Monday, May 25, 2009

Muntalaq ( di sini bermula )


Assalamu'alaikum. insha Allah, kita akan mulakan sesi mengenal sejarah kita.


Kata Syeikh Ahmad Ar-Rashid (penulis Al-Muntalaq), ramai umat Islam tak faham keadaan sebenar yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka lahir sebagai Islam, tetapi tidak tahu sirah (sejarah) yang telah berlaku sebelum kelahiran mereka. Mereka lahir --> baligh --> dan melihat keadaan sekeliling, tak tahu apa yang ada pada latar belakang dan strategi yang sedang dirancang oleh pihak musuh sekarang ini.

Bedah buku muntalaq sikit2 dan insha Allah akan cuba kongsikan bersama2 tajuk ISK ini. Memandangkan ramai yang mengetahui/mempelajari fiqh (kefahaman) ilmu feqah itu sendiri dan islam, beliau merasakan kita juga perlu tahu :

1) Fiqhul waqi' ( fahami situasi semasa umat Islam dan tanggungjawab yang sama2 perlu kita lakukan).

2) Fiqhul da'wah ( fahami da'wah, siapa yang paling atas dalam kriteria untuk kita sampaikan da'wah tersebut, siapakah yang lebih aula? )

Doakan saya istiqamah memperbaharui entry blog ye.. ^_^

Baiklah, sebagai muqaddimah (pendahuluan), kita mulakan dengan mengenal perkataan sejarah.

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:

“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:

وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”

Surah Hud 11: 120


Objektif

“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”

Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.


Mengenai Buku Ini

Buku ini ditulis dengan tujuan sebagai panduan kepada mereka yang mahu menyampaikan Ini Sejarah Kita (ISK). Ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengisian ISK untuk memahami penyampaian ini, tetapi sebagai panduan semata-mata.

Yang penting faham sejarah

Setiap mereka yang mahu menyampaikan ISK perlulah berusaha mendalami sejarah Islam bermula dengan Sirah Nabawiyyah dan seterusnya sejarah kerajaan-kerajaan yang berikutnya. Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui senarai tarikh peristiwa-peristiwa bersejarah. Oleh itu, setiap penyampai perlulah memahami isi pokok setiap peristiwa dan signifikasi sesuatu perkara dalam perjalanan sejarah. Tetapi, dengan mengetahui data peristiwa (tarikh, tempat, orang yang terlibat) akan pasti membantu pemahaman dan pasti menambah keyakinan si pendengar.

My Turning Point..

Saya mula mengenal ISK pada tahun 2007. Usai program, saya sangat bersemangat. Membuak2 perasaan untuk ceritakan pada kawan lain. Kawan2 yang mendengar ISK bersama2 berusaha mengadakan program yang sama kepada kawan2 medic. Namun, kita hanya menyampaikan, hidayah Allah lah yang berhak memilih siapa yang layak di kalangan hambaNya. Kita perlu tahu, hidayah ini tidak datang bergolek, seharusnya perlu bersedia menerima dan berusaha untuk memperoleh hidayah tersebut.

Analogi hujan..

Hidayah ibarat hujan yang turun dari langit. Mereka yang meletakkan baldi, besen, gayung etc di luar rumah sudah tentu mampu menampung air hujan. Dan mereka yang membiarkan air hujan jatuh ke tanah, diibaratkan orang2 yang rugi kerana membiarkan air hujan berlalu meresap ke tanah.
Macam hidayah juga, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan bersedia untuk mendapatkan hidayah (mencari hidayah).

Barang siapa yang bersedia mengenal kebenaran dan mengikutinya, ia membenarkan yang baik, dan beriman kepada apa2 yang disampaikan kepadanya, maka menanglah ia dalam latihannya.
Fasal kedua, Asas2 Islam

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Setelah sekian lama saya mencari hidayah Allah, akhirnya berjaya juga untuk menetapkan diri di JALAN ini. Banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui sepanjang saya menerima ISK sehingga ke hari ini. Waktu saya mendapat ISK pertama, hanya semangat saja yang mengiringi. Iman pula sangat sedikit, entah ada entah tidak ketika itu. Kemudian, usrah saya mengalami krisis kerana penghijrahan kami ke tempat yang baru, Kg. Baru. Ops. Bersyukur kerana Allah telah memilih saya merasai nikmat iman dan nikmat islam untuk bersama2 mereka yang telah banyak membimbing saya menyelusuri perjalanan da'wah Rasululullah dan para sahabat. Bagaikan tidak percaya, bahkan saya merasa seolah2 baru saja memeluk Islam. Allahu Akbar, kuasa Allah. Doakan saya tsabat di JALAN ini.

Membina individu memerlukan jangka masa panjang

Bukan sesuatu yang mudah untuk membina kepercayaan, untuk menerima Islam ketika zaman Jahiliyyah yang sangat pesat di Makkah. Betapa Rasulullah s.a.w dan para sahabat berusaha untuk menegakkan Islam sewaktu Islam itu asing di kalangan orang2 Arab. Dan kini, Islam kembali asing. Siapakah yang mahu meneruskan perjuangan Baginda? siapa lagi kalau bukan kita. Akan saya ceritakan lagi di entry seterusnya.

History now becomes OURstory.

Di dalam al-Quran, bukan satu dua saja cerita tentang sejarah. Kisah sejarah bermula dari Nabi Adam, sehingga zaman Rasulullah s.a.w. Pentingnya sejarah yang perlu kita tahu. Pentingnya bahasa Arab untuk kita pelajari supaya senang untuk memahami ayat2 al-Quran. Sejarah adalah suatu perkara yang berulang2. Anda juga punyai sejarah hidup bukan? Namun mahukah sejarah hidup anda berulang? Mahu pisang berbuah dua kali?

Sunnatullah, sesuatu tamadun yang ketika berada di puncak akan jatuh seperti yang berlaku pada tamadun Rom dan Parsi di mana tamadun Islam berjaya meluaskan kuasanya timur dan barat. Menguasai 2/3 dunia. Seperti tamadun Islam yang gah, juga jatuh ketika ia berada di puncak. Tidak perlu menuding jari menuduh siapa yang bersalah, tetapi belajarlah daripada SEJARAH..

Akan bersambung... insha Allah

No comments: