Sunday, March 21, 2010

Jangan berhenti mencari rahmat Allah

Ujian demi ujian. Setiap manusia tidak lepas dari ujian. Ada ujian membuatnya lupa pd Allah, jauh semakin jauh dari bimbingan hidayahNya, namun ada yg membawanya lebih dekat dengan Allah. Apa yg mendorong seseorang untuk memilih jalannya itu?

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. (al Balad, 90:10)


Tidak semua yg kita inginkan berlaku seperti yang kita harap2kan. Ingatlah, setiap ketetapan Allah itulah yg terbaik buat kita. Walaupun hal ini sudah jelas, namun bukan mudah apabila kita sendiri mengalaminya. Benarlah, islam tidak tertegak hanya dgn kata2. YOU should act!

Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (al Hasyr, 59:21)


Fikir2kanlah, seandainya kita masih tidak takut akan teguran2 Allah (ayat2 Allah) yg datang dalam bentuk fizikal mahupun mental, something wrong to your heart.





Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha illallah

Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung
Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad selawat atasnya
Benarlah tiada Tuhan selain Allah

Ustaz Hassan al-Hudhaibi telah merumuskan dengan ucapannya:


… Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah rasulNya meskipun manusia melihat dunia tidak tunduk kepada peraturan tersebut. Agama inilah sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia sebagaimana Dia menetapkan hukum alam kepada matahari, bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segala apa yang ada di langit, bumi dan apa jua yang ada padanya.”


Beliau berkata:



“Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah dan agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu dihayati oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu.”

Abdul Wahab Azam juga memahami sunnah ini. Sunnah ini menjadikan orang-orang yang yakin dengannya tidak tidak tergugat oleh serangan kebatilan, gugurnya para syuhada atau ramainya pejuang yang berundur setelah tiba di separuh jalan. Beliau pun berkata:


Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan

Sesaat pun tidak berhenti dan berubah

Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Al­lah

kerana jihad pada kebenaran tidak pernah hilang walau sehari


Moga aku tergolong di kalangan mereka yg disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w:

“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”


Ya muqallibal qulub tsabbit qalbi 'ala deenik


Thursday, March 18, 2010

Syahidnya Syeikh Ahmad Yasin


PACE mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk mengenang satu peristiwa tragis yang berlaku pada 22 Mac 2004 di mana pada tarikh tersebut Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh mujahid Palestin menemui syahidnya. Setelah enam tahun berlalu nama Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid tetap harum dan terus hidup di dalam jiwa rakyat Palestin dan umat Islam yang tidak pernah berputus asa di dalam meneruskan jihad untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis dan bumi Palestin yang diberkati.

Syeikh Ahmad Yassin telah menggariskan beberapa prinsip yang terus memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menggalas tanggungjawab jihad di bumi Palestin. Di antara prinsip perjuangan yang sering beliau ucapkan ialah 'Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya akan berakhir dengan syahid atau kemenangan'. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa. Tidak ada pilihan ketiga iaitu perundingan damai dan tolak ansur seperti yang sedang giat ditaja oleh golongan yang tidak yakin dengan jalan jihad. Golongan ini sanggup tunduk kepada tekanan Amerika dan kuasa-kuasa besar dan bertolak ansur dengan regim zionis Israel yang hanya mempunyai satu agenda iaitu mengekalkan pendudukan haram ke atas bumi Palestin dan mengambil alih Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa untuk tujuan-tujuan keji dan permusuhan.

Prinsip yang digariskan oleh Syeikh Ahmad Yassin terbukti tetap dipertahankan sehingga kini. Meski Israel terus melaksanakan operasi memburu pejuang-pejuang HAMAS dan pejuang-pejuang Palestin lainnya, kebangkitan (intifadah) tidak pernah terpadam dari jiwa dan sanubari rakyat Palestin. Bahkan semangat intifadhah terus membara meski rakyat Palestin khususnya di Gaza terus menerus berhadapan dengan kepungan Israel, sekatan ekonomi dan penutupan sempadan dari semua arah samada jalan darat, laut dan udara. Syekh Ahmad Yassin menegaskan 'Waktu akan membuktikan bahawa siri-siri pembunuhan ini tidak akan memusnahkan HAMAS. Pemimpin HAMAS mengharapkan syahid dan tidak takut kepada kematian. Jihad akan diteruskan dan kebangkitan akan terus disemarakkan sehingga kami mencapai kemenangan atau syahid kerananya.'

Syeikh Ahmad Yassin juga meletakkan satu lagi prinsip yang penting untuk dihayati iaitu mengekalkan kesatuan di kalangan umat Palestin yang berjuang menentang Israel. Meskipun HAMAS dan barisan pejuang Palestin berhadapan dengan kelompok-kelompok yang diterajui oleh PNA (Pihak Berkuasa Palestin) dengan FATAH sebagai fraksi terbesarnya, Syeikh Ahmad Yassin tetap menegaskan musuh umat Islam dan rakyat Palestin ialah Israel. Maka dengan itu segala pergeseran dan perseteruan di kalangan rakyat Palestin sendiri hendaklah dielakkan seboleh mungkin. Namun PNA yang diterajui oleh Yasser Arafat (al-Marhum) telah bertindak bagi pihak Israel dan memenjarakan pejuang-pejuang pembebasan Palestin yang tulen. Semua ini dilakukan kerana tunduk kepada kehendak Israel. Yasser Arafat yang sejak awal tidak pernah mahu berkompromi dengan Israel telah menjadi hamba yang setia kepada regim Zionis dan melaksanakan apa sahaja arahan Israel atas nama mempertahankan persetujuan damai yang dimeterai di Oslo pada tahun 1993. Sejak dari tarikh tersebut PNA yang diberi mandat oleh Israel untuk menjamin keselamatan negara haram Israel telah mengerahkan seluruh pasukan keselamatannya untuk memburu, menangkap dan memenjarakan pejuang-pejuang Palestin yang tulen dan ikhlas. Untuk mengelakkan pertembungan sesama rakyat Palestin, Syeikh Ahmad Yassin telah mengarahkan semua pejuang supaya menunjukkan kesabaran yang tinggi serta tidak membalas perbuatan pihak berkuasa Palestin. Beliau menegaskan sikap yang wajib dipertahankan iaitu 'Anda boleh membunuh kami, tetapi kami sekali-kali tidak akan membunuh anda'. Bagi Syeikh Ahmad Yassin, musuh yang sebenarnya ialah Regim Zionis. Jangan sekali-kali rakyat Palestin termakan umpan yang sengaja ditawarkan kepada rakyat Palestin supaya mereka bertelagah sesama sendiri dan akhirnya melupakan objektif mereka untuk mengusir zionis dan mengakhiri pendudukan Israel ke atas tanah air mereka. Ternyata sikap kejantanan yang dipamerkan oleh HAMAS atas prinsip Syeikh Ahmad Yassin berjaya menangkis kemungkinan tercetusnya perang saudara di kalangan rakyat Palestin. Meskipun ratusan bahkan ribuan aktivis HAMAS dan keluarga mereka dipenjarakan dan diseksa namun ia tidak sedikitpun mengundang tindak balas dan dendam ke atas PNA dan kuncu-kuncunya. Israel ternyata gagal untuk melemahkan rakyat Palestin melalui pendekatan adu-domba yang mereka rangka melalui agen-agen di kalangan rakyat Palestin yang belot dan khianat.

Syeikh Ahmad Yassin juga menegaskan bahawa kebaculan tidak ada sama sekali dalam kamus perjuangan rakyat Palestin. 'Kamu akan dapati kami akan mati menghadapi kamu dan bukan membelakangkan kamu.' Lantaran itu kita tidak akan dapati pejuang Palestin melarikan diri dari medan perjuangan. Mereka akan hadapi musuh dengan penuh rasa 'izzah dan kemuliaan Islam. Sebaliknya anjing-anjing Zionislah yang ketakutan berselindung disebalik peralatan perang yang canggih. Mereka menyangka senjata-senjata itu boleh melindungi mereka. Bahkan mereka diberitakan berak-kencing dalam kereta kebal mereka lantaran takut berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin yang terdedah di luar sana tanpa sebarang perlindungan.

Sesungguhnya janji Allah itu benar; "Jangan kamu menyangka orang yang berperang di jalan itu mati"

Pada 22 Mac 2004 berangkatlah As-syahid yang mulia menemui Tuhannya yang telah lama dirindui. Meski jasad as-syahid hancur namun jiwanya terbang menemui kekasihnya dengan penuh redha dan diredhai. Ini mengingatkan kita kepada seruan Rasulullah SAW selepas peperangan Badar apabila Nabi bertanya kepada mayat-mayat musyrikin yang dikumpulkan dalam sebuah lubang "Apakah kamu dapati janji Allah kepada kamu benar? Sesungguhnya kami dapati janji Allah kepada kami adalah benar.." Berbahagialah As-Syahid Ahmad Yassin diberi rezeki oleh Allah tanpa batas. "Dan jangan kamu sangka mereka yang berjuang pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki oleh Allah, sedang kamu tidak menyedarinya."

Israel menyangka dengan membedil jasad Syeikh yang mulia dengan beberapa peluru berpandu Hellfire, mereka bolih memadamkan ruh jihad di kalangan rakyat Palestin. Apa yang berlaku darah Syeikh yang melimpah dan membasahi bumi menyuburkan bumi mulia Al-Aqsa As-Syariff dengan rijal yang siap untuk menyahut seruan jihad. Kini sudah enam tahun berlalu dan Gaza tempat kancah perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin sudah bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Hakikatnya kekuatan rakyat Palestin tidak pernah terjejas meski berhadapan dengan kepungan paling dahsyat yang pernah disaksikan dalam sejarah dunia.

Kerusi rodanya yang tinggal

Ketika hayatnya as-Syahid terbatas pergerakannya oleh kerusi roda. Ulama berkerusi roda ini mampu menggoncang hati musuh-musuh zionis sehingga ke dasarnya. Mereka begitu terancam sehingga untuk menghilangkan ketakutan itu mereka buru ulama kurang upaya ini dengan menggunakan helikopter Apachee dan menembaknya dengan beberapa butir peluru berpandu. Mereka mahu melenyapkan Syeikh Ahmad Yassin dari muka bumi ini tanpa meninggalkan sebarang bekas. Tetapi mereka silap As-Syahid kini terus hidup dalam jiwa-jiwa para pemuda-pemudi Palestin bahkan ruh itu turut hidup dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia, membakar dhamir mereka agar bangkit menggalas tanggungjawab jihad di mana jua mereka berada.

As-Syahid Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1938 berhampiran Askalan (kini Ashkalon yang dirampas Israel). Beliau berlindung di Gaza bersama keluarganya menyelamatkan diri dalam perang pencerobohan Israel yang pertama pada tahun 1948. Ketika berumur 12 tahun As-Syahid mengalami kecederaan yang membawa kepada kelumpuhan dan semenjak itu beliau hanya duduk di kerusi roda sehingga akhir hayat. Beliau dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Israel dan beberapa kali dikenakan tahanan di rumah oleh pihak berkuasa Palestin. Beliau bersama as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi dan beberapa orang tokoh telah menubuhan HAMAS secara rasmi pada tahun 1987 sempena peristiwa intifadah pertama. Beliau menemui syahid pada usia beliau 66 tahun.


Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

Tuesday, March 16, 2010

Penawar Qalbu


Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku hati seperti ini...

Hati Yang Celik

Firman Allah, maksudnya : "Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya.Dan engkau memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)." (Surah ar-Rum 30:53)


Hati yang Sedar


Firman Allah,maksudnya : "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)



Hati yang Bersih

Firman Allah,maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah Asy-Syams 91:9)



Hati yang Lurus


Firman Allah,maksudnya : "(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali 'Imran 3:8)



...dan KAU peliharalah daripadaku hati ini..

Hati yang Keras

Firman Allah,maksudnya : "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Adapula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.."
(Surah al-Baqarah 2:74)


Hati yang Terhijab (tertutup)


Firman Allah,maksudnya: "Dan antara mereka ada yang mempendengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." (Surah al-An'am 6:25)



edited from:
hamba Allah


***************************************************************************************************************


Janji Allah itu benar. Hati yang seribu kali retak akan kekhilafan dan rakusnya perlakuan manusia, tercantum kembali bila diserahkan pada ALLAH, Rabb Pemilik Hati hamba-hambaNya.


****************************************************************************************************************
Hati-hati menjaga HATI..yang seketul itu.
Kalau ia baik, baiklah seluruh anggota badan..~



************************************************************************************
Ayat2 cinta dari Allah menenangkan jiwa yg semakin jauh dariMu, kalimah istighfar di bibir tidak putus2 mengharapkan maghfirah dariMu. Ampuni aku..

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (al Baqarah, 2:152)


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al 'Ankabut, 29:2)


Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al Baqarah, 2:153)


(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun. (al Baqarah, 2:156)


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al Baqarah, 2:216)


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al Baqarah, 2:186)


Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya! (al An'am, 6:32)


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar Ra'di, 13:28)


Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (az Zumar, 39:53)


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaf, 50:16)


Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. (al Fajr, 89:28)

Ayat2 dari Tuhanku ini mengingatkan kembali matlamat hidupku:

Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (al Baqarah, 2:30)


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (az Zaariyat 51:56)

Ayat2 syifa' penawar qalbu

Saturday, March 13, 2010

Generasi Harapan



Dimana dicari pemuda Kahfi

Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu