Thursday, May 12, 2016

Master dalam Patologi Anatomik

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, peluang untuk belajar masih lagi terbuka. Bagi saya, dalam kehidupan seharian pasti ada sesuatu yang kita pelajari. Cuma apabila kita fokus dalam sesuatu bidang, kita akan lebih tertumpu untuk mempelajari bidang tersebut dengan bersungguh-sungguh dan mendalam. Jadi, kita buat sesuatu tu memang dengan ilmu. Bukan hanya semberono. Bila kita belajar di sesebuah institusi, tentu ada persaingan. Persaingan tentu membuat kita tidak boleh duduk diam dan terpulang pada kita untuk menjadikan ia sihat atau tidak.

Allah memberi rezeki dalam keadaan tak disangka-sangka kerana saya merancang untuk mempunyai seorang anak lagi sebelum melanjutkan pelajaran. Muadz pun dah nak masuk 4 tahun waktu tu. Alhamdulillah, apa yang dirancang diizinkan Allah S.W.T.

Sedikit perkongsian tentang perjalanan pre-master saya.

JULAI 2015

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan terbuka untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia secara online. Rujuk http://e-hlp.moh.gov.my

Antara syarat-syaratnya, mestilah telah berkhidmat 3 tahun dalam KKM dan mempunyai purata LNPT lebih atau sama dengan 85% untuk 3 tahun berturut-turut. LNPT saya cukup-cukup makan je waktu tu. Awalnya siap tersalah kira tak cukup dan maklumkan kepada HOD dan ketua unit. HOD pula sangat menyokong saya sambung belajar siap offer untuk menjadi penyokong sebab beliau merupakan salah seorang board dalam pemilihan master student.

DISEMBER 2015

Apabila keputusan mengatakan saya layak untuk memohon, saya dipanggil untuk menduduki pre-entrance exam yang diadakan di Universiti Malaya. Waktu tu saya masih dalam cuti bersalin. 80 soalan MCQ, 20 soalan untuk setiap unit (Patologi Anatomik, Hematologi, Mikrobiologi, Patologi Kimia). For me, soalan Patologi Kimia memang killer. Soalan-soalan MCQnya memang lain daripada soalan past years.

Result teori exam keluar pada sebelah petang hari yang sama. Waktu tu sangat berdebar-debar sebab saya sangat mengharap perjalanan master saya lancar.

Proses interview diadakan esoknya selepas pass exam teori ni.

APRIL 2016

Keputusan muktamad dikeluarkan. Alhamdulillah, sujud syukur. Semoga ini adalah yang terbaik buat saya malah mendekatkan diri saya dengan Pencipta.


The future is tough. May Allah ease the path. Pray for me. ^_^

Ummu Muadz
4 Sya'ban 1437H