Friday, December 25, 2009

Man ana - Siapa aku

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
man ‘arafa nafsahu faqad ‘arafa Rabbahu.”
(Siapa yang kenal dirinya, dia akan kenal Tuhannya.)

Lagu Brothers

Ana in saaltal-qouma 'anni man ana

Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
Lan anhani lan antani lan arkana

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
Fi siratil-mukhtari fi imanihi

Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara

Note:
` = untuk menandakan hamzah
' = untuk menandakan 'ain


Aku adalah insan, Andai kau tanya manusia tentang siapa aku
Aku adalah mukmin yg akan selamanya hidup sbg seorang mukmin
Biar semua yang di sini tahu bahawa aku,
Selama-lamanya takkan berlembut, takkan goyah, takkan bertolak ansur (demi Islamku)

Sungguh aku melihat (kebesaran) Allah dalam alamNya
Dan aku mendengar suara kebenaran dari QuranNya

Dan aku merasai hikmahNya serta belas ihsanNya
Dari Sirah insan terpilih (Muhammad saw) & dari imannya

Alam ini diciptakan untukku & telah berkhidmat padaku
Dan aku ini untuk siapa? Aku ini adalah Lillahi Taala, Pencipta segalanya

Aku adalah umpama mushaf Quran yang berjalan dan Islam yang diperlihatkan
Aku bagai hembusan angin meniupkan Islam di muka bumi

Aku akan menjadi bintang membimbing mereka yang mengembara dalam kegelapan
Dan aku menjadi cahaya yg menyala saat aku melihat kemungkaran

Aku tiada apa-apa melainkan hanya satu jiwa untuk kuperdagangkan
Ku jualkan kepada Allah dan Allah telah membeli.


Monday, December 21, 2009

Hidayah milik Allah

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Malam ini merupakan malam yang sangat indah dan syahdu.

Seorang kawan yang aku kira agak rapat denganku semasa di skola dulu, kini sedang dalam proses untuk berhijrah. Alhamdulillah, tahun 1431 H ini menjadi saksi titik tolak perubahannya itu insha Allah. Hati ini sangat tersentuh dengan thumuhatnya. Diri ini bersalah kerana tidak pernah berusaha untuk berkongsi perasaan izzahku dengan islam kepadanya. Pernah terlintas ingin bercerita tentang ke 'best' an usrah dan tarbiyyah yang diri ini lalui, namun mainan perasaan (bisikan syaitan) ini sangat kuat mendorong aku untuk menutup saja mulut lantas membantutkan kecepatan hidayah menembusi dirinya.

M: salam
M: sehat?
Lizawati: salam
Lizawati: alhamdulillah
Lizawati: M, lama sey tak jmp n borak2
Lizawati: ko cht?
M: lama2 sngat
M: Alhamdulilah
M: sehat
Lizawati: ko buat apa skrg ni
M: master
Lizawati: sambung master ye, bape lm lg
M: huhu setaon lagi
M: InsyAllah
Lizawati: cop, master in?
M: .............
M: weh ko katne skag?
Lizawati: ou
Lizawati: lari dr course ke tu
Lizawati: aku kt kl
M: oho
Lizawati: hostel dkt ngn hkl
Lizawati: nape wei
M: oho
Lizawati: nak ajk mkn nasi minyak?
Mn: tnye je
M: hahah InsyAllah
Lizawati: hehe
Lizawati: bila lg tu
Lizawati: ko duk hostel kt upm ke
M: dok umah
Lizawati: ou, master kan xbyk kls kn
Lizawati: sibuk tak
M: sibuk sn gat
M: weh nak tanya sket bley tak?
Lizawati: tanyala
M: dulu kan ko lain skg ko lain
M: ape yg membuatkan ko hijrah? (dahsyatnya dia menggunakan perkataan hijrah)
Lizawati: ouh, soalan tu, tahla M...
Lizawati: perubahan aku bermula di matrix rasanya
Lizawati: byk sgt jahiliah dlm diri aku ni
Lizawati: sjk aku kenal sorg kwn baik ni, dia ajar aku mcm2
Lizawati: n bila masuk upm, aku ter'masuk' usrah
Lizawati: kwn ajak aku
M: usrah kat mana ae?
Lizawati: so, perubahan tu sikit2
Lizawati: sampaila aku dgr Ini Sejarah Kita
Lizawati: then, aku mula istiqamah usrah
Lizawati: gitula
Lizawati: ko pnh dgr ISK?
M: tak?
M: kat mana ae?
Lizawati: kat upm pn ade, kt mana2 ada iA
Lizawati: nape ko tny?
M: huhu aku nak mencari
M: Alhamdulilah aku diberi hidayah
Lizawati: dr situ aku mula kenal erti persahabatan yg sebenar
M: selepas satu dugaan buat aku gagal
Lizawati: erti matlamat hidup yg sebenar
Lizawati: cerita la
M: liza tolong aku.. aku mcm dhaga nak tao seme tuh skg
M: kat mana ae?
M: kat upm
Lizawati: nak tao ISK? (aku seolah-olah tidak mempercayainya, aduh, bisikan syaitan)
M: aah
Lizawati: ko gagal ape?
Lizawati: xnak share dgn aku?
M: ermm aku khilaf, aku kufur..
M: aku banyak terpesong
M: yeke
M: kat mana ae aku nak g
Lizawati: takpe M, stiap manusia buat kesilapan
Lizawati: tak semua perfect
Lizawati: aku pn mcm tu dlu
Lizawati: tp selagi kita bertaubat, taubat nasuha, insha Allah, Allah akan terima blk kita
M: Astaghfirullah.. nnat aku akan cite
M: tp aku nak tao ISK tu la
Lizawati: ok, nt bila free, bolehla btau, kite jmp n sharing
M: hehe boley..
M: minggu ni ade tak?
M: chop yang usrah tuh bile?
M: ko tao tak?
Lizawati: usrah tu, ko nak join? (was-was, astaghfirullah)
M: mestila nak
Lizawati: ok, set, nanti kte jmp n atur usrah utk ko
Lizawati: lgpn, ko mesti da biasa jgk dgr usrah kn ms kt skola dlu?
M: huhuhu tuh dulu
Lizawati: hurm, nt mst ko akan rasa apa yg aku rasa mcm skrg, iA
Lizawati: tp hidayah tu milik Allah kan,
M: InsyAllah
M: sape yang sampaikan?
Lizawati: Dia akan bg pd siapa2 je yg nakkannya
Lizawati: iA, kena ppare diri, utk buka hati tu
M: tu la, baru aku sedar betapa aku takut sngat pada Allah
Lizawati: alhamdulillah M, aku gembira sgt bila Allah buka hati ko
M: Alhamdullilah berkat doa mama n abah di haji
M: berkat dugaan yang Allah turunkan dkt aku
M: tu la kita khilaf
M: kufur
M: jahil
Lizawati: tp alhamdulillah, ko sdg menuju perubahan
M: heheh Alhamdullilah im back =)


”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Ankabuut, 29: 69).

Hidayah Allah SWT memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. Semakin besar perjuangan dan kesungguhan kita, maka insha Allah kita akan semakin mudah mendapatkannya, kerana semuanya bergantung kepada usaha kita. Hidayah Allah SWT ibarat sinar matahari yang menyinari seluruh alam ini, dan kita adalah penerima sinar tersebut. Jika kita membuka diri dengan hati yang bersih maka kita akan mudah untuk mendapatkan sinar hidayah Allah SWT. Tapi jika kita menutupi hati dan diri kita dengan kotoran dan hama penyakit hati maka kita akan sukar untuk mendapatkan sinar hidayahNya.

Saturday, December 19, 2009

Fikiran berperang


Bertemu dan berpisah kerana Allah


Tolong sampaikan pada si dia

aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak pasti siapakah si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti… (^_~)v

Maaf entry ini agak berbeza dgn entry yg biasa sy post. Serangan pemikiran (ghazwatul fikr). Musim cuti sekolah, maka ramai pula yg berkenduri-kendara dan sedikit sebanyak memberi kesan kpd penulis. Oh, aku seolah-olah menyalahkan keadaan. Tapi aku tahu, itu adalah tarbiyah dariNya. Dan aku pasti akan meraih cintaNya sebelum aku mencintai orang lain. Kerana mencintai orang lain adalah setelah aku meraih cintaNya.

Alhamdulillah, selamat pengantin baru sy ucapkan kpd coursemate sy yg sudah selamat diijab-kabulkan semalam, pasangan Ahmad al-Shahir & Nur Asyikin, Kak Nira & Abg Lutfi..

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul ISLAM wal muslimin.. amin..

Semoga Allah membarakahi kalian, dan melimpahkan barajah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.. amin..


Dan ucapan hari lahir utk ukhti Shi yg sedang berjuang di Sandakan, Sabah:

Semoga Allah memberkahi usia mu, Usiamu ibarat mutiara, Tiada berganti lagi, Hiaskan iman bersulam taqwa, Agar sempat menuju haruman syurgawi.

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,

Atas nikmat usia.


Wednesday, December 16, 2009

Ar-ruhul jadid



Assalamualaikum wbt..


Semangat baru: Ar ruhul jadid

Dua patah kata utk menggambarkan keadaan diri waktu ini. Benar kata seorang akhawat fillah, retrospectively memang akan kita dapati banyak titik tolak sepanjang tarbiyah. Begitu juga naik dan turunnya iman kita kerana 2 tarikan yang menjadi ketetapan Allah iaitu tarikan keimanan dan tarikan syaitan (muntalaq). Ada yang menganalogikan ketetapan ini dengan roda, juga graf. Dan pastikan tika jatuhnya iman kita, hendaklah ia masih berada di dalam sunnah, seperti roda, walaupun berputar atas dan bawah berulang2 tetapi roda tetap dalam pergerakannya menaiki lereng bukit.

Dah lama teringin nak baca buku zero to hero, tapi baru sekarang terasa utk membelinya. Hurm, masa telah berlalu, dan tiada guna utk ditangisi kesilapan lalu. Asam garam kehidupan, manusia akan menghargai sesuatu yang telah luput daripadanya. Ingin share sedikit tentang buku ni. Baru baca sampai bab 2, tapi terasa betul2 meresap ke dalam hati. Buku ini telah disyorkan oleh seorang ukhti waktu aku sedang berjinak2 dlm tarbiyah, namun langsung tidak terdetik di hati utk membacanya sehinggalah ke hari ini.

Antara yang ingin dikongsikan, dalam bab demi masa,

3 perkara yang takkan pernah kembali:

1) kata yang telah diucapkan
2) waktu yang telah berlalu
3) momentum yang diabaikan (momentum: prestasi)

Fikirlah sebelum berkata2, gunakan masa semaksimum mungkin dan gunakan kebolehan kita utk membuat sesuatu. Kemampuan kita sebenarnya melebihi apa yang kita sendiri jangka. So, jangan rasa yang diri ni tak mampu dan tak cukup ilmu. Bergeraklah seiringan. Islah nafsak, wad'u ghairak : perbaiki diri jadi orang baik, ajak orang lain.

Aku mempunyai perasaan dalam situasi seandainya aku dapat menjawab segala persoalan medic yang ditujukan oleh specialist kepadaku, tentu aku akan dipandang tinggi dan mendapat pujian kawan2 yg lain. Namun, adakah hanya kerana sekelumit kepuasan yg sementara itu yang aku harapkan? Bukankah segala pujian hanya utk Allah, dan bukankah Allah mengangkat darjat orang2 yg bertaqwa? Semua itu hanyalah semata-mata ujian utk melihat sejauh mana kita bersyukur atas kurniaanNya yg melimpah-limpah. Populariti bukan jaminan! memetik kata2 dlm buku zero to hero, " bisa jadi prestasi itu tidak dikenal orang, tak ada sanjungan, pujian apalagi karangan bunga. Kita pun tidak menyadari itu sebagai prestasi, apabila dilakukan dengan tulus hati. Seperti Bilal. Terompahnya terdengar di syurga. Tetap saja ia istiqomah dan enjoy aja dengan amalnya"

Masha Allah, ingin memiliki iman seteguh Bilal..

Let us start from zero to hero.. !