Wednesday, July 29, 2009

Hayya bil jihad

Dalam keadaan lesu, aku teringat akan ayat ini:

[at Taubah, 9:41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


Dia juga telah menunjukkan kepadaku ayat2Nya (petanda).. menyedarkanku akan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan oleh mereka yg mengaku dirinya sebagai seorang daie.

[al Qasas, 28:56]
Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.


Dan aku perlu sedar bahawa Allahlah yang mempersatukan hati2 kami. [al Anfal, 8:63]

Yakinlah pada pertolongan Allah ya Zahrah Izzati

[Fussilat, 41:33]
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


3 comments:

nurazani said...

salam, ap kbr? wah.. cantiknya.. logo UT ...

lrh said...

salam nurazani.

bukan sekadar cantik. utk grad, ada byk peringkat yg perlu kita tempuhi. kita perlu betul2 bekerja memandangkan kita antara yg telah faham apa itu islam. igt i kecil ye..bkn I besar.. =)

the left wing said...

baik kak.. betul tu.. dan.. dalam proses dakwah nie.. ada cabaran2 yang Allah sediakan utk menguji keimanan kita kan?

kdangkala terleka.. kadangkala semangat x terkata. ( itu lah saya! heheh)

semoga kita terus bersemangat walaupun kadangkala kita keltihan.

tempat rehat kita kat syurga lagi best! jom berletih2an dahulu.. lepas nie.. berehat2an selalu.

huhu..

luv u! miss u! c u next daurah!