Friday, October 23, 2015

Munir bin Naim

Assalamu'alaikum..

Saya telah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 19 September 2015 bersamaan 5 Zulhijjah 1436 Hijriyah. Kami telah sepakat memilih nama Munir yang bermaksud "yang menerangi" yang berasal dari perkataan dalam bahasa arab "nur". Pengalaman kedua melahirkan tidaklah terlalu menyakitkan kerana saya memilih epidural untuk mengurangkan kesakitan yang saya alami. Jujur saya katakan, sakit sebelum saya mengambil epidural adalah lebih kuat berbanding anak yang pertama, mungkin baby bersaiz besar. Baby Munir lahir dengan berat 3.5 kg, tidak menangis serta merta membuatkan hati saya gelisah kerana menangis adalah penting bagi membuka sistem pernafasan bayi dan termasuk di dalam kriteria Apgar score. Tetapi alhamdulillah, setelah dirangsang dengan suction (menurut kata midwife yang attend saya), baby Munir pun menangis.

Hari ini adalah hari yang ke-35 saya berpantang. Tak sabar menunggu habis waktu berpantang walaupun aaya tidaklah strict masa berpantang ni, cuma makanan yang menyebabkan gatal-gatal atau angin tu memang saya elakkan. Saya nak je bercerita panjang tentang pengalaman saya just before melahirkan tapi anak saya ni kuat menangis, selalu nak berkepit dengan ummi dia. Saya share satu gambar Munir bin Naim.