Saturday, March 14, 2009

As-Syams

Jazakallah As-Syams..

Kad yang sangat cantik (afwan, kamera 2 MP saja, hehe) tapi kalam yang tercatat di dalamnya lebih memberi kesan di hati. Penyuntik semangat diri. ~Zahrah Izzati~

Selama 3 bulan perkenalan, banyak yang saya pelajari dari antunna semua. Pahit manis kita hadapi bersama. Bunyinya macam akan berpisah lama saja.. =p

Community medicine posting akan bermula minggu depan di Hospital Hulu Terengganu. 6 minggu saya di sana (~5minggu je kalau kira betul-betul). Mengikut perancangan, akan drive sendiri (bukan saya drive) walaupun bas disediakan. Tapi, wallahua'lam.

Nampaknya saya akan merindukan As-Syams selepas ini. Tidak dapat bersama-sama menghayati muqaddimah Fi Zilal al Quran. Namun proses tarbiyah tidak mengira di mana kita berada. Di mana-mana pun ada tarbiyah, malah dalam kehidupan seharian pun seperti ujian menahan amarah juga merupakan proses pentarbiyahan (susah betul nak tahan marah, rasa macam sesuatu yang meletup dalam badan ni ibarat terkena heart attack, darah pula cepat sangat menyirap sampai ke muka).

Kali ini mari kita kenal penulis tafsir Fi Zilalil Quran. as Syahid Sayyid Qutb.

Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah daerah Asyut, Mesir sama dengan tahun kelahiran as Syahid Imam Hassan al Banna. Bapanya Haji Qutb Ibrahin seorang yang disegani dan banyak berbakti. Ibunya juga seorang yang bertaqwa. Ibubapanya sememangnya menyintai al Quran dan sering mengadakan majlis jamuan dan tilawah. Semasa kecilnya, beliau teringin memiliki suara yang lunak untuk memperdengarkan bacaan al Quran namun takdir tidak menjadikan dia untuk memiliki suara merdu seperti para qari masa tu.

Beliau telah menghafal al Quran sewaktu umurnya 10 tahun. Beliau memang seorang yang suka membaca, berani bertanya dan mengeluarkan pendapat. Telah nampak kecerdasannya masa tu. Sehinggalah beliau memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan seterusnya terlibat dalam bidang perguruan di Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Pada masa tu juga sebenarnya beliau menulis di majalah dan akhbar yang akhirnya merosakkan dirinya sendiri kerana penulisannya bertentangan dengan akidah akibat terpengaruh dan taksub dengan ilmu sasteranya sendiri. Waktu tu, beliau banyak mengkaji sastera-sastera dan menjadi penulis terkenal yang diminati ramai terutama generasi muda.

Beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Amerika dan di sinilah merupakan titik tolak di mana beliau sendiri mengatakan seolah-olah baru mengenal syahadah. Sebelum ini, beliau mengkagumi tamadun Amerika namun setelah melihat keadaan tamadun Amerika yang dikatakan hampir memiliki segalanya (teknologi canggih, bangunan pencakar langit) itu mengecewakannya sebab rupanya ia tidak memiliki ruh. Mereka hidup tidak bermatlamat, hidup sekadar untuk bersenang-senang di dunia tanpa mengetahui bahawa akan ada kehidupan di akhirat yang lagi abadi.

Ditakdirkan sewaktu di Amerika, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. Suatu hari, beliau melihat orang ramai berpesta di luar hospital dan nurse juga gembira seakan ada sesuatu yang menarik berlaku. Beliau pun bertanya pada mereka dan diberitahu bahawa Hassan al Banna telah mati ditembak. Masa tu beliau tidak mengenali Hassan al Banna dan tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka begitu gembira sekali dengan kematiaannya, tentu ada sesuatu yang telah Hassan al Banna lakukan. Beliau cukup berminat untuk mengetahui siapakah Hassan al Banna. Boleh baca kisah bagaimana Sayyid Qutb terlibat dalam IM (ikhwanul muslimin)

Selepas kembali dari Amerika, beliau memutuskan untuk fokus dalam pengajian Islam dan meninggalkan ilmu sasteranya. Selama 40 tahun beliau mengakui banyak menghabiskan masa dan menyiakannya namun beliau tidak menyesal kerana dengan itu beliau berjaya mengenal hakikat kejahilan yang beliau sendiri telah laluinya."Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam."

Beliau telah menulis tafsir Fi Zilali Quran dua kali. Pertama beliau menulis sebagai tinta seorang alim dan kali kedua beliau menulis dengan darah syuhada'. Berbeza dengan tafsir Ibn Kathir yang menafsir al Quran semasa kegemilangan Islam. Tafsiran beliau begitu unik sekali berlainan dengan tafsir yang wujud pada masa tu. Beliau membuat pentafsiran dengan mata hati di masa ketika keadaan ummat sedang sakit, yang jauh terpesong dari kebenaran Islam. Beliau mengelakkan perbahasan bahasa dan tatabahasa, ilmu al kalam dan ilmu fiqah dan cerita dongeng dalam tafsirannya. Beliau juga mendapati bahawa Sains tidak boleh dibandingkan dengan al Quran kerana al Quran adalah bersumberkan wahyu Allah, manakala Sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tak mantap dan berubah-ubah.

Silalah baca biografinya di laman lain untuk mengetahui kisah hidupnya lebih dekat lagi.

Kisah syahid beliau sangat membuktikan bahawa beliau seorang yang mantap keimanannya. Semasa beliau bakal menjalani hukuman gantung sampai mati 20 Ogos 1966 yang diputuskan oleh Jamal Abdul Naser di mana adat istiadat hukuman gantung akan ada seorang yang akan megucapkan syahadah untuk memberi peringatan kepada tertuduh. Sayyid Qutb membalas "aku berjuang berhabis-habisan adalah kerana syahadah ini, kau pula hendak mengajar aku untuk menyebut syahadah. Cuba lihat kembali Islam yang kamu katakan agama kamu"

Allahu akbar!

2 comments:

sHi said...

salam liza! kaifa haluki wa imanuki? wa..windu sgt pada antil. as syams dah kehilangan seorang..namun ketetapan Allah mengatakan anti perlu dicampakkan ke tempat lain agar dakwah trus berkembang kan ?

lrh said...

salam rindu shi..=)

Allah telah menetapkan sy di terengganu ini utk mendapat tarbiyah dan utk terus bersemangat menegakkan panji2 Islam..

(103:3)