Tuesday, June 22, 2010

Kebenaran itulah haq


Sesungguhnya sewaktu proses kejadian manusia dalam rahim ibunya, dia pernah berjanji akan mentaati Allah dan memenuhi segala janji.

Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksia terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini," al A'raf:172

Setiap manusia telah dibekalkan dengan fitrah beragama serta pengakuan akan keesaan Allah. Hal ini dibuktikan semasa Rasulullah s.a.w beruzlah (mengasingkan diri) daripada kesesatan dan jahiliyah yg amat dahsyat kaum Quraisy Mekah. Baginda beribadah di dalam gua Hira', baginda buntu mencari jalan keluar sehingga turun wahyu Allah yg pertama lalu Allah memperkenalkan diriNya lantas menyelesaikan sgl kebuntuan dan kebingungan yg melanda. Refer al 'Alaq 1-5

Keadaan jahiliyah ketika itu mendorong baginda utk mencari sesuatu yg sesuai dgn fitrah manusia.

Begitulah keadaan manusia yg terdorong dgn keadaan sekeliling mereka dalam mencari sesuatu yg secara fitrahnya fit dgn hati manusia. Yang membezakannya adalah sama ada mereka terus bergelumang dalam kegelapan walaupun ia tahu perbuatan itu salah atau mereka mencari pencerahan tetapi tidak tahu bagaimanakah caranya.

Hakikat ini juga selari dgn pengiktirafan firaun waktu dia lemas karam menyebabkan dia melafazkan kalam terakhir yg direkodkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 90,

Sehingga apabila Fir'aun hampir tenggelam dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Tuhan yg dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang2 muslim (berserah diri)

Kerana itu jika ada golongan yang masih mengingkari kewujudan Allah dan keesaanNya, sebenarnya mereka berada dalam satu kehidupan yg bersifat kepura-puraan. Apabila sampai ajalnya kelak, sebelum berpisah ruh dan jasadnya, dia pasti mengakui kesilapannya.

Manusia selalu menangguhkan keperluan dan hajatnya ke suatu masa yg dirasakan wajar. Namun manusia pasti akan kesal setelah sekian lama dikurniakan kehidupan, dia telah menangguhkan satu perkara yg paling penting, lebih penting daripada udara, makanan, air yg diteguknya saban hari. Dia telah menangguhkan keimanannya kepada Allah sedangkan dia telah berjanji mentaatiNya suatu masa dahulu!

Berapa banyak di kalangan kita yg terus mencari? Berapa banyak yg sudah menceritakan kebenaran (haq), menyampaikan berita gembira kpd mereka?

Ruben Abu Bakr revert to islam



No comments: