Wednesday, June 17, 2009

10 Wasiat Hassan al Banna


Bacalah —> Renungilah —> Kemudian Terus Beramal



(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


Astaghfirullah.. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tolong ingatkan saya ye..


Al- 'Asr, 103: 1-3

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Saturday, June 13, 2009

Ayuh berlari!


Bak kata afie911 dan asadullah..


Kalau rasa slow, cepatkan dengan tarbiah dzatiyah, usaha sendiri.


Sedang mengumpul semangat untuk berlari. Jom ikut saya!


Ku Berlari
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Saya:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Mereka:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Mereka:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Saya:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..


P/s: Penulis lirik, saya mohon kata nama digantikan dengan kata ganti nama. Di blog ini saja. =)

Wednesday, June 10, 2009

Aslim Taslam


Ketika Adi bin Hatim tiba di kota Kufah, maka kami sekelompok ahli fiqih Kufah mendatanginya dan bertanya kepadanya apa yang ia dengar dari Nabi Muhammad Shallallahu ’Alaih Wa sallam, maka Adi bin Hatim radhiyallahu ’anhu berkata: “Aku mendatangi Nabi saw, maka beliau bersabda: ‘Hai Adi bin Hatim, Aslim Taslam (= masuk Islamlah engkau, niscaya engkau bakal selamat di dunia dan akhirat’) aku bertanya: ‘dan apakah Islam?’; beliau jawab: ‘kau bersaksi tiada ilah selain Allah dan bahwa aku sesungguhnya utusan Allah dan kau beriman akan taqdir seluruhnya, yang baik maupun buruk, yang manis maupun pahit.’”

[HR Ibnu Majah]

Saya melihat baju t-shirt muslimah berwarna maroon~pink. Tercetak di hadapan baju tersebut Aslim Taslam. Ketika menonton cerita The Message, ada scene yang juga menyebut Aslim Taslam iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w menghantar utusannya menghadap Heraclius, Raja Byzantine Rom dan juga Raja Parsi supaya memeluk Islam.

" Accept Islam for your salvation"


Tuesday, June 9, 2009

Manusia seperti logam


Hadith I: Manusia seperti logam
(mesti ingat sampai bila2!)


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري


"Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faqihu/faquhu"

Maksud:

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Contoh terdekat seperti Umar al Khattab. Semasa jahilnya, berani dan tegas sehingga mencabar dan digeruni oleh pihak Islam. Logamnya adalah keberanian, ketegasan dan kewibaannya dalam kepimpinan. Setelah dia memeluk Islam, logam itu kekal padanya dan satu pun tidak berubah malah digunakan untuk Islam. Kita semua adalah logam. Saya pun seperti logam, tak percaya? hehe..

Bahagian terakhir hadith ini, ”إذا فقهوا” mempunyai dua sebutan:

1. إذا فقِهوا (faqihu): memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. إذا فقُهوا (faquhu): memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.


Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah… Faquhu!



Petikan dari cerita The Message

Kenapa Sumayyah? Sebab pada masa kehidupannya, belum turun wahyu Allah yang mensyariatkan solat lima waktu, puasa, zakat dan yang sewaktu dengannya. Tapi, kenapa nak ikut dia? Allah telah menjanjikannya syurga kerana imannya yang teguh pada keEsaan Allah. Dia percaya Allah, Tuhan yang Ahad, bukan seperti kaum Quraisy yang menyembah bermacam jenis berhala2. Sumayyah dan keluarganya, Yasir (suami) dan Amar (anak) telah dihukum oleh kafir Quraisy hanya kerana mereka menyebah Allah. Walaupun setelah beberapa kali dipujuk oleh kafir untuk menyembah Hubal (tuhan berhala), mereka tetap mengulangi ucapan kalimah shahadah. Begitu teguh keimanannya kerana dengan faquhu pada shahadatul haq (memahami akan maksud shahadah) itu, merubah seluruh pegangan hidupnya yang dulunya menyembah patung2. Mampukah kita menjadi sepertinya?

Tambahan info, terlupa. Yasir dan Sumayyah (ditusuk pada jantung) mati dibunuh oleh Abu Jahal. Ammar pula dijemur dan ditindih dengan batu besar serta ditenggelamkan berulang2 ke dalam kubang. Akhirnya dia tumpas. Dalam video ni, Amar anak Sumayyah ni terpaksa akur dengan kehendak kafir tu lalu memuji hubal. Tak lama selepas peristiwa ini, dia pun kembali bertaubat. Ada ayat dalam al-Quran menyebut tentang ini.

[An-Nahl, 16: 106]

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.





---> Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Hadih II: Kebaikan bagi mereka yang faham

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

.:. Masih ingat analogi hidayah = hujan? <--- (klik)





Thursday, June 4, 2009

Tuesday, June 2, 2009

Tikl 02/03


Just found this video, A
manat Cikgu Zuraidah at senior Qemmal's blog

Pada mereka yang tidak berpeluang untuk bertemu cikgu Zuraidah. Sudah hajah beliau sekarang ni. Saya juga dapat mengesan perubahan beliau sewaktu berkumpul bersama-sama di surau tikl, al falah. Alhamdulillah.

Walaupun cikgu tak pernah mengajar saya, tapi beliau banyak membantu saya dalam banyak hal. Tak perlu saya nyatakan, biarlah ia abadi dalam ingatan. Waktu batch saya, macam2 berlaku (saya ingat batch saya dah kira dahsyat, ada "fly2" dll). Tapi sekarang, cikgu cakap budak2 makin liar (betulkah?). Hehe. Bukan cikgu Zuraidah je yang cakap, cikgu Haslawati pun berkata demikian. Sudah terbukti. Jenguk saja di luar tingkap, ada saja perkara2 yang merosakkan pandangan mata. Jadi, ayuh kita basuh membasuh masyarakat kita esp adik2 kita (generasi Y, Z) dengan nilai2 Islam. Apa2 yang bertentangan dengan Islam menyebabkan ia menjadi tidak seimbang. Eg: minum arak, tak menutup aurat. Jadi, mari kita seimbangkan kembali alam sekeliling kita dengan menguatkuasakan undang2 Allah. Islam kan membawa rahmat ke seluruh alam.

Oh, saya sudah bercakap panjang. =)

Saya kirimkan doa dan kasih kepada guru2 yang pernah mendidik saya (dengan harapan ingin menjadi orang yang berguna), hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka yang tak jemu menabur budi dan menyampaikan ilmu kepada kami.


Terharu mendengar ucapan beliau dalam video ni, walaupun ditujukan untuk adik2 batch 06/07. Amanat ni bukan bermakna cikgu nak pindah ke apa, tapi sebagai tanda ingatan untuk mereka. Zaman saya, tak berkesempatan pula untuk merakam kenangan2 manis di sana. Cuma foto saja yang boleh membangkitkan memori di TIKL. Kepada batch saya 02/03, cikgu juga pernah menceritakan hal yang sama tentang batch kita kepada adik2 bawah kita. Cikgu berbangga melihat anak didiknya berjaya, dan berharap ia sedikit sebanyak memotivasikan generasi yang akan datang.



Ingat lagi moto sekolah? Bertugas Hidup Berjasa.






Reply mesej di hari guru:

Waalaikum salam. Anak didik yang mengenang adalah anak didik yg diberkati dunia akhirat. Restu cikgu utk kamu Lizawati. Trima kasih. Cg Zuraidah.




Monday, June 1, 2009

Ma'attaufiq wannajah


"Perahu telah berlayar. Ketika angin bertiup kencang, matikan mesin. Inilah tawakkal, begitu seorang guru pernah menasihati muridnya."