Sunday, January 10, 2010

Bersiap siaga

"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahannya"

Menyusuri sejarah kehidupan para sahabat seakan menjadi madu penawar jiwa yang lemah, lesu.

Rasulullah pernah bersabda:

"Jika ditimbang iman seluruh ummat ini dengan iman Abu Bakar, nescaya iman Abu Bakar lebih berat timbangannya"

Masha Allah, sememangnya Abu Bakar layak mendapat pengiktirafan ini kerana beliau bersifat as-Shiddiq (yang membenarkan) segala perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar juga antara para sahabat yang memiliki sifat lemah lembut. Namun ketika dilantiknya menjadi khalifah, selepas kewafatan Rasulullah, aktiviti menghapuskan orang2 yang murtad semakin giat. Katanya:

"Demi Allah, kalau mereka tidak mahu membayar zakat, walaupun hanya satu tali unta (bukan seekor unta pun), tapi satu tali yang pernah mereka beri dulu pada Rasulullah tetapi sekarang tidak mahu beri kepadaku, nescaya akan aku perangi mereka"

Umar ketika mendengar terkejut dengan kata2 Abu Bakar dan menasihatkannya utk tidak meneruskan niatnya itu.

Tapi dibalas Abu Bakar,

"Tidak tahukah kau Umar bahawa Allah banyak menyebutkan tentang solat dan zakat dalam ayat2Nya.. Aku akan perangi sesiapa yang memisahkan solat dan zakat"

Sebab apa Abu Bakar jadi macam tu?

Sebab dia faham tanggungjawab which is the "caliph". Orang yang faham tanggungjawab akan lebih buat kerja daripada orang yang "nampak macam buat kerja" tapi sebenarnya tak faham pun tanggungjawab tu.

Teringat sharing seorang sister kpdku. Apa beza orang yang ikhlas dengan orang yang faham?

Orang yg ikhlas tapi tak faham akan mengelirukan orang lain sebab apa? sebab dia tak faham, tak faham matlamat walaupun dia benar2 ikhlas yang tak diragui keikhlasannya (Allah je yang boleh tentukan keikhlasan kita).

Tapi orang yang faham, walaupun tak ikhlas insha Allah dia akan mengalirkan kefahamannya pada orang lain dan perasaan ikhlas tu akan tersemai perlahan2 dalam diri mereka.

******

Aku mengkagumi semangat jihad para sahabat, ketika memerhati lakaran gambar sultan Muhammad al Fateh, nampak serban yg besar berada dipuncak kepalanya. Rupanya, para sahabat sebelumnya pun ketika bersiap utk berperang memakai serban yang besar2 dan tentu sekali berat. Sebab apa? sebab mereka mengimpikan syahid, lalu serban yang besar tu sebenarnya adalah kain kapan yang dililit2 supaya apabila mereka syahid, kapankan saja tubuh mereka dengan kain itu kerana orang yang mati syahid tak perlu dimandikan. Darah yang melumuri tubuh mereka menjadi saksi kematian para syuhada. Mereka mengimpikan syurga dan syahid fisabilillah adalah tiketnya. Allahu Akbar.

Tak mahukah syurga?

Semakin beriman seseorang semakin besar ujian yang akan ditimpa kepadanya. Lalu bersediakah kita?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al Ankabut, 29:2)

No comments: