Monday, May 18, 2009

Keindahan Bersama Mu

Assalamu'alaikum..

Ingin berkongsi sedikit pengalaman. Minggu ke 2 berada di Bintulu, ku menghadiri kem muhasabah yang diberi nama, Keindahan Bersama Mu (KBM) anjuran JIM Miri dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Kufikirkan satu pek tisu sudah memadai, nasib baik seorang kakak yang baik ni bagi 2 pek kerana setiap slot menyentuh jiwaku.

Kami memulakan program dengan sesi taaruf. Ku dibawa kembali ke zaman hingusan, berkenalan sambil berhibur bertepuk amai-amai, enjit-enjit semut dan dll ( anak-anak 80-an mungkin masih ingat lagi?). Tak sangka ia menjadi satu pertandingan, pihak ikhwah (suami kak salwa and pasangannya, tak ingat nama lagi sorang) memenangi pertandingan tu. Lelaki pun mampu tu, kagum sekejap.

Salah satu daripada banyak-banyak slot yang menyentuhku adalah slot jawatanku. Kami disuruh menyenaraikan 20 jawatan yang kupegang setakat ini. Aku dapat menyenaraikan penuh 20 jawatan tersebut setelah bersusah payah memikirkan apa lagi jawatan aku sehingga hari ini. Kemudaian kami diminta untuk memberi markah pada setiap jawan tersebut. Markah penuh 10. Markah yang paling tinggi ku peroleh hanyalah 5. Yang lain kalau dikira, aku tidak lulus untuk banyak jawatan. Sering ku lupa bahawa aku masih punyai nenek dan atuk di kampung. Mulalah hatiku sebak mengenangkan mereka yang telah lama tidak bersua, menghubungi mereka?. Aku merasa selama ini tidak menjalankan tanggungjawabku kepada mereka. Apatah lagi tanggungjawab ku kepada Allah, Tuhan sekalian alam wujud dan ghaib. Aku juga lupa tanggungjawab ku kepada jiran. Mengabaikan hak jiran. Astaghfirullah al Azim.

Kepada ibuku, banyak dosa yang anakmu lakukan dahulu. Semalam aku telah menunaikan satu lagi wishlist yang aku senaraikan selepas mengikuti program KBM. Aku lakukan seperti di dalam video yang ku tonton semasa KBM. Sangat berkesan. Sesungguhnya, memang sudah lama juga tak bermuhasabah diri. Alhamdulillah, kini aku tekad untuk mengislahkan diri. Menampal segala koyak-rabak. Menggilap sehingga berkilat? Pendek kata, berusaha untuk menjadi logam terbaik seperti Umar al Khattab

Hadith logam

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم: (( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري


Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah,
, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.

Kenapa logam? sebab nilai dan harga logam tidak berubah. Maksudnya, kebolehan kita juga tidak berubah dan boleh digunakan pada kedua-dua zaman. Tapi perlu tahu apa itu ad-deen sepenuhnya. Kalau tidak, jahillah kita kerana kita diberi 2 pilihan sama ada islam atau jahiliyyah. islam itu kata kerja, bukan kata nama. Sebab itu islam tidak sama dengan Islam. islam adalah perbuatan. So, we should practice it 24/7

Ok, sedikit pengenalan untuk penyampai. Pak Lang merupakan tunggak program ni, bertanya saya pada mereka yang mengenali beliau, beliau sememangnya sangat aktif mengadakan program sebegini. Kerap mengadakan program muhasabah di sekolah-sekolah, esp negeri Johor. Persembahan yang begitu mantap, kepetahan tutur kata daripada seorang yang berpengalaman yang memahami jiwa-jiwa ini. JazakAllahu khairan kathira Pak Lang.

Saya tersentuh dengan kata beliau:

Semasa program muhasabah di salah sebuah sekolah, Pak Lang pernah handle group budak-budak yang pernah melakukan zina. naudzubillah min zalik. Luahan mereka: mereka sebenarnya mempunyai keinginan untuk menjadi baik, tetapi takde siapa pun yang tampil untuk menasihati mereka.

Ighfirli ya Allah.


No comments: