Wednesday, January 28, 2009

Allah sayang kita

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Al-Baqarah, 2:214)

Aku rasa macam banyak dah ujian yang aku lalui, namun hakikatnya ujian tu baru sedikit,
ibarat sebutir pasir je. Sedangkan orang-orang terdahulu sebelum aku, Allah timpakan ujian yang lebih dahsyat. Pengorbanan aku juga sangat sedikit. Ya Allah, terlalu manjakah aku? Mengapa aku masih meragui janjiMu? Aku takut aku tak mampu, tapi sesungguhnya pertolongan Allah itu lebih BEST daripada perasaan takutku yang tak membantu apa-apa. Ya Allah, ampuni aku hamba yang hina.

Mana mungkin aku bisa meraih syurgaMu, baru ditimpa ujian sedikit aku sudah merungut. Aku tak layak, tapi aku juga tak sanggup untuk melalui azab NerakaMu ya Allah. Aku masih ingat janjiku padaMu bahawa aku tidak akan berputus asa. Aku juga sudah maklum, segala apa yang akan berlaku esok, lusa, tulat malah beberapa saat selepas ini, telah Kau tentukan. Ya, aku cuma perlu berusaha dan terus berusaha
untuk mengutip pahala usaha, doa dan tawakkal sementara menanti masa yang dijanjikan.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." (Al-Baqarah, 2: 286
)


Ya Allah, kurniakan ketabahan saudara-saudaraku di Palestin kepadaku. Mereka jauh lebih tabah, nyawa mereka semata-mata untuk mempertahankan agamaMu. Pengorbanan itu pahit dikunyah, manis ditelan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Aku tahu aku mampu menghadapi semua ujian, cuma ia menuntut sedikit pengorbanan, eh, banyak pengorbanan, aku perlu bersiap sedia untuk menghadapi dugaan sepertimana Nabi dan para sahabat lalui. Aku perlu berlatih dari sekarang sedikit demi sedikit untuk memperoleh sumber kekuatanku. Jazakumullah kepada Asadullah. Tiap kali aku hampir kecundang
, Allah sering hadir membantuku. Setiap perkara yang Allah jadikan tu, ada pengajaran. Beruntunglah orang yang berfikir dan mengambil iktibar.


Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
MUHASABAH CINTAKU…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, January 17, 2009

Psychiatry Posting

Di wad perempuan,

Kes 1


saya: makcik, nape makcik ada di cni?
makcik: makcik gila.
saya: macam mana makcik tau makcik gila?
makcik: entah. (sambil berlalu membawa diri dalam keaadan tersengih dan "psychotic")

Berkata saya di dalam hati. "Aduh, silap case la.."

Kes 2

saya: kak, bila kak masuk cni?
kak: 2 minggu dah. beg akak hilangla.
saya: akak letak kat mana?
kak: nurse simpan kat bilik tu.
saya: ada la tu kot, akak pi tanya nurse tu klu tak caye, tak hilangla.
kak: adik tolong cakapkanla.
saya: selamat punya beg akak tu, jgn risau.

kakak tu pun berjalan ke tempat lain, mungkin malas melayan saya kot. "hari ni tak dapat case ke?" bisikku yang sedang gusar utk melengkapkan logbook. saya ke meja lain menemani teman.

sambungan..

kakak tadi memanggil dari jauh,

kakak: dik, mehla cni borak...

saya bersabar jela dengan kakak ni.. 6_9

Di wad lelaki,

Kes 3

saya: encik, borak sikit boleh?
encik: nak borak apa?
saya: pasal encik la.
encik: buat apa mahu tahu pasal saya, buat kerja kamu sudahlah. (dengan nada bakunya)

Aik, loya buruk pulak encik ni.

Kes 4

saya: bang, nape masuk cni?
bang: polis bawak.
saya: nape polis bawak?

Di kejauhan, seorang pesakit lain memanggilku, "doktor2, tak nak tanya saya ke?" (fenomena yang sering berlaku di wad)

cont..

bang: tah, saya tidur kat rumah sorang2 pastu dia terus bawak cni.
saya: takkan abg tak tau nape dia terus bawak abg cni, abg ada buat apa2 ke sebelum tu?
bang: takde, tetiba je. abg pn tak kisah.

Kebanyakan daripada jawapannya tak kisah dan tak tahu. Katanya, malas nak ambik tau nape abg dia report polis tangkap dia. Bila kakaknya memarahinya, dia pun malas nak ambil tahu pasal apa, katanya org tua menegur, kita dengar je ler.

Abg ni dalam denial state.. aku pun membaca BHT (Nota Pesakit Dalam) nya, memang tak tally.

Seorang pakcik mendekatiku.

pakcik: apa tulisan ni?! (nada sedikit marah dan mahu memberi tunjuk ajar)
saya: nape pakcik?
pakcik: ha tengok! tengok tulisan pakcik
saya: wah, lawa tulisan pakcik ek.
pakcik: ha, tu la ko..bla bla n bla.. (dia mengutuk tulisan saya, tak nakla taip kat cni)
saya: baik pakcik.
pakcik: eh, ko ni izzah eh?
saya: izzah mana pakcik?
pakcik: he, ko izzah anak anuar kan? pakcik taula, pakcik rapat dengan dia. (pakcik ni ada loosening in association dan delusion of grandiosity. Di antara kriteria-kriteria pesakit schizophrenia)

Pakcik tadi terus berpolitik. Saya cuba mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan kerja saya, namun dia terus-menerus dengan hujah-hujahnya. Apakan daya.

Aku teringat sewaktu aku mencari case write yang pertama. Aku menemubual banyak pesakit. Tetapi sangat sukar untuk mencari case yang sesuai. Aku pun bertanya pada doktor bertugas dan menceritakan kesulitanku ini. Alhamdulillah, dia banyak memberi kata-kata perangsang dan mencadangkan aku memilih salah seorang pesakitnya. Katanya, memanglah sukar nak mencari sebab kenapa pesakit datang ke sini, mungkin mereka menafikan dan mungkin mereka masih psychotic(= semacam tak waras, di awang-awangan gitu, tatau nak explain macam mana).

Allahu Akbar..

Manusia sering merasa mereka itu kuat, ada kuasa dan boleh melakukan apa saja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dirinya lemah dan tiada kuasa.

Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menghadapinya? Bila tidak dapat diatasi, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.

Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia.

Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah manusia? sedangkan semua manusia juga punyai masalah yang sama.

Manusia perlukan satu KUASA yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.

Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasaNya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhlukNya serentak dalam satu masa di mana sahaja.

Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa menjadi kosong, SAKIT. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita juga tidak ada pembela.

Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tak mengapa. Tapi kalau berlaku bertahun-tahun, boleh jadi barah. Akhirnya barah ini boom, pecah. Maka, lahirlah seperti mana yang dikatakan penyakit jiwa.

Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada suatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Allah s.w.t. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat.

Manusia perlu kepada Allah. Manusia perlu rasa bertuhan. Allah adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Allah, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa.

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar-ra'du,13:28)

Percaya, kenal dan rasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Mereka ingin melarikan diri mencari jalan keluar daripada masalah dengan pelbagai cara. Merokok, menagih dadah, merogol, berkaraoke dll. Mereka mencari jalan yang membahayakan diri dan masyarakat, malah ada yang sanggup membunuh diri. Naudzubillah. Ya Allah, selamatkanlah kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kembalikanlah kami kepada fitrah. Amin amin amin..

*Mulanya, saya tak suka dengan posting ni (-.-). Doktor selalu berpesan, " watch your back" sebab sesuatu yang kita tak jangka boleh saja berlaku bila-bila masa. Pesakit pula datang dari pelbagai latar belakang dan masalah yang berlainan. Tapi sekarang, saya merasakan setiap posting yang saya lalui setakat ini, memberi pengalaman yang berlainan. Alhamdulillah, juga mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Betapa Allah Maha Sayang pada hamba-hambaNya. Dialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

End-posting exam saya tak lama lagi. Sedang menghitung hari, semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Saya di mana??

Saturday, January 10, 2009

Perjuangan kita jangan pernah padam



Jom boikot barangan Amerika dan Israel!!


Mungkin sebahagian daripada kita merasa berat untuk berhenti menggunakan barang yang diboikot tu. Jangan gundah, ada alternatif lain untuk menggantikan tempat barang tersebut. Keputusan di tangan anda. Anda diberi dua pilihan sama ada nak atau taknak. Kalau kita imbas kembali sejarah boikot ni, dulu ketika negara Arab memboikot Coca Cola, ternyata ekonomi mereka jatuh merudum. Jadi jangan diperkecilkan usaha kita, teruskan memboikot. Kita bukanlah sedikit, dengan bilangan kita ini inshAllah mampu merencatkan ekonomi mereka dan secara tak langsung, bantuan-bantuan kepada Israel juga terbantut!


HUKUM MEMBELI BARANG ORANG KAFIR


Kehidupan di dalam masyarakat kita sebenarnya telah jauh lari daripada garis panduan yang diterangkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang sebenarnya adalah Islam yang diterjemahkan di dalam bentuk politik, ekonomi dan seluruh kehidupan kita. Misalnya, di dalam bentuk politik, sebuah negara Islam yang tertegak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan membahagikan orang yang bukan Islam kepada dua golongan .

Golongan yang pertama : Kafir harbi : iaitu kafir yang memerangi orang-orang Islam.

Golongan kedua : Kafir zimmi : kafir yang tidak memerangi orang Islam

Golongan yang kedua, adalah golongan yang tunduk dengan pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah (cukai tahunan) kepada pemerintah. Mengenai golongan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : " sesiapa yang menyakiti zimmi, sesunguhnya ia menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya ia menyakiti Allah."

Oleh itu Islam tidak menghalang kita berhubung dan berjual beli dengan golongan ini. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 maksudnya :

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik kepada dan berlaku adil kepada kepada orang yang tidak memerangi kamu .."

Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah membeli gandum daripada seorang Yahudi secara berhutang dan menggadaikan kepada Yahudi tersebut baju rantainya .

Hadis tersebut berbunyi :

Maksudnya : " Rasullullah wafat dan baju rantainya masih tergadai di tangan Yahudi sebagai jaminan kepada 30 gantang gandum yang diambil oleh baginda."

Golongan yang pertama (kafir harbi) ialah golongan yang kita ditegah berhubung dengan mereka. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan peperangan semata-mata. Kita diperintahkan memerangi mereka samada dengan tangan, lidah, hati ataupun dengan memutuskan sebarang kegiatan berjual beli dengan mereka. Ini adalah kerana apabila seseorang itu berjual beli dengan kafir harbi bermakna ia membantu musuh tersebut di dalam memerangi Islam.

Apa yang saya sebutkan ini adalah mengenai kedudukan orang bukan Islam di dalam NEGARA ISLAM yang kita impi-impikan. Mengenai berjual beli dengan orang bukan Islam di zaman sekarang, di dalam keadaan masyarakat yang jauh daripada petunjuk Islam, sekiranya mereka menunjukkan permusuhan yang nyata kepada Islam seperti membunuh umat Islam dan sebagainya, maka Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa golongan tidak dibolehkan kepada kita untuk berjual beli dengannya.

Wallahua'lam

Dipetik daripada: Al-Manahil

Sehingga hari ini, ramai wanita dan kanak-kanak kecil Palestin terbunuh. Kenapa ek? sebab kafir nak hapuskan generasi-generasi Islam, supaya kita tidak tahu asal-usul kita, supaya kita lupa pada tujuan dan matlamat hidup kita. Tak mustahil kita akan dihapuskan seperti mereka yang terkorban di Palestin jika kita masih berdiam diri dan leka dengan permainan mereka. Sejarah telah membuktikannya setelah Mustafa Kamal mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Turki, adakah kita tidak mahu belajar daripada sejarah?

Mereka di Palestin berkorban nyawa. Kita di sini? selain boikot, derma dan doa, apa lagi ek?. Sebagai seorang pelajar juga, teruskan jihad kita. Berusaha bersungguh-sungguh. Serukan kepada yang lain, serapkan KEFAHAMAN ISLAM dalam diri dan kawan-kawan kita. Semoga suatu hari Islam akan tertegak. Yakinlah dengan janji Allah s.w.t. Berjual-belilah denganNya.

At-Taubah, 9:111

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

HIDUP MULIA ATAU SYAHID


Tuesday, January 6, 2009

Enam Pertanyaan Imam al-Ghazali

Assalamu'alaikum..

Aku ke Taman Jaya semalam. Sementara menunggu arahan seterusnya, aku berjalan memerhatikan keadaan sekeliling. Ya, aku perasan ada taman ketika masih berada di dalam LRT lagi. "taman ini agaknya" bisikku. Aku menunggu di perhentian teksi, tiada sesiapa kecuali pakcik-pakcik yang menunggu penumpangnya. Aku beralih ke sudut sebelah sana menghadap jalan raya. Jalan lengang di situ, tidak banyak kenderaan kelihatan. Mungkin sebab hari Ahad kot, aku tak biasa dengan tempat ini. Aku menghubungi seorang ukhti untuk memberitahu keberadaanku.


Tak lama lepas tu, aku terpandang seseorang sedang duduk di hentian teksi itu tadi. Aku keboringan menunggu seorang diri, boleh saja aku mengisinya dengan pembacaan buku yang aku bawa. Tapi, daya tarikan sangat kuat untuk aku mendekati sister itu. huhu. Tanpa segan dan silu, aku pun mengucapkan salam padanya dan kami berbual memperkenalkan diri masing-masing. Kebetulan, eh, tiada kebetulan dalam kamus hidupku kerana semuanya telah dirancang, kami memilih bidang yang sama iaitu perubatan.

Makin rancak lagilah perbualan kami. Aku juga tidak menyangka yang kami juga sefikrah. Masha Allah. Sekali lagi aku merasakan indahnya ukhuwwah ini. Kami bertukar no telefon dan email. Dia juga sedang menunggu kawan untuk menjemputnya. Rancak betul perbualan kami sampai tak sedar sudah 30 minit masa berlalu. Namun dia beransur dahulu dariku. Ilalliqa' ya ukhti fillah.
Sebenarnya nak berkongsi sesuatu ketika 'picnic' hihi.. Kami berkumpul dan memulakan sesi ta'aruf terlebih dahulu, makan-makan dan explore Islam (reka sendiri). Semasa explorace, kami ditujukan beberapa soalan. Jom baca...(",)

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam beliau bertanya beberapa hal.

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?. "

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (QS. Ali Imran 185)


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar, ujarnya, adalah "MASA LALU."

Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (QS. Al- a'araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (QS. Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali. Namun menurut beliau yang paling ringan di dunia ini adalah 'meninggalkan SHALAT'. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan shalat, gara-gara meeting kita juga tinggalkan shalat.


Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah MANUSIA". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Dipetik daripada: [hidayatullah.com]