Tuesday, June 9, 2009

Manusia seperti logam


Hadith I: Manusia seperti logam
(mesti ingat sampai bila2!)


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري


"Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faqihu/faquhu"

Maksud:

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Contoh terdekat seperti Umar al Khattab. Semasa jahilnya, berani dan tegas sehingga mencabar dan digeruni oleh pihak Islam. Logamnya adalah keberanian, ketegasan dan kewibaannya dalam kepimpinan. Setelah dia memeluk Islam, logam itu kekal padanya dan satu pun tidak berubah malah digunakan untuk Islam. Kita semua adalah logam. Saya pun seperti logam, tak percaya? hehe..

Bahagian terakhir hadith ini, ”إذا فقهوا” mempunyai dua sebutan:

1. إذا فقِهوا (faqihu): memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. إذا فقُهوا (faquhu): memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.


Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah… Faquhu!



Petikan dari cerita The Message

Kenapa Sumayyah? Sebab pada masa kehidupannya, belum turun wahyu Allah yang mensyariatkan solat lima waktu, puasa, zakat dan yang sewaktu dengannya. Tapi, kenapa nak ikut dia? Allah telah menjanjikannya syurga kerana imannya yang teguh pada keEsaan Allah. Dia percaya Allah, Tuhan yang Ahad, bukan seperti kaum Quraisy yang menyembah bermacam jenis berhala2. Sumayyah dan keluarganya, Yasir (suami) dan Amar (anak) telah dihukum oleh kafir Quraisy hanya kerana mereka menyebah Allah. Walaupun setelah beberapa kali dipujuk oleh kafir untuk menyembah Hubal (tuhan berhala), mereka tetap mengulangi ucapan kalimah shahadah. Begitu teguh keimanannya kerana dengan faquhu pada shahadatul haq (memahami akan maksud shahadah) itu, merubah seluruh pegangan hidupnya yang dulunya menyembah patung2. Mampukah kita menjadi sepertinya?

Tambahan info, terlupa. Yasir dan Sumayyah (ditusuk pada jantung) mati dibunuh oleh Abu Jahal. Ammar pula dijemur dan ditindih dengan batu besar serta ditenggelamkan berulang2 ke dalam kubang. Akhirnya dia tumpas. Dalam video ni, Amar anak Sumayyah ni terpaksa akur dengan kehendak kafir tu lalu memuji hubal. Tak lama selepas peristiwa ini, dia pun kembali bertaubat. Ada ayat dalam al-Quran menyebut tentang ini.

[An-Nahl, 16: 106]

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.





---> Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Hadih II: Kebaikan bagi mereka yang faham

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

.:. Masih ingat analogi hidayah = hujan? <--- (klik)





4 comments:

fi zhilalil tarbiyah said...

salamualaikum..btl la tu k.liza.faqihu dn faquhu xblh dipisahkan.kene ade dua2..if not,jdlah mcm isu dl mse someone yg memperthnkn islam liberal, pakai skirt pendek,xpakai tudung tp berceramah ttg aurat..nauzubillah..wallahualam

lrh said...

alaikissalam wbt..

yup, xboleh dipisahkan, tp kena faquhu dlu. ble dah faquhu, nak jadi faqih ke, mufassir ke, muallim ke, student ke, apa2 ke, semua boleh. bi iznillah.

nur iinspiration said...

setuju tu liza!

mesti faquhu dulu..

em, jap ayu lupa la analogi hidayah = hujan tu..

bleh terangkan balik..

jazakillah khayr (^_^)

lrh said...

boleh2 insha Allah. kita letak link nye ye? klik sj kat situ. afwan, perlu memperkemas susunan ISK ni, tak teratur pula. adeh.

klu xjelas kt mana2, boleh sj tnya, sama2 kita dscuss.

ayu, kak mahir n sis kat anggerik dlu tnya mana jr anggerik ni? hehe.. kak skin da kawen. igt lg tak kak skin? yg kecik2 tu, hee