Wednesday, December 16, 2009

Ar-ruhul jadid



Assalamualaikum wbt..


Semangat baru: Ar ruhul jadid

Dua patah kata utk menggambarkan keadaan diri waktu ini. Benar kata seorang akhawat fillah, retrospectively memang akan kita dapati banyak titik tolak sepanjang tarbiyah. Begitu juga naik dan turunnya iman kita kerana 2 tarikan yang menjadi ketetapan Allah iaitu tarikan keimanan dan tarikan syaitan (muntalaq). Ada yang menganalogikan ketetapan ini dengan roda, juga graf. Dan pastikan tika jatuhnya iman kita, hendaklah ia masih berada di dalam sunnah, seperti roda, walaupun berputar atas dan bawah berulang2 tetapi roda tetap dalam pergerakannya menaiki lereng bukit.

Dah lama teringin nak baca buku zero to hero, tapi baru sekarang terasa utk membelinya. Hurm, masa telah berlalu, dan tiada guna utk ditangisi kesilapan lalu. Asam garam kehidupan, manusia akan menghargai sesuatu yang telah luput daripadanya. Ingin share sedikit tentang buku ni. Baru baca sampai bab 2, tapi terasa betul2 meresap ke dalam hati. Buku ini telah disyorkan oleh seorang ukhti waktu aku sedang berjinak2 dlm tarbiyah, namun langsung tidak terdetik di hati utk membacanya sehinggalah ke hari ini.

Antara yang ingin dikongsikan, dalam bab demi masa,

3 perkara yang takkan pernah kembali:

1) kata yang telah diucapkan
2) waktu yang telah berlalu
3) momentum yang diabaikan (momentum: prestasi)

Fikirlah sebelum berkata2, gunakan masa semaksimum mungkin dan gunakan kebolehan kita utk membuat sesuatu. Kemampuan kita sebenarnya melebihi apa yang kita sendiri jangka. So, jangan rasa yang diri ni tak mampu dan tak cukup ilmu. Bergeraklah seiringan. Islah nafsak, wad'u ghairak : perbaiki diri jadi orang baik, ajak orang lain.

Aku mempunyai perasaan dalam situasi seandainya aku dapat menjawab segala persoalan medic yang ditujukan oleh specialist kepadaku, tentu aku akan dipandang tinggi dan mendapat pujian kawan2 yg lain. Namun, adakah hanya kerana sekelumit kepuasan yg sementara itu yang aku harapkan? Bukankah segala pujian hanya utk Allah, dan bukankah Allah mengangkat darjat orang2 yg bertaqwa? Semua itu hanyalah semata-mata ujian utk melihat sejauh mana kita bersyukur atas kurniaanNya yg melimpah-limpah. Populariti bukan jaminan! memetik kata2 dlm buku zero to hero, " bisa jadi prestasi itu tidak dikenal orang, tak ada sanjungan, pujian apalagi karangan bunga. Kita pun tidak menyadari itu sebagai prestasi, apabila dilakukan dengan tulus hati. Seperti Bilal. Terompahnya terdengar di syurga. Tetap saja ia istiqomah dan enjoy aja dengan amalnya"

Masha Allah, ingin memiliki iman seteguh Bilal..

Let us start from zero to hero.. !

2 comments:

sHi said...

slm liza,zero to hero karangan sape ye? shi suka dgn ayat2 ni "Ada yang menganalogikan ketetapan ini dengan roda, juga graf. Dan pastikan tika jatuhnya iman kita, hendaklah ia masih berada di dalam sunnah, seperti roda, walaupun berputar atas dan bawah berulang2 tetapi roda tetap dalam pergerakannya menaiki lereng bukit."

selama ni kan kite dgr pepatah kata hidup umpama roda, kdg naik kdg turun. tp kita as true muslim, ley tukar skit pepatah melayu tu mcm liza tulis dlm blog tu. mcm roda, walau berputar ke atas dan bawah, tp tetap naik ke bukit.. jazakillah..

shi kat cni alhamdulillah, byk bergantung pada internet. memandangkan tiada akhawat kat cni. usrah on9, bahan bacaan, recording, fb, blog2 akhawat byk membantu, di samping tarbiyah dzatiyah yg constant insyaAllah. shi pun sdg berusaha kuat tuk pembangunan BM. yelakan, dh life independent skrg, masing2 kena support each other, kalo tak boleh dibawa arus.

moga kita ttpkan niat kita, hanya tuk Allah, jalankan tjwb kite walau di mana kite dicampakkan. Allah is the Best Planner. rindu nk borak dgn liza sgt2...

smoga Allah merahmati hidup mu..ya ukht!

lrh said...

salam shi.. miss u too.. =)

buku tu, written by solikhin abu izzudin. Publisher: Pro U Media, ada jual dkt FIB.. shi kan ejennya.. :P

best buku tu. byk cerita kisah2 para sahabat yg hebat2..

ok, insha Allah, akan selalu igt shi dlm doa..

all the best!