Saturday, August 22, 2009

Untitled

Segalanya Milik Mu

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan


Ya Allah, kurniakan kekuatan pada diri ini. Sungguh, tanggungjawab itu berat utk aku pikul. Dan sudah tentu Kau tidak akan membebankan diri ini melainkan sesuai dengan kesanggupanku. Ikhlaskan hati ini untukMu ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin.

[al Baqarah: 30]

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Thursday, August 20, 2009

Allahumma ballighna ramadhan



….. اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, sampaikanlah kami lagi kepada Ramadhan… dan Ramadhan… dan Ramadhan…”


Allahumma ballighna ramadhan. Itulah doa Rasulullah dan para sahabat ketika berakhirnya puasa ramadhan iaitu ketika mereka berqiamullail di malam yg hening dan tenang menjelang subuh di pg raya. Meleleh air mata mereka meninggalkan ramadhan yg telah berlalu.


Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"


Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.


Puasa: Tanda kekuatan iman

Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun. Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya! Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.

Dasar2 Islam, al Maududi

Salam Ramadhan buat semua..