedua, adalah golongan yang tunduk dengan pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah (cukai tahunan) kepada pemerintah. Mengenai golongan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : " sesiapa yang menyakiti zimmi, sesunguhnya ia menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya ia menyakiti Allah."

Oleh itu Islam tidak menghalang kita berhubung dan berjual beli dengan golongan ini. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 maksudnya :

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik kepada dan berlaku adil kepada kepada orang yang tidak memerangi kamu .."

Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah membeli gandum daripada seorang Yahudi secara berhutang dan menggadaikan kepada Yahudi tersebut baju rantainya .

Hadis tersebut berbunyi :

Maksudnya : " Rasullullah wafat dan baju rantainya masih tergadai di tangan Yahudi sebagai jaminan kepada 30 gantang gandum yang diambil oleh baginda."

Golongan yang pertama (kafir harbi) ialah golongan yang kita ditegah berhubung dengan mereka. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan peperangan semata-mata. Kita diperintahkan memerangi mereka samada dengan tangan, lidah, hati ataupun dengan memutuskan sebarang kegiatan berjual beli dengan mereka. Ini adalah kerana apabila seseorang itu berjual beli dengan kafir harbi bermakna ia membantu musuh tersebut di dalam memerangi Islam.

Apa yang saya sebutkan ini adalah mengenai kedudukan orang bukan Islam di dalam NEGARA ISLAM yang kita impi-impikan. Mengenai berjual beli dengan orang bukan Islam di zaman sekarang, di dalam keadaan masyarakat yang jauh daripada petunjuk Islam, sekiranya mereka menunjukkan permusuhan yang nyata kepada Islam seperti membunuh umat Islam dan sebagainya, maka Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa golongan tidak dibolehkan kepada kita untuk berjual beli dengannya.

Wallahua'lam

Dipetik daripada: Al-Manahil

Sehingga hari ini, ramai wanita dan kanak-kanak kecil Palestin terbunuh. Kenapa ek? sebab kafir nak hapuskan generasi-generasi Islam, supaya kita tidak tahu asal-usul kita, supaya kita lupa pada tujuan dan matlamat hidup kita. Tak mustahil kita akan dihapuskan seperti mereka yang terkorban di Palestin jika kita masih berdiam diri dan leka dengan permainan mereka. Sejarah telah membuktikannya setelah Mustafa Kamal mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Turki, adakah kita tidak mahu belajar daripada sejarah?

Mereka di Palestin berkorban nyawa. Kita di sini? selain boikot, derma dan doa, apa lagi ek?. Sebagai seorang pelajar juga, teruskan jihad kita. Berusaha bersungguh-sungguh. Serukan kepada yang lain, serapkan KEFAHAMAN ISLAM dalam diri dan kawan-kawan kita. Semoga suatu hari Islam akan tertegak. Yakinlah dengan janji Allah s.w.t. Berjual-belilah denganNya.

At-Taubah, 9:111

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

HIDUP MULIA ATAU SYAHID


2 comments:

sHi said...

salam ya ukht~
baru bc blog liza..
moga kite trus tsabat ye =)

lrh said...

wslm wbt ukhti shi..
segannya shi bc
blog baru..
yup, menuju mardhatillah..(",)