Saturday, April 9, 2016

Kedatangan Rejab

Masa takkan pernah menunggu kita.

6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..
1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
JAWAPAN: MASA LALU
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

Melalui pembacaan saya, tiada amalan khas pada bulan Rejab melainkan kita disuruh untuk memperbanyakkan ibadah semampu kita sebagai persediaan kita menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang dinanti-nanti.

Antara amalan sunat adalah berpuasa, melakukan umrah pada bulan Rejab, membaca al-Quran, perbanyakkan zikir dan berselawat.

Jika tidak mampu beribadah atau melakukan kebaikan, paling minimum kita hendaklah menghindari maksiat kerana Allah.



Nusajaya,
2 Rejab 1437H

Friday, April 8, 2016

Muadz's 4th birthday

Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberi..

Ini kali pertama saya menyambut birthday Muadz, walaupun dengan hanya sebiji kek.

Sesiapa yang berdekatan dengan Taman Nusantara, bolehlah tempah kek robocar poli dengan kak Su ni.. Harga murah dan sedap. HP: 013-7649055


Nusajaya,
1 Rejab 1437H

Thursday, April 7, 2016

Munir's developmental milestone

0 bulan - Lahir ke dunia, dah pandai dan suka senyum. (Wt: 3.5 kg)

1 bulan - Tali pusat baru tanggal. Letih menjaga tali pusat -.- (Wt: 4.16 kg)

2 bulan - Baru perasan yang Munir suka tidur sambil menghisap puting. Without nipple, he just cant       sleep. Dapat idea untuk beri pacifier, alhamdulillah taklah penat mendukungnya yang berat ni. (Wt: 5.3 kg)

3 bulan - (Wt: 6.1 kg)

4 bulan -

5 bulan - (Wt: 7.2 kg)

6 bulan - Dah mula rolled over dari terlentang kepada meniarap dan dari meniarap ke menelentang. Mula sit with support dan alhamdulillah dah boleh sit without support. Start makan puree kentaang, labu, lobak merah, epal. Mak suggest belikan walker sebab tak larat nak dukung. (Wt: 7.6 kg)



7 bulan - Sit without support. Starts commando crawling. Lack of furniture in house menyebabkan dia sangat takut kalau ditinggalkan keseorangan. Ummi nak mandi pun susah, nangis je. Mula makan puree ikan tenggiri. Alhamdulillah, berbaloi beli Avent blender and steamer walaupun mahal. Akhir 7 bulan dah kuat untuk cruising. Munir nampak lebih kuat daripada abang Muadz.



8 bulan -
9 bulan - (Wt:8.35kg). Munir berjaya berdiri without support for few seconds. Alhamdulillah. Good job my son. Gigi bahagian bawah dah tumbuh 2 batang, a bit later than Muadz. Still dependent on pacifier to calm him.. :(


Sunday, April 3, 2016

Muadz mengaji

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahu akbar..


Sejak saya berada di makmal Patologi Kimia (3/1/2016), saya menyempatkan diri saya untuk mengajar Muadz mengaji pada waktu malam kerana sebelum ini Ustazah Helis yang mengajar Muadz di kelas mengaji di kawasan komuniti kami. Sengaja saya menghantar dia ke kelas mengaji sebab dia tak mahu bila saya ajak dan ajar dia mengaji. Saya menghantarnya setelah dia mula pandai bercakap dan faham sedikit arahan kerja, iaitu pada Ogos 2015, waktu tu umurnya 3 tahun 8 bulan.

Antara sebab lain saya tidak lagi menghantar Muadz ke kelas mengaji kerana saya ingin spend masa dengannya dan paling penting, ibulah guru terbaik untuk anak-anak. Antara sebab lain adalah faktor keselematan.



Munir- 6 months

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang update blog. Saya suka mengabadikan kisah hidup saya di blog supaya dapat saya mengimbau cerita-cerita lama. InshaAllah, bukan untuk mengaibkan atau mendedahkan aib keluarga di sini, na'udzubillah min zalik.

Baru-baru ni, Munir di bawa ke klinik desa Kg. Pulai untuk shot Hepatitis B yang ke-3. Macam biasa, timbang berat dan panjang Munir. Alhamdulillah, berat naik sedikit, 6.6 kg dan panjang 63cm. Walaupun berat naik 400 grams dari sebelumnya, tapi masih dalam graf 3rd centile. Follow-up kali ni saya terserempak dengan 2 orang jiran saya di sini, sahabat usrah dan jiran sebelah rumah. Saya diberitahu misi yang next shot pada umur 9 bulan, untuk MMR. Tahun-tahun sebelum ni hanya satu shot MMR iaitu pada umur 1 tahun. Tapi berbeza pula kali ni, maklumlah melahirkan Muadz tahun 2011, lama dah berlalu.

Jadual imunisasi baru 2016

Jadual imunisasi baru 2016
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Poster/I/pdf/06_imunisasi_2015.pdf

Pada masa ini juga, saya dah mula beri Munir puree. Terdetik di hati yang anak kedua saya berbeza dengan anak sulung sebab Munir ni macam kuat minum susu dan kuat makan. Berbandng Muadz yang kuat tidur masa bayinya which means saya keletihan semasa menjaga Munir. Semoga Allah mengganjarkan pahala berganda-ganda atas kesabaran mak dan saya, amin. Nak cerita sebenarnya berbaloi saya beli Avent steamer dan blender (approved by husband and my mother). Mak saya kata, bagus ada alat ni, senang kerja 2 dalam 1 (stim dan blend). Memang kena invest sikit beli Avent ni sebab mahal. Saya beli di Lazada online, RM 449. Antara yang termurah tapi 2 tahun warranty dari Anakku sdn. bhd. Dapat je Avent ni, saya excited buat stok puree. Bermula dengan puree ubi kentang dan brokoli. Inilah hasil pertama, saya buat dalam kiub ais, tahan berbulan-bulan up to 6 months.


Yang bestnye, kalau Munir tak suka, saya yang makan, sedap! Mungkin sebab selera makin bertambah. Tu yang berat masih tak turun-turun lagi 10 kg! 

Kejap lagi dah nak kerja, saya off dulu ye. Saya doakan ibu-ibu di luar sana pun diberi kemudahan untuk buat semua ni. Sekian dulu, wassalam.

P/s: Mode mendidik Muadz cara homeschool. Muadz tengah rajin buat Maths. Dalam proses nak ajar Muadz membaca since dia tengah rajin. Saya SMS teacher Mira (Smart Reader) supaya pinjamkan buku phonics. Alhamdulillah, Allah beri kelapangan masa untuk buat semua ni sebelum saya sambung belajar, inshaAllah.

Puree guideline

Puree guideline