Thursday, January 28, 2010

Berlumba2


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”


Riwayat Muslim

Saturday, January 23, 2010

Shift your paradigm


Assalamu'alaikum..

Lama tak update tag 'medic student' saya. Saya hampir mendekati minggu ke-8 Senior Medicine posting, minggu peperiksaan. Doakan yang terbaik utk saya k.

1st 10th weeks: Orthopaedics & musculoskeletal disorders (Orthopaedics-8/Rehabilitation-1/Accident & Emergency II-1)

2nd " : S. Obstetrics & Gynaecology-5/S. Paediatrics-5
3rd " : S. Medicine-8/S. Psychiatry-2
4th " : Senior Surgery-8 (General Surgery-6/Urogynaecology-2/Anaesthesiology-2)

Universiti Tarbiyah pula, selamanya saya setia menjadi penuntut. May Allah guides me on this path until my last breath. Amin

Sebelum mengundurkan diri, ingin memetik kata2 hikmah oleh Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid dalam buku Quantum Tarbiyah.

"Tanpa tarbiyah, harakah (organisasi pergerakan) hanya akan menghasilkan pribadi-pribadi yang memahami politik tapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan" (Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Tarbiyah mengajar diri utk lebih pro-aktif, bukan hanya reaktif. Tarbiyah bukan sekadar tempat belajar tetapi jalan perubahan. Perubahan memerlukan perancangan. Perubahan tanpa action plan, bererti kegagalan. Sebagaimana seorang arkitek memerah otak untuk menghasilkan pelan, seorang cikgu yang bertungkus lumus untuk membawa perubahan untuk anak muridnya, segalanya memerlukan perancangan.

Begitu juga dakwah dan tarbiyah, apabila dia melalui baris anak tangga mesti melihat sudut2 yang kurang, lubang yang menganga, barisan yang renggang, ukhuwah yang gersang, potensi yang hilang, segera dia kembali untuk menyempurnakan kekurangan, menyelaraskan perbezaan, menutup celah, mengembalikan yang berlebihan, memunculkan yang tertutup, meneguhkan yang goyang dan mengukuhkan keseimbangan.


Shift your paradigm!!


Saturday, January 16, 2010

Husnul khatimah



"Maka sesungguhnya, siapa saja diantara kalian yang masih hidup sepeninggalku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa` arRasyidin al-Mahdiyyin (para khalifah yang terbimbing dan lurus), genggamlah sunnah tersebut dengan erat dan gigitlah dengan
gigi geraham kalian. Berhati-hatilah kalian dari perkara yang diada-adakan (di dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan (di dalam agama) itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu pasti sesat.”

(Shahih : riwayat at-Tirmidzi (2676) dan Ibnu Majah (43-44). At-Tirmidzi mengatakan hadits hasan shahih)"



Insha Allah kali ni nak berkongsi perasaan. Perasaan kasih dan sayang kepada saudara seagama. Barangkali kita mungkin lupa dan tak sedar kita sudah pun terjerat dengan perangkap syaitan seperti melebih-lebihkan duniawi daripada ukhrawi.


Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)


Di dalam al-Quran banyak tersebut tentang dunia. Antaranya:

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS. 57:20)

Hai manusia, bertaqwalah kepada Rabbmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. (QS. 31:33)

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (QS. 29:64)

Bukan kita disuruh mengabaikan kehidupan dunia, tapi kehidupan dunia dijadikan sebagai ladang lalu hasil bajakannya nanti akan kita peroleh di akhirat. Allah bagi hint supaya kita berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan. Jadi, hendaklah kita menempatkan dunia sesuai mengikut proportion. Masih ingatkah kalian tentang matlamat hidup kita?


Dunia adalah setitik air di tengah lautan

Al Mustaurid bin Syaddad r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiadalah perbandingan dunia ini dengan akhirat, kecuali seperti seorang yang memasukkan jarinya ke dalam lautan luas maka perhatikanlah yang tersisa." (HR Muslim)


Dunia adalah penjara mukmin dan syurga bagi kaum kafir

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang2 mukmin dan sebagai syurga bagi orang2 kafir." (HR Muslim)


Dunia ibarat sayap nyamuk

Sahl bin Sa'ad As Sa'idy r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Andaikata dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, nescaya tidak akan diberikannya kepada orang kafir meski hanya seteguk air." (HR Tirmidzi)

Sebagai peringatan untuk diri juga yang mempunyai banyak kelemahan, setkan prioriti. Zuhudlah terhadap dunia dengan tidak meletakkan ia di hati. Bersihkan hati kita supaya hati mempunyai ruang yang lebih luas, lebih mudah diisi dengan sesuatu yang lebih suci dan haq. Tidak bercampur dengan yang batil yang menyelubungi dan menggelapkan hati. Sisa jahiliyyah yang pernah subur dalam diri kikis jauh2. Tentu bukan mudah dan memerlukan pengorbanan yang tak sedikit. Syurga itu mahal bukan?



Sunday, January 10, 2010

Bersiap siaga

"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahannya"

Menyusuri sejarah kehidupan para sahabat seakan menjadi madu penawar jiwa yang lemah, lesu.

Rasulullah pernah bersabda:

"Jika ditimbang iman seluruh ummat ini dengan iman Abu Bakar, nescaya iman Abu Bakar lebih berat timbangannya"

Masha Allah, sememangnya Abu Bakar layak mendapat pengiktirafan ini kerana beliau bersifat as-Shiddiq (yang membenarkan) segala perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar juga antara para sahabat yang memiliki sifat lemah lembut. Namun ketika dilantiknya menjadi khalifah, selepas kewafatan Rasulullah, aktiviti menghapuskan orang2 yang murtad semakin giat. Katanya:

"Demi Allah, kalau mereka tidak mahu membayar zakat, walaupun hanya satu tali unta (bukan seekor unta pun), tapi satu tali yang pernah mereka beri dulu pada Rasulullah tetapi sekarang tidak mahu beri kepadaku, nescaya akan aku perangi mereka"

Umar ketika mendengar terkejut dengan kata2 Abu Bakar dan menasihatkannya utk tidak meneruskan niatnya itu.

Tapi dibalas Abu Bakar,

"Tidak tahukah kau Umar bahawa Allah banyak menyebutkan tentang solat dan zakat dalam ayat2Nya.. Aku akan perangi sesiapa yang memisahkan solat dan zakat"

Sebab apa Abu Bakar jadi macam tu?

Sebab dia faham tanggungjawab which is the "caliph". Orang yang faham tanggungjawab akan lebih buat kerja daripada orang yang "nampak macam buat kerja" tapi sebenarnya tak faham pun tanggungjawab tu.

Teringat sharing seorang sister kpdku. Apa beza orang yang ikhlas dengan orang yang faham?

Orang yg ikhlas tapi tak faham akan mengelirukan orang lain sebab apa? sebab dia tak faham, tak faham matlamat walaupun dia benar2 ikhlas yang tak diragui keikhlasannya (Allah je yang boleh tentukan keikhlasan kita).

Tapi orang yang faham, walaupun tak ikhlas insha Allah dia akan mengalirkan kefahamannya pada orang lain dan perasaan ikhlas tu akan tersemai perlahan2 dalam diri mereka.

******

Aku mengkagumi semangat jihad para sahabat, ketika memerhati lakaran gambar sultan Muhammad al Fateh, nampak serban yg besar berada dipuncak kepalanya. Rupanya, para sahabat sebelumnya pun ketika bersiap utk berperang memakai serban yang besar2 dan tentu sekali berat. Sebab apa? sebab mereka mengimpikan syahid, lalu serban yang besar tu sebenarnya adalah kain kapan yang dililit2 supaya apabila mereka syahid, kapankan saja tubuh mereka dengan kain itu kerana orang yang mati syahid tak perlu dimandikan. Darah yang melumuri tubuh mereka menjadi saksi kematian para syuhada. Mereka mengimpikan syurga dan syahid fisabilillah adalah tiketnya. Allahu Akbar.

Tak mahukah syurga?

Semakin beriman seseorang semakin besar ujian yang akan ditimpa kepadanya. Lalu bersediakah kita?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al Ankabut, 29:2)